ZAHNITA PULA SAMAN GULATIS



Zahnita Saman Gulatis RM2 Juta

Gulatis Exclusive Sdn Bhd disaman lagi, kali ini oleh model Zahnita yang menuntut RM2 juta selepas syarikat tekstil itu diperintah membayar RM20,000 kepada pelakon Eja dua hari lepas.

Zahnita menfailkan saman Jumaat menuduh Gulatis menggunakan gambarnya di poster dan iklan syarikat itu tanpa kebenarannya dan mendakwa beliau telah mengalami kerugian besar ekoran pembatalan usahasamanya dengan syarikat tekstil yang lain kerana perkara itu.

Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Tetuan Ahmad Zaidi & Partners.

Zahnita, 24, yang hadir di mahkamah memohon gantirugi am RM2 juta, gantirugi khas, gantirugi teladan, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Beliau juga memohon supaya Gulatis menghentikan penggunaan gambarnya pada mana-mana iklan syarikat itu dan memohon maaf secara terbuka melalui media massa tempatan.

Zahnita mendakwa pada 15 Jan tahun lepas, dia telah memberi kebenaran kepada Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (KKSB) untuk menggunakan gambarnya bagi majalah Pesona Pengantin, Nona dan Keluarga bermula Jan tahun lepas.

Beliau mendakwa pada 23 Julai tahun lepas, Gulatis telah meminta persetujuannya secara lisan untuk menggunakan gambarnya daripada hak milik KKSB tetapi dia tidak bersetuju.

Bagaimanapun pada 30 Julai tahun lepas, Zahnita mendapati Gulatis telah mengunakan gambarnya secara meluas di poster, banner, brochure dan iklan syarikat itu tanpa kebenarannya.

Sebelum kejadian itu, Zahnita telah pun bersetuju dengan syarikat tekstil lain, Syarikat Jakel Trading, bagi menjayakan satu usahasama bernilai RM2 juta dan akibat daripada penggunaan gambarnya oleh Gulatis, syarikat Jakel memutuskan untuk tidak meneruskan kerjasama dengannya kerana beranggapan dia mewakili Gulatis dalam saingan industri yang sama.

Zahnita berkata beliau telah mengalami kerugian besar ekoran pembatalan usahasamanya dengan Jakel, sekaligus menjejaskan imej dan reputasinya di mata masyarakat.

Berikutan itu, beliau telah menghantar surat tuntutannya pada 19 Ogos lepas kepada Gulatis menuntut RM2 juta sebagai kerugian dan kehilangan pendapatan, namun syarikat itu masih gagal menjelaskan amaun itu.

Pada Rabu lepas, Gulatis diperintah membayar RM20,000 kepada Eja setelah Mahkamah Sesyen memutuskan syarikat itu telah melanggar perjanjian lisan yang dipersetujui dengan pelakon itu berhubung penggunaan wajah Eja di poster dan iklan syarikat itu. BERNAMA

Jika anda berminat dengan artikel di blog ini, Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.