ZAMBRY BERJAYA HALANG NIZAR?


Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.

Sumber: Malaysiakini



TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. 1. Drama ini tidak ada kesudahannya kecuali rakyat diberi kuasa memilih kerajaan mana yang mereka suka.
    2. Memang diakui BN mempunyai majoriti iaitu 28+3 berbanding PR 28 tetapi +3 merupakan Adun yang bermasalah terutama 2 daripada bekas PKR.
    3. Politik adalah persepsi. Persepsi orang ramai bahawa +3 adalah melibatkan wang atau perlepasan atau penangguhan tuduhan mahkamah sebab BN dan pendakwaraya adalah kawan karib yang rapat, walaupun mungkin niat YB yang berpaling tadah adalah sungguh tulus dan murni demi menjayakan 1Malaysia. Persepsi rakyat sebaliknya.
    4. Jalan terbaik - bubar Dun, minggu depan penamaan calon, tempoh berkempen 7 hari dan seterusnya hari mengundi. Dalam tempoh tak sampai sebulan dari sekarang, kerajaan pilihan rakyat yang lebih tulus terbentuk.
    5. Suara rakyat yang baru itu wajib dihormati. Sekiranya selepas diadakan pilihan raya ini masih ada pihak yang berdegil dan tidak berpuas hati ,maka saat itulah pihak berkenaan boleh dianggap tidak bertamadun dan mereka menggunakan nafsu bukannya akal dalam berpolitik. Mereka perlu ditolak pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  2. Suara rakyat adalah suara keramat. Apa najib ucap bila dilantik jadi Perdana Menteri ialah RAKYAT DIUTAMAKAN. Krisis Perak ini mestilah dikembalikan kepada rakyat. Jangan menangguk diair keroh.Apa yang ditakutkan sangat jika pilihanraya perlu diadakan?

    ReplyDelete
  3. Nampaknya belum nampak jalan penyelesaian yang muktamad, selagi DUN tidak dibubarkan dan mandat diberikan kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baru.

    Suhakam pun sudah mencadangkan supaya DUN dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan.

    Mengapa ada pihak yang takut sangat dengan pilihan raya baru?

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.