NAJIB MULA RASA APA YANG DAH PAK LAH RASA…


Selepas UBN mengalami kekalahan teruk dalam PRU ke 12, PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu, Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) dijadikan kambing hitam untuk menutup segala kelemahan UBN. Antara yang paling lantang meminta Pak Lah berundur lebih awal adalah Muhyiddin (Tan Sri) dan Mahathir (Tun).

Biarpun Pak Lah boleh mengambil tindakan tegas terhadap Muhyiddin dan Mahathir sepertimana yang biasa dilakukan oleh Mahathir ketika bergelar Perdana Menteri ke 4, namun Pak Lah mengambil sikap berlembut dan membiarkan sahaja rakan-rakan dan seteru politiknya mengkritik dan memalukan beliau.

Hari ini, setelah 4 hari Pak Lah melepaskan tanggungjawabnya kepada Najib (Datuk Seri), UBN masih lagi gagal menambat hati pengundi di Semenanjung Malaysia. Entah kenapa, pengundi masih lagi menolak UBN biarpun jentera UBN kali ini diterajui oleh Muhyiddin sambil dibantu oleh Mahathir yang dahulunya seolah-olah sudah mengetahui ubat yang paling mujarab untuk merawat ‘penyakit’ UBN.

Jika benar pengundi menolak UBN dahulu kerana ‘kelemahan’ Pak Lah, kenapa UBN masih lagi kalah di Semenanjung? Dimanakah kekuatan dan kredibiliti Muhyiddin yang dahulu begitu pandai mengkritik Pak Lah? Jika benar Muhyiddin lebih hebat dari Pak Lah, beliau sekurang-kurangnya mampu mengurangkan majoriti yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Pada saya, Najib dan Muhyiddin tidak ada “faktor WOW” yang sangat diperlukan oleh UBN pada waktu ini, khususnya di Semenanjung Malaysia. Ketika Pak Lah mengambil-alih jawatan PM dari Mahathir, Pak Lah memiliki “faktor WOW” itu sehingga mampu mengembalikan keyakinan pengundi kepada UBN yang jelas tergugat sewaktu PRU tahun 1999.

Kekalahan besar UBN pada pilihanraya 2008 dikatakan berpunca daripada kegagalan Pak Lah membersihkan UBN daripada sistem dan barisan kepimpinan yang sudah tercemar serta kelemahan beliau dalam mengagihkan kek ekonomi yang lebih adil kepada setiap rakyat Malaysia. Jika Pak Lah mampu melakukan perubahan itu, tidak mustahil UBN akan terus bertahta di hati rakyat Malaysia.

Menurut pendapat seorang penganalisis politik yang dibayar oleh TV1 malam tadi, pengundi di Batang Ai memang bijak kerana memilih BN untuk mewakili mereka. Jika mahu diperincikan hujah penganalisis itu, ertinya pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah pengundi yang bodoh kerana termakan hasutan pembangkang.

Jelas sekali, hujah penganalisis itu telah memperbodohkan audien dan jika RTM berterusan mengambil penganalisis seperti itu, ianya akan menyukarkan lagi kerja UBN untuk memenangi hati pengundi. Ini kerana, perubahan yang dituntut oleh pengundi bukan sahaja berkisar tentang pemimpin tertinggi negara atau sistem penyampaian kerajaan, malah ianya juga melibatkan perkara kecil seperti intipati setiap rancangan RTM mahupun saluran media perdana yang lain.

Kata penganalisis itu lagi, kekalahan UBN di Bkt. Gantang dan Bkt. Selambau berpunca daripada taktik pembangkang yang menyerang peribadi calon BN sehingga berjaya mempengaruhi sentimen dan emosi pengundi. Kali ini, hujah penganalisis itu benar-benar menyentuh titik ketawa saya.

Adakah beliau sudah lupa yang UBN juga menggunakan taktik yang sama? Jika tidak, kenapa video lama Anwar ditayangkan kembali, kenapa berita SPRM menyiasat Fairuz & Guan Eng dijadikan berita utama dan kenapa Nizar digambarkan sebagai penderhaka? Persoalan sebenar yang patut dihurai oleh penganalisis itu ialah kenapa pengundi lebih termakan umpan PR dan bukannya umpan UBN, padahal liputan media UBN lebih luas daripada media PR?

Apapun, saya bersetuju dengan pendapat penganalisis itu yang menyatakan, para pengundi masih belum dapat melihat pembaharuan yang mahu dilakukan oleh Najib kerana Najib baru beberapa hari berkuasa. Corak pengundian mungkin boleh berubah di masa hadapan. Buat masa ini, Najib tentunya sedang rasa apa yang sudah Pak Lah rasa.

Dan yang paling menyeronokkan, Pak Lah sudah boleh bersara dengan selesa, manakala Mahathir terpaksa kembali bekerja untuk memenangkan pilihannya.


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

13 comments:

  1. Salam hormat;
    saudari mungkin lupa, paklah memang dah lama bercuti, dia tak buat kerja pun. Elokla TDM balik buat kerja, dia pun memang suka berkerja. agaknya la apa buku yang paklah boleh tulis nanti, teringin nak baca.
    lagi satu, pengundi marah tu sebab ada lebih 300 orang yang mengundi KJ dan abaikan kehendak akar umbi.
    kemudian satu lagi, dah dirosakkan 5 tahun, takkan la 4 hari dah boleh baik semula, lain kali guna akal la sikit.
    harap komen ini membantu.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Najib perlu denga segera mencari identiti beliau sendiri jika belia mahu menjadi PM yang bejaya , beliau tidak boleh melihatkan diri beliau duduk di bawah payung Tun Mahahthir seperti mana Mukhriz duduk di bawah payung ayahnya dan akibatnya beliau kalah dalam pemiliha pemuda yang lalu. barisan MT adalah baisan chai Najib yang telah ditentukan oleh najib. Walk d Talk

    ReplyDelete
  3. salam...
    kata-kata terakhir itu saya setuju Aflah...

    ReplyDelete
  4. Putera,
    Saya tak setuju jika salahkan KJ semata. Pemilihan rakyat bukan atas dasar itu je. There must be something else. Bila lepas PRK je A salahkan B, B salahkan C. Politik macam ni yang orang muda tak berapa nak gemo

    ReplyDelete
  5. Saya rasa belum lagi... ya belum lagi.. rakyat Malaysia sedang mengalami tranfomasi politik yang kronik... sama seperti negara-negara maju yang lain....

    ReplyDelete
  6. salam...

    pd saya kalau nak tgk rancangan analisis setelah selesai sesebuah pilihanraya kecil or umum ke apa ke, ada lebih baik gi ke chanel 501 astro awani.. mcm mlm td 4 org penganalisis cukup neutral & rasional bila mengutarakan pendapat.. saya cukup tertarik dgn kata2 & pandangan Dr Abu Hassan.. interesting utk kita fikir2kan..

    wslm...

    ReplyDelete
  7. kalahnya BN bukan kerana umno yg dh tua atau pak lah yg lemah longlai semata-mata.ianya bukan seratus peratus sampah itu dtg pd pak lah.tp krn malaysia kini sudah ada pembentukan lapisan masyarakat yg baru dan masyarakat yg sudah dicelikkan dgn pemikiran yg kritikal terhadap politik tanahairnya.
    perubahan dlm umno dikala najib menaiki takhta bukan indikator terbaik utk menyatakan perubahan sokongan rakyat pd BN.walaupun najib baru shj menjd PM dan presiden parti,persepsi rakyat x kan dpt diubah utk menyatakan mrk x mahu memilih BN lg.cuba lihat dikala pak lah menang besar pd thn 2004.pendapat mengatakan lain.pak lah seolah diterima rakyat.dan pembangkang sendiri mengakuinya krn beliau tiada isu utk dihentam.dan kini,najib.apakah anda2 semua nak lari dr persepsi yg anda buat dulu terhadap pak lah?

    ReplyDelete
  8. salam...

    penganalisis politik yg melayu tu aku rs mmg umno sampai ke liang darahnye skali,asyik dk ulang kta bn kalah kat bkt gantang n bkt selambau sbb retorik yg diulang2 oleh pakatan rakyat,,abis tu yg bn dk serang peribadi calon pakatan rakyat tu ape kebendanya plak...

    pastu dk kata ismail danok tu x setanding dgn YB nizar,,kalo dh tau xstanding dk calon buat ape lg,ltk la yg setanding zambry kutty tu ke,...

    apepn TAHNIAH utk YB NIZAR & YB MANIKUMAR serta seluruh warga PAKATAN RAKYAT...

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Sekarang PR sudah boleh menjadi parti alternatif kepada UBN. Jadi rakyat sudah ada pilihan lain, dan tidak lagi "terpaksa" untuk memilih UBN seperti pada masa yang lalu.

    Perubahan kepimpinan tidak semestinya akan memperkuatkan UBN, apatah jika yang jadi "peimpin baru" itu sebenarnya ialah "pemimpin lama" juga.

    ReplyDelete
  10. Salam Aflah,

    nak tumpang gelak...HAHAHAHAHAHAHAHA! Canteeeeek punya 'line-up'?

    hancuss!

    ReplyDelete
  11. Lagu kuini mungkin berkaitan...

    "Nanti tiba masa, kan kau rasa,
    betapa hebatnya hati luka kecewa,
    gagal dalam bercinta..... oppps! kita tukarla senikatanya,
    gagal dalam PRK dua bukit!!!" Hmmmmmm....

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Ingin tahu untuk menyokong PM
    Persoalan yang rakyat mahu tahu yang perlu dijawab oleh Perdana Menteri. Sebenarnya siapa kita PM nak jawab soalan kita. PM tidak refer to bloggers untuk susun Kabinet . tak pa kita mahu tanya juga. PM tak jawab tak apa , kita akan tanya juga, PM kata dia mahu dengar semua pendapat rakyat , apa salahnya kita bertanya dan berikan pendapat kita. Kita kan sudah berubah. PM kata dia suka orang yang berani menegur dan berani berubah, Saya mahu jadi orang yang PM suka. mana tahu satu hari nanti PM akan lantik saya jadi Menteri Kabinet, Saya tak perlu bertanding MT dan tak perlu menang pilihan raya dan saya tidak perlu bertanding. PM boleh lantik saya jadi Senator kemudian saya boleh jadi Menteri. tak perlu apa - apa , janji PM sukakan saya.selanjutnya klik disini

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.