BOLEHKAH MELAYU TERIMA KEPUTUSAN NAJIB?
Barangkali semua sudah tahu, salah satu faktor utama yang menyebabkan UBN gagal dalam PRU ke 12 serta 4 pilihanraya kecil di Semenanjung adalah kerana pengundi muda dan bukan Melayu telah menjadi penyokong kuat Pakatan Rakyat.
Bagi sesetengah penganalisis politik, momentum sokongan pengundi muda dan bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat akan kekal sehingga PRU ke 13 diadakan. Kerajaan UBN bakal tumbang dan teraju kepimpinan negara akan diambil-alih oleh Pakatan Rakyat dengan majoriti mudah.
Lalu, memang tidak menghairankan bila sudah ada yang berkata, “Najib adalah PM terakhir daripada kerajaan UBN sebelum ‘baton’ diserahkan kepada Pakatan Rakyat.”
Bagaimanapun, ada juga penganalisis yang masih positif dengan masa depan UBN kerana mereka berpendapat, kerajaan UBN masih mempunyai masa untuk mengubah momentum itu. Itupun jika mereka sanggup melakukan sesuatu yang di luar dugaan ataupun di luar kebiasaan. Melihat kepada situasi terkini, UBN nampaknya sedang merencana dan melakukan strategi itu.
Slogan ‘Satu Malaysia’ adalah contoh terbaik untuk menggambarkan strategi UBN bagi mendapatkan kembali sokongan pengundi bukan Melayu yang kini menjadi tunggak kekuatan Pakatan Rakyat.
Bila Najib memansuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MECD) yang begitu sinonim dengan agenda Melayu/Bumiputera, ianya adalah pendekatan yang selari dengan slogan ‘Satu Malaysia’ yang sedang dicanangkan itu.
Biarpun pendekatan ini mula merobek hati orang Melayu, namun ianya adalah sesuatu yang boleh mengujakan hati orang bukan Melayu.
Sikap keterbukaan Najib terhadap permintaan bukan Melayu sudah dapat dilihat sejak beliau diwawancara oleh TV Bloomberg beberapa bulan yang lalu. "Dalam tempoh masa tidak lama lagi, kita akan menyaksikan semua elemen Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan diganti,". kata Najib tetapi beliau tidak menyatakan bila ianya akan dilakukan [rujuk sini].
Dan kini, apa yang diperkatakan oleh Najib itu sudah mula dilakukan secara ‘senyap’ dan beransur-ansur.
Malah sebelum ini pun, Najib telah memutuskan untuk membenarkan syarikat yang mempunyai penyertaan ekuiti bumiputera yang kurang 30 peratus untuk disenaraikan di Bursa Malaysia [rujuk sini].
Jika cadangan Khalid, MB Selangor yang mahu membuka 5% kuota UiTM kepada bukan Melayu telah mendapat tentangan yang hebat sehingga mencetuskan demontrasi jalanan, namun tindakan Najib yang mengurangkan kuota Bumiputera di Bursa Malaysia langsung tidak mendapat apa-apa tentangan.
Ini jelas membuktikan betapa liciknya Najib mengatur perancangannya atau ianya sudah menjadi resam UMNO untuk menyokong sahaja apa-apa tindakan yang mahu diambil oleh ketuanya?
Keputusan Najib mahu meneruskan dasar PPSMI juga adalah sebahagian daripada usahanya untuk merealisasikan slogan ‘Satu Malaysia’. Najib tahu, majoriti penentang PPSMI terdiri daripada orang atau organisasi Melayu.
Bila Najib melantik Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran dan Fuad Zakarshi (yang dulunya begitu lantang menolak PPSMI) sebagai timbalannya, ianya adalah satu ujian kesetiaan buat mereka berdua. Tentu sekali Muhyiddin dan Fuad akan mempertahankan PPSMI habis-habisan jika mahu menyelamatkan kedudukan dan jawatan mereka.
Jika Muhyiddin berani melawan keputusan Najib, berkemungkinan besar jawatan TPM akan diambil-alih oleh ‘Menteri Yang Mempertahankan Najib’ atau Menteri Pertahanan. Pendek kata, taring Muhyiddin dan Fuad sudah dipotong awal-awal oleh Najib. Apa yang Najib lakukan kini sama seperti apa yang Tun Mahathir buat ketika melantik Anwar dahulu.
Untuk mengurangkan ancaman, Tun Mahathir melantik Anwar sebagai Timbalannya. Anwar yang berasa terhutang budi terpaksa mempertahankan semua tindakan Mahathir untuk menyelamatkan kedudukannya. Nampaknya, strategi yang sama sudah berulang kembali dan ianya tidak menghairankan kerana Najib sememangnya sedang melaksanakan pendapat orang itu.
Beberapa hari sudah, saya sempat bersembang dengan beberapa rakan yang bukan berbangsa Melayu. Mereka nampaknya mula teruja dengan pendekatan Najib yang mahu bekerjasama dengan Tun Mahathir. Saya tidak akan hairan jika mereka tidak setia kepada Pakatan Rakyat kerana sejak dulu lagi, mereka sudah diasuh untuk memilih sesuatu yang ‘menguntungkan’.
Persoalannya kini, pihak manakah yang akan lebih ‘menguntungkan’ mereka di masa hadapan? Adakah UBN atau Pakatan Rakyat?
Fikir-fikirkanlah…
sebenarnya kami pun tgh kompius ni , tgh cari pangkal jalan ....... heh ..... u pun ke aflah, yg i tahu perfect water sama mcm i kot ..kompius.
ReplyDeleteassalamualaikum...dan salam sejahtera ..
ReplyDeleteBagi pengetahuan semua apa saja yang dilakukan oleh kerajan UBaN adalah hanya untuk memperkasakan UBaN sahaja..tiada sekelumit faedah pun yang akan dinikmati oleh rakyat....dan rakyat terbanyak tidak akan terpedaya lagi untuk kali yang ke-53...cukuplah 52 kali kita di tipu..
nama pun kerajaan UBaN...dah beruban..elok di pencenkan ajer pada PRU13 ini...Innalillah...
sokong dengan kenyataan Saudara mosabit, Melayu sekarang,terutama golongan muda dah buka mata dan minda, mereka tahu mana yang betul dan tidak. UMNO setakat ini masih beranggapan Melayu senang dirayu.
ReplyDeleteSalam Aflah,
ReplyDeletePerlis pun bergolak pulak dah!!!
tak habis-habislah UMNO berebut kuasa...Bukan nak menjaga kepentingan rakyat...Tak tahulah apa komen BPN...mesti bicara mereka tak habis-habis soal Melayu nak hilang kuasa dan Cina nak rampas semua hak Melayu...
Bijak punya minda!
thx!
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf 12:108)”
ReplyDeleteSalam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete