UMNO MUNGKIN BOIKOT PILIHANRAYA KECIL?


Strategi licik Anwar sudah menjadi [baca kat sini].

Tak usahlah nak pening kepala memikirkan status surat perletakan jawatan 2 bekas ADUN PKR yang telah diumumkan Speaker DUN Perak.

Mereka berdua bukannya tidak tahu tentang kewujudan surat itu kerana mereka sendiri yang menandatangani surat tanpa bertarikh itu sejurus selepas kerajaan Pakatan Rakyat berjaya ditubuhkan di negeri Perak.

Yang tidak tahu tentang kewujudan surat itu adalah Najib, Zahid Hamidi dan Abdullah Badawi. Mereka ni langsung tak sedar yang Anwar sedang mengenakan mereka.

Habis tu, kenapa 2 bekas ADUN PKR itu beria-ia menafikan status surat itu dan sanggup membawa kes itu ke mahkamah?

Jawapannya mudah sahaja. Mereka tidak mahu dilihat sebagai ‘alat perancangan’ Anwar. Kalau Najib dah berjanji apa-apa dalam rundingan mereka bertiga, mahu atau tidak mahu, Najib terpaksalah berpegang pada janjinya itu.

Kalau 2 bekas ADUN tu bawa kes surat ini ke mahkamah, macam mana?

Mereka akan kalah kerana mereka sendiri yang menandatangani surat tanpa bertarikh itu. Melainkan kalau khidmat hakim HACKS digunakan dalam perbicaraan itu.

Jika hujah “perlembagaan membenarkan rakyat untuk bebas berpersatuan” digunakan, ianya tidak relevan kerana mereka sendiri yang bersetuju dengan butiran surat itu. Tiada siapa yang memaksa dan tiada siapa yang dipaksa dalam kes ini. Tandatangan diturunkan atas kerelaan sendiri. Kalau mereka tidak rela, kenapa mereka tidak membantah sejak Mac 2008 dahulu?

Jadi, apa pilihan yang ada pada UMNO sekarang ini?

1) Samada suka atau tidak, UMNO dan BN terpaksa mengadap 2 lagi pilihanraya kecil lepas ini. Harapan mereka untuk berjaya memang tipis jika senario politik semasa diambil-kira.

2) Meminta 2 bekas ADUN PKR itu mengaku masih lagi ahli PKR yang sah dan membawa kes ke Mahkamah untuk menentukan kedudukan mereka dalam PKR. Jika ini berlaku, Anwar akan memecat keahlian mereka dalam PKR dan alasan displin boleh digunakan untuk membenarkan pemecatan itu.

3) Meminta 2 bekas ADUN PKR itu mengaku masih lagi ahli PKR sehingga keputusan kes rasuah mereka diputuskan oleh mahkamah. Jika kedua-duanya didapati bersalah, UMNO mempunyai modal untuk berkempen dalam pilihanraya kecil. Bagaimanapun, ini akan mengambil masa yang panjang dan Anwar takkan membiarkan perkara ini berlaku.

Daripada 3 pilihan di atas, nampaknya UMNO dan BN tiada pilihan lain melainkan terpaksa berhadapan dengan pilihanraya kecil. Apapun, UMNO dan BN kena berpijak di bumi yang nyata. Kekalahan berturutan dalam siri pilihanraya kecil selepas ini boleh menyukarkan lagi usaha mereka untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat.

Bahkan nanti, kedudukan Najib sebagai bakal Presiden UMNO dan Pengerusi BN boleh tergugat. Tidak mustahil Najib akan mengalami nasib yang serupa dengan Pak Lah bila Pak Lah dijadikan ‘kambing hitam’ untuk menutup segala kelemahan UMNO dan BN ketika PRU ke 12 dahulu.

Tidak mustahil juga nanti, lebih banyak ADUN dan Ahli Parlimen yang akan berhijrah ke Pakatan Rakyat, melainkan UMNO dan BN pun tiru strategi Anwar dengan meminta ahlinya menandatangani surat tidak bertarikh selepas ini.

Mungkin kali ini, UMNO dan BN akan bertindak memboikot pilihanraya kecil itu. Banyak alasan yang boleh digunakan untuk menyokong tindakan mereka seperti kerajaan perlu menumpukan usaha memulihkan ekonomi serta pilihanraya kecil boleh membazirkan wang rakyat.

Realitinya kini, peluang untuk UMNO dan BN merampas kembali Perak sudah terkubur kerana kewujudan surat tanpa bertarikh itu. Jika UMNO dan BN menang sekalipun, Pakatan masih mempunyai lebihan 1 kerusi.

Kalau UMNO dan BN memilih untuk memboikot pilihanraya kecil itu nanti, mungkin mereka akan menggunakan khidmat calon Bebas. Apapun, keputusan mutlak terletak pada budi-bicara Majlis Tertinggi BN yang bakal menentukan pendirian mereka tidak lama lagi.

Pada pendapat anda? Apa yang sepatutnya dilakukan oleh UMNO dan BN?

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

10 comments:

  1. Salam,

    Makin celarulah UMNO kalau depa boikot pilihanraya kali ini kerana nampak sangat kebodohan pemimpin yang ada dan kebaculannya....

    Lekeh sangat ke najib sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak yang baru untuk menghadapi 'peperiksaan percubaan' yang pertama?

    Rasenya idak kot???

    hehehehe!

    thx!

    ReplyDelete
  2. what would you do if you are Najib in this situation?

    me: oh ***t!

    ReplyDelete
  3. Kecelaruan politik yang dinisbahkan sebagai satu seni sebarangan kemungkinan bikinan manusia.

    ReplyDelete
  4. betul... alasan demi alasan yang diberikan.. yang teranaiya bukan 2 adun tersebut tapi rakyat yang diwakili mereka.. ini kerana..tak pasai-pasai mereka kena pergi mengundi sekali lagi dan ini banyak membuang masa, tenaga dan wang ringgit.. jika diambil kira...

    ReplyDelete
  5. Sesebuah parti politik itu memang wajar memboikot pilihanraya kalau mereka yakin perjalanan pilihanraya yang diadakan itu tidak boleh berlaku adil, telus dan bebas. Sejak bila pula BN sudah tidak percaya dengan keadilan, ketelusan dan kebebasan SPR?

    ReplyDelete
  6. Saya tak fikir BN akan boikot, kalau ada pilihan raya. Itu namanya kalah sebelum berjuang.Tak kan BN mahu mengaku kalah begitu saja. BN akan gunakan segala cara untuk menang, termasuk menabur wang, kerana itu memang permainan BN.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Ad-Dinu As-Siasah...Seni mesti dipautkan dengan agama baru nampak murni... betul tak Aflah?

    ReplyDelete
  8. Untuk makluman pembaca-pembaca blog sekalian inilah satu-satunya game yang paling cantik dalam sejarah game politik tanah air. Tentunya Najib dan Zahid masih punya kad poker yang belum dilayak oleh itu Anuar dan Nizar jangan gembira sangat. Harus diingat UMNO dan BN bukan calang-calang parti kalau duit lawan duit apa kaki PR, kalau musliht lawan muslihat apa juga kaki PR dan kelau jentera lawan jentera apa juga kaki PR. Cuma mungkin Najib kena berkalah-kalah kali ini untuk menang menjadi Perdana Menteri Malaysia, al-maklumlah musuh politik ni ada di mana- mana bukan saja di luar UMNO malahan di dalam UMNO dan BN juga ada musuh politik. Janji menang jadi PM baru Najib pukul balik ...

    ReplyDelete
  9. datuk,kalau sempat.
    ______________________
    Bn patut.
    1.letak calon BUKAN umno.
    2.serah kerusi tanpa tanding secara terhormat kpd PR tetapi BUKAN boikot.

    ReplyDelete
  10. Election dalam masa 60 hari,dalam 60 hari lagi ada pemilihan UMNO dan sedikit sebanyak menganggu kedua dua process ini.kedua duanya penting tapi mereka terpaksa pilih satu.Election Perak atau Pemilihan UMNO.

    lama lama jadi Anjing dengan Bayang Bayang...

    Anwar Ibrahim master of mind!

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.