APA KEPUTUSAN SULTAN?

1Malaysia mungkin sedang menantikan keputusan mahkamah rayuan.

1Dunia mungkin sedang menantikan kiriman faks yang barangkali mengandungi ayat di bawah ini:

Menurut kuasa yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Perak... adalah dengan ini dimaklumkan bahawa DYMM Sultan Perak telah memperkenankan untuk membubarkan DUN Perak pada...


Sementara menunggu ianya menjadi realiti, apa kata kita layan dulu video klip di bawah ini...



So, do you stand by Nizar or Zambry?



TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. tiada pembubaran dun! Majoriti jelas berpihak kepada BN. Sekiranya nizar memohon pembubaran DUN apakah alasan Nizar untuk pembubaran DUN? Alasan deadlock yang dikatakan sebelum ini sudah tiada lagi kerana jelas majoriti ujud di DUN. Jalan terbaik, adakan sidang DUN tergempar.

    Adakan undi tidak percaya keatas Nizar atau undi kepercayaan ke atas Zambry. Amalan demokrasi, yang diagongkan sangat ialah majority rules.

    Keputusan Mahkamah tinggi masih boleh dibawa ke mahkamah persekutuan untuk penghakiman, bermakna walaupun sekiranya Zambry gagal dalam rayuan di mahkamah rayuan beliau masih boleh memohon mahkamah persekutuan review keputusan tersebut. Soalnya berapa lamakah masa yang akan diambil untuk penyelesaian mahkamah.

    Jika pakatan rakyat percaya kepada demokrasi maka pakatan rakyat seharusnya menghormati majoriti sokongan kepada BN di DUN Perak. Mudah saja.

    Soal lompat bukannya isu lagi kerana tiada undang-undang dalam negara yang menghalang lompat parti. Hakikatnya 3 adun bebas tersebut bukannya lompat parti pun, mereka cuma keluar parti sebelumnya dan mengisytiharkan mereka bebas.Itu adalah hak mereka...

    Mungkinkah Sultan Perak khilaf dalam membuat keputusan pada 5 Februari lalu? Titah ucapannya semasa sambutan hari ulangtahun keputeraan baginda jelas memberi ulasan bagaimana Baginda mentafsir perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri yang memberi kuasa kepada raja memerintah. Malangnya sebilangan besar rakyat gagal melihat perkara ini secara kerana terpengaruh kata-kata politik dan kecenderungan politik peribadi.

    Mengadakan pilihanraya semula tidak menjamin deadlock tidak akan berlaku lagi atau rakyat mengembalikan sesuatu parti dengan majoriti nipis yang boleh membawa kepada krisis lagi.

    Kemenangan pakatan rakyat dalam pilihanraya-pilihanraya empat kecil lalu tidak boleh menjadi kayu ukur sebenar sokongan rakyat kepada pakatan.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.