NIZAR MENANG! APA KESUDAHANNYA?


Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi benar-benar memalukan Barisan Nasional kerana mahkamah memutuskan, YB Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.

Ternyata kaedah yang telah digunakan oleh BN untuk menawan semula Perak didapati bertentangan dengan perlembagaan dan juga undang-undang tubuh negeri Perak.

Natijahnya, sejak 6 Februari lalu, Perak telah ditadbir oleh seorang Menteri Besar yang tidak sah sehingga berlakunya sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009 dan Raja Nazrin terpaksa menunggu lebih 5 jam untuk merasmikan sidang DUN yang begitu kontroversi pada minggu lalu.

Bahkan juga, 64 rakyat Malaysia terpaksa ditahan dalam lokap, beribu anggota polis terpaksa dikerah untuk mengawal keadaan dan entah berapa juta wang rakyat yang terpaksa digunakan untuk membiayai operasi itu.

Foto Speaker DUN Perak yang diusung keluar secara paksa sudahpun ditonton oleh berjuta penduduk Malaysia dan dunia. Nama Perak dan Malaysia sudah pun terjejas di mata dunia, akibat sikap terburu-buru kerajaan BN yang mahu menawan semula Perak sepertimana yang telah dijelaskan oleh Tun Mahathir sebelum ini.

Manakala gelaran MB haram yang diberikan kepada Zambry selama ini sudah terbukti benar. Beliau yang hanya menurut kata ‘orang atasannya’ terpaksa menanggung malu yang amat sangat. Keluarganya juga terpaksa menanggung aib yang amat berat.

Tatkala banyak pihak meramalkan keputusan mahkamah akan memihak pada BN, ternyata mahkamah mempunyai alasan untuk mengubah persepsi itu.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian selepas mendapati kerusi itu tidak kosong kerana Nizar tidak pernah meletak jawatan dan tiada sebarang usul undi tidak percaya yang dilakukan terhadapnya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).


Esok pagi, Nizar akan memohon untuk menghadap Sultan Perak. Jika diperkenankan, sudah pasti Nizar mahu mengusulkan kepada Sultan agar DUN Perak dibubarkan secepat mungkin. Persoalannya kini, adakah Sultan akan bersetuju dengan permintaan itu?

Manakala Najib pula memberitahu wartawan, BN akan membuat rayuan secepat mungkin. Adakah Sultan Perak mahu menunggu kes rayuan itu didengar terlebih dahulu sebelum Baginda mahu memutuskan untuk membubarkan DUN Perak?

Pada saya, adalah lebih afdal jika Sultan Perak membubarkan DUN Perak dan BN pula hendaklah membatalkan hasrat mereka untuk membuat rayuan kes itu di mahkamah. Biarkan rakyat jelata membuat keputusan. Jika BN fikir pilihanraya kecil satu pembaziran, boikot sajalah pilihanraya kecil itu.

Bagaimanapun, saya tidak fikir Sultan mahu membubarkan DUN Perak. Apapun, keputusan Sultan esok bakal menentukan samada kemelut politik Perak akan berakhir ataupun ianya akan terus berpanjangan.



TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Salam,

    Sultan above the politics, dan tidak akan masuk campur. Rakyat Perak harus membuat pilihan apakah masa depan yang mereka mahukan.
    Politician pentingkan kerusi mereka, tetapi rakyat pentingkan generasi mereka.

    ReplyDelete
  2. Ampun Tuanku,

    Untuk kesejahteraan rakyat Perak adalah lebih baik bubarkan aje DUN. Kan itu lebih afdal. Biar rakyat tentukan siapa pemerintah sebenar negeri Perak.

    ReplyDelete
  3. Memang sepatutnya Sultan menyetujui DUN dibubarkan sebagaimana yang mungkin akan diminta oleh DS.Nizar.Masalahnya adakah Sultan terikat kepada undang-undang supaya menunggu kes itu dibicarakan lagi di mahkamah rayuan?

    Bagaimanapun, krisis politik Perak mungkin akan selesai dengan baik, sekiranya BN tidak membuat rayuan di mahkamah rayuan dan Sultan pula bersetuju dengan pembubaran DUN.

    Dengan itu, mandat dikembalikan kepada rakyat, dan biarlah rakyat yang menentukan siapa yang mereka pilih sebagai kerajaan yang baru.

    ReplyDelete
  4. Kalu samapai tahap ni pun xnak bubar..aku memang betui2 tak faham..pilihanraya umno kalah..mahkamah umno pun kalah..Sultan ada tanggungjawab utk buktikan samaada umno juga akan kalh di mahkamah rakyat...memang benar sultan diata politik..oleh sebab itulah biarkan rakyat menetukan hala tuju politik mereka sendiri..sperti mana sultan ada hak utk bertakhta..rakyat jugak ada hak utk berkerajaan!!!dan kerajaan itu dipilh sendiri oleh rakyat..bukan dipaksa ke atas mereka!!

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.