Mengulas tentang kemelut terbaru politik Perak, Tuan Nobisha membangkitkan tentang hak rakyat, hak ADUN, hak Sultan dan hak mahkamah [sila baca di sini].
Entah kenapa, sejak dulu lagi saya memang tidak berkenan dengan hujah “siapa yang berhak” kerana saya lebih suka jika sesuatu perbincangan itu menjurus kepada “tanggungjawab siapa”?
9 bulan lalu, saya pernah mengirimkan artikel yang bertajuk “Antara hak dan tanggungjawab?” di blog ini [sila baca di sini]. Antara persoalan yang saya bangkitkan adalah:
4) Banyak kes-kes penceraian di mahkamah syariah yang tertangguh dan memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan. Si suami dan si isteri sering berbalah mengenai hak mereka sebagai suami atau isteri. Mana lebih utama di antara hak dan tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri?
Kembali kepada isu politik Perak, saya tidak fikir isu hak yang perlu dijadikan isi utama perbincangan. Apa yang lebih penting pada waktu ini adalah mengenai siapakah yang perlu bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu di Perak ini secepat mungkin.
Jika kita mahu berbalah tentang hak, barangkali kemelut di Perak akan terus berpanjangan. Sebaliknya, jika kita berbalah tentang “siapa yang perlu bertanggungjawab”, kemelut di Perak boleh mendapat penyelesaian.
Lalu, persoalan yang perlu kita tanya kini adalah:
1) Apakah tanggungjawab Nizar dan Zambry?
2) Apakah tanggungjawab mahkamah?
3) Apakah tanggungjawab ADUN yang melompat?
4) Apakah tanggungjawab pengundi?
5) Apakah tanggungjawab Sultan Perak?
Akan bersambung nanti…
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Salam,
ReplyDeleteKalau ditanya tanggungjawab siapa, jawapannya barangkali tentulah kita semua bertanggungjawab.
Tapi meminjam pendapat Pengerusi Suhakam, krisis politik Perak tidak boleh diselesaikan melalui mahkamah. Krisis politik mesti diselesaikan melalui politik juga.
Caranya? Bubarkan DUN dan buat pilihan raya baru.
Tapi banyak pula yang tak bersetuju, khasnya orang UMNO dan BN. Kononnya kalau diadakan pilihan raya baru, yang untung ialah DAP.
Mungkin begitu. Tapi mengapa begitu?
bagi saya, solusi yang paling BIJAK dan BERMARUAH ialah menyerahkan pilihan kepada rakyat.
ReplyDeletecuma keadaan sekarang tidak memihak kepada UMNO/BN yang melihat kurangnya sokongan kepada mereka.
so, walau macamana sekalipun... mereka akan cuba sedaya upaya untuk 'mengelak' drp mengadakan pilihanraya.
Pada saya senang sahaja. Apabila telah tiada majorit didalam DUN maka MB yang hilang majoriti hendaklah serahkan kuasanya dengan terhormat, bukan dengan cara mencari isu teknikal didalam perundangan untuk terus berkuasa. Sivakumar dan Nizar bertindak macam budak-budak kehilangan gula-gula.
ReplyDeletePilhanraya yang baru tidak sesuai kerana membazirkan wang rakyat. Tunggu sajalah PRU13.
Satu lagi MB dari PAS, kuasa pada DAP. Tanah dah tergadai. Menang Nizar ibarat menang sorak dimana Ngeh dan Nga pun dah mula baca Quran, tak juga dua-duanya masuk Islam. Tapi kampung tergadai...
Ibu saya di Kampar masih tak dapat title tanah, tapi title tanah kampung-kampung baru penyokong DAP dah nak diberi title sebaik sahaja Nizar kembali berkuasa.
Renungkan lah...
Ungkapan east43street hanyalah mengalunkan lagu lama. Sudah banyak majlis penerangan mengenai isu pembahagian tanah dijelaskan terutama waktu PRK Bt Gantang baru-baru ini. Barangkali east bukan dari spesis suka mendengar. Kalau tak suka mendengar jadilah spesis yang suka membaca.Kelompok yang suka mengadai tanah ialah dari spesis pemimpin -pemimpin UMNO.Ini sudah lama diketahui umum.
ReplyDeleteUngkapan ubaidah hanyalah mengalunkan lagu Nizar yang tamak kepada kuasa. Alunan lagu Ubaidah dari Terengganu tidak enak didengar oleh orang Perak yang tertipu dengan penjelasan Bukit Gantang. Perak digadai oleh Nizar. Lupakah Nizar menang di Bukit Gantang adalah dengan undi penyokong DAP.
ReplyDeleteTahukah agendan Ngeh dan Nga sebaik sahaja mendapat kembali kuasa jika Nizar kembali sebagai MB adalah mempercepatkan title kepada kampung-kampung baru. Ini telah pun dilaporkan didalam Malaysiakini.
Ubaidah pindahlah ke Perak pula, rasakan dan lihat sendiri. Jangan mengalunkan lagu dari jauh.
Tak payah pindah ke Perak. Gadai mengadai tanah ni memang kesukaan kumpulan yang east sokong.Tanah melayu tergadai sudah lama. Lama sebelum nizar menjadi MB Perak.Semua ini dibuat atas nama pembangunan. Tanah orang-orang melayu jadi mangsa. Siapa broker-broker tanah ini kalau bukan pemimpin-pemimpin melayu kebangaan east. Sudah 63 tahun......... sudah sampai waktu untuk pergi.
ReplyDeleteSalam Puan, senang aje..
ReplyDelete1. PR beria-ria nak pilihanraya kerana mereka dah tak majoriti..ituje la jalannya.16 sept kalau berjaya tak dok berita pun nak pilihanraya semula dan kembalikan kuasa pada rakyat,....
2. Demokerasi yang majoriri akan membentuk kerajaan...PR tak faham atau buat-buat tak faham...
3. Jika ada pilihanraya DAP paling beruntung...sbbnya DAP akan mencalonkan seorang ISLAM dan Melayu sbg calon....MB pasti milik mereka....tak mustahilkan !!!!!!!
Itula....berpolitik-politila...jangan sampai menangis bila semuanya HILANG....