BUAT APA DITANYA PADA EZAM...


Agenda Daily menyiarkan komen Ezam tentang kemelut politik yang melanda Perak:

“Itulah permainan politik kotor Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kalau seseorang itu tidak berguna lagi padanya, beliau akan tinggalkan," kata Mohd Ezam Mohd Nor ketika diminta pandangannya mengenai surat kosong bertandatangan bagi memerangkap mana-mana pemimpin kerajaan campuran yang nak melompat parti.

Menurut Ezam, ini jelas menunjukkan Ketua Pembangkang itu seorang yang tidak bermoral malah menggunakan ancaman seperti itu bagi menghalang ahlinya lompat parti.

"Jelas beliau merancang semua ini dengan teliti sejak dulu lagi. Inilah sikap buruknya sebagai pemimpin yang kerap menuduh orang lain tidak bermoral tetapi beliau sebenarnya yang tidak bermoral,"

Nur Aflah: Kalau benarlah Ezam berkata begitu, lebih baik Ezam berhenti daripada berkecimpung dalam bidang politik. Ulasan sebegitu hanya berkesan untuk mereka yang tidak tahu apa-apa tentang politik. Bagi mereka yang ‘cerdik’ politik, ulasan itu adalah ulasan sampah yang bukan membantu UMNO tetapi menjatuhkan lagi martabat UMNO. Ezam sudah sepatutnya dibiarkan tinggal dalam kotak-kotaknya.

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Salam,

    Memang patut dia duduk diam dalam kotak sampai bila2....sampah politik ni patut dibakar sebab mengganggu 'kewangian' hidup...

    hahaha!

    thx!

    ReplyDelete
  2. hehehe apa ezam mengarut ni? ramai melayu mudah lupa kan? Ingat ke bila Raja Nazrin minta semua adun PR sign surat akujanji waktu nak bentuk kerajaan dan lantik nizar jadi MB? korang ingat pihak istana Perak mahu ke perkenan lantikan Nizar dan pembentukan kerajaan jika ada adun PR perangai begini?

    2 adun dungu tu harus ingat dgn sign mereka di depan raja Nazrin tu jugak le depa merasa jadi exco. jadi jgn le cuba2 buat bengap dgn alasan2 bengong. Kalau dua adun dungu tu ada hati nak join ameno nape tak cakap depan Raja Nazrin masa tu?

    Boleh le baginda panggil tajol angkat sumpah esoknya.

    ReplyDelete
  3. Kasihan tengok Ezam dalam kotak tu macam kena sumpah je

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.