STRATEGI PALING LICIK ANWAR IBRAHIM?


DS Tajol Rosli pernah memberitahu, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang sebelum 31 Ogos 2008. Seperti misi 916 Anwar, misi Tajol juga gagal. Biarpun kedua-kedua misi itu gagal disempurnakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan, namun itu tidak bermakna yang kedua-dua misi itu telah ditamatkan.

Dalam posting saya yang bertajuk “Patutkah Adun Bota Buat Begitu?” [di sini], memang saya tidak mahu mengulas sesuatu yang bersifat ‘khabar angin’. Oleh kerana khabar angin yang saya maksudkan itu sudah bertukar nyata, saya terpanggil untuk mengulasnya ‘sedikit’.

Gerakan untuk menarik ADUN Pakatan Rakyat berhijrah ke BN sudah bermula sejak Nizar dilantik sebagai MB Perak yang baru. Mulanya, Tajol memujuk PAS menyertai BN secara terbuka dan pada ketika itu, isu muzakarah UMNO-PAS sedang heboh diperkatakan oleh peminat politik.

Oleh kerana PAS menolak untuk bersama UMNO dan memilih untuk kekal dalam Pakatan, maka UMNO terpaksa memikirkan strategi baru. Tajol diberikan kepercayaan untuk menyerang kerajaan Pakatan Perak dari dalam. Sasaran mereka adalah ADUN Pakatan yang tidak bersetuju dengan perlantikan Nizar (PAS) sebagai Menteri Besar.

Jika dilihat dari permukaan air, pemilihan Nizar sebagai MB seolah direstui oleh semua ADUN Pakatan. Akan tetapi, realiti sebenarnya bukanlah begitu. Terdapat beberapa ADUN DAP dan PKR yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Nizar. Mereka mahu wakil PKR menjadi MB dan bukannya wakil PAS.

Nizar sedar tentang perkara itu. Sebagai wakil PAS, Nizar cuba bersikap neutral biarpun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah wakil PKR dan DAP. Nizar terpaksa membelakangkan dulu prinsip perjuangan PAS untuk mendengar dan melaksanakan permintaan PKR dan DAP. Beliau berbuat begitu kerana mahu memastikan kerajaan Pakatan berada dalam keadaan stabil.

Hasilnya, Nizar berjaya mengubah persepsi masyarakat Cina di Perak mengenai parti PAS. Jika sebelum ini mereka menganggap PAS sebagai parti ‘Islam Ortodok’, kini mereka mengganggap PAS sebagai parti yang jujur, ikhlas dan kuat beragama. Perkara ini diluahkan sendiri oleh bapa saudara saya (bukan Melayu) yang tinggal di negeri Perak.

Oleh kerana masyarakat bukan Melayu Perak semakin menyukai cara Nizar berkhidmat, beberapa ADUN DAP yang dulunya menentang perlantikan Nizar mula berlembut dan semakin menerima kepimpinan Nizar. Bagaimanapun, tindakan Nizar mendahulukan perjuangan DAP dan PKR membuatkan dirinya dikritik hebat oleh masyarakat Melayu. Nizar dilabel sebagai pembelot bangsanya sendiri malah dituduh menderhaka kepada Rajanya.

Dalam masa yang sama pula, 2 exco PKR gagal dalam ujian “BMW” iaitu “business, money & woman”. Kerana iman yang sangat lemah, mereka mudah diperangkap dan terperangkap. Akibatnya, mereka diberkas SPRM (dulunya BPR) dan kestabilan kerajaan Pakatan kembali bergolak. Penyokong Melayu PKR dan PAS mula bertelagah sesama sendiri. Tajol Rosli nyata gembira dengan perkembangan ini.

Untuk mengelakkan ‘perang mulut’ yang lebih parah, Nizar mengambil jalan tengah. Dia membela kedua-dua ADUN itu sehingga kedua-duanya diputuskan bersalah oleh pihak mahkamah. Bila Nizar mengambil pendirian itu, penyokong PKR semakin menghormati Nizar dan penyokong PAS menerima pendirian itu sebagai sesuatu yang lojik dan patut disokong.

Isu penahanan 2 exco itu lebih menjejaskan nama baik PKR daripada kerajaan Pakatan di Perak. Masyarakat mula menyamakan PKR sebagai ‘UMNO yang berkulit baru’. Untuk mengelakkan persepsi itu berterusan melemahkan imej PKR, Anwar cuba memancing ADUN UMNO untuk memulihkan semula imej PKR. Usaha Anwar berjaya, Nasaruddin berjaya dipujuk dan keyakinan rakyat kepada PKR dapat dipulihkan.

Strategi ini hanya dapat menjamin kedudukan kerajaan Pakatan Perak buat sementara waktu. Jika kedua-dua ADUN PKR didapati bersalah oleh mahkamah, kerajaan Pakatan masih mempunyai lebihan 1 kerusi. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Pakatan perlu berbuat sesuatu untuk terus mengukuhkan kedudukannya. Dengan segala bukti yang ada (termasuk pengakuan melakukan hubungan seks), keputusan mahkamah sudah dapat dijangka.

Anwar mula mengatur strategi seterusnya. Beliau mahu 2 ADUN PKR itu berunding dengan UMNO. Untuk berunding, 2 ADUN itu perlukan ‘modal’ dan modal yang mereka gunakan, ada ADUN DAP yang mahu mengikut jejak mereka [di sini]. UMNO tentu tertarik untuk berunding kerana kerajaan Pakatan dapat ditumbangkan dengan mudah.

Bagaimanapun, Tajol Rosli tidak setuju dengan kemasukan 2 ADUN itu. Jika UMNO menerima mereka, liabiliti yang ditanggung PKR akan berpindah pada UMNO. Biar apapun alasan yang diberikan UMNO nanti, UMNO akan dilabel sebagai parti yang melindungi pesalah dan natijah sebenarnya pada PRU ke 13 nanti.

Tajol mengambil keputusan untuk berundur. Tugasnya digantikan Najib dan Zahid. Sebagai anak didik Anwar, Zahid gagal membaca strategi Anwar. Zahid tidak sedar yang kedua ADUN PKR itu sudah menandatangani surat perletakan jawatan. Apa-apa sahaja tawaran balas yang Najib dan Zahid berikan pada 2 ADUN itu hanya akan menguntungkan ADUN PKR itu dan merugikan UMNO.

Strategi ini akan melemahkan imej Najib sebagai pemimpin harapan UMNO dan BN. Jika tidak, Anwar takkan me’link’kan keputusan ‘undian’ yang dibuat blog The People’s Parliament dan tulisan Raja Petra yang telah diterjemahkan oleh Mat Saman Kati di blog peribadinya malam tadi. Semua ini dilakukan untuk mengaburkan mata penganalisis politik mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Malah media juga berjaya dipergunakan kerana berita kehilangan ADUN PKR dan ADUN DAP berjaya menghangatkan lagi pentas politik Malaysia. Lebih hebat lagi, penyokong UMNO dan BN yang sedang teruja menantikan perubahan kerajaan Perak akan bertambah hampa pada kepimpinan mereka. Bahkan, penyokong Pakatan pun turut terpedaya dengan strategi ini.

Yang sebenarnya, Anwar memang mahu mengadakan pilihanraya kecil untuk memalukan lagi UMNO dan BN. Lalu, tidak perlu dihairankan bila Jamaluddin menafikan surat perletakan jawatan yang sampai ke tangan Speaker Perak [di sini]. Anwar memang sudah bersedia untuk mengadakan pilihanraya kecil kerana peluang untuk Pakatan menang kini 60:40. Kemenangan dalam pilihanraya kecil itu nanti amat penting untuk projek seterusnya di Persiangan dan DUN Sarawak.

Kini kita sudah tahu, kenapa Anwar digelar pemimpin yang bijak di Asia dan kenapa Tun Razak memujuknya masuk ke dalam UMNO dan kenapa Mahathir lebih sayangkan Anwar daripada anaknya sendiri pada suatu ketika dahulu.

Fikir-fikirkanlah.


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

10 comments:

  1. Sebab itu PKR pun kena buat 'usrah'

    ReplyDelete
  2. nasarudin tu dah lama pakat dengan nuar,cuma tunggu timing je..
    kah kah kah.
    najib gi balik Pekan belajar ilmu silat batin politik, baru boleh lawan nuar..
    huk huk huk

    ReplyDelete
  3. Salam Aflah,

    saya tak nafikan ulasan puan kali ini memang hebat tetapi persoalannya tetap sama sama ada rakyat semasa menolak atau menerima UMNO seperti dahulu. Cuba rujuk reaksi Pak Lah bila ditanya wartawan tentang kemungkinan ADUN PKR menyertai (bukan melompat) UMNO. Dengan cerianya beliau memberikan komen balas Insya Allah, betui...Isu di sini mengapa bila ada ADUN dari pembangkang atau di luar UMNO mudah2 sahaja hendak diterima masuk menjadi ahli UMNO? Inilah yang saya katakan sebagai UMNO parti yang mengamalkan kasta. Lihat bagaimana EZAM diterima masuk tanpa soalan yang banyak tentang 'dosa semalam' beliau kepada UMNO dan Pak Lah sendiri serta seperti tidak menjadi masalah andai ada yang hendak MELOMPAT masuk ke dalam UMNO. Skrip ini yang tidak digemari oleh rakyat.

    Seperkara lagi,Antara dua kemudaratan ini maka baiklah memilih kemudaratan yang kurang kerana ia akan memberi kebaikan kepada mereka yang memilih.

    Dato' Nasaruddin pada pandangan peribadi saya telah membuat pilihan yang tepat kerana keluar dari 'kapal yang mahu karam' walaupun hero baru UMNO Perak, iaitu anak buah Anwar Ibrahim telah mengumpan ADUN UMNO yang masih ada dengan RM.

    Saya pernah berbual dengan salah seorang ADUN Perak (tak payahlah saya sebutkan namanya)dalam kunjungannya ke rumah bapa saya sebulan yang lalu, nyata dia memberitahu dia sendiri tak menyangka bahawa begitu susahnya menjadi pembangkang. Ia jelas memberi isyarat bahawa UMNO sudah tidak ketahuan menjana perubahan yang masih mereka gagal lakukan selepas menerima pukulan teruk dalam PRU 12 yang lalu. Ini kerana mereka masih merasakan mereka yang memerintah negeri tersebut.

    Kita tunggu dan lihat episod seterusnya pagi nanti...

    thx!

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Ya betul tu.. puang memang peka terhadap apa yang berlaku... dan berharap agar lebih mefokuskan agar tidak lari atau berat sebelah dimana-mana, tu pun kalau ada heeee...

    ReplyDelete
  5. pada saya sebelum ini DATO SERI ANWAR seorang pemimpin berjiwa rakyat,berani,bijak dan apabila membaca akak punye posting saya tambah satu lagi LICIK hehehe...gua mmg respek sama lu latok hahahaha

    ReplyDelete
  6. Salam,

    saya teruja dengan artikel anda...

    oleh demikian, saya salin tampal artikel ini dengan memberi credit kepada penulis.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  7. salam, sekarang bagaimana?
    ada penjelasan/ulasan?

    ReplyDelete
  8. Teori Konspirasi nie... boleh pakai juga.. sahlah dia Sebagai BAPA KONSPIRASI Teragung.. dari kumpulan FREMANSON, ILLUMINATI, WORLD NEW ORDER Group... juga menggunakan lambang mata satu, dajal akhir zaman.. dari web PKR "Mata yang terbuka melambangkan : CAHAYA YANG MENYULUH perjuangan menegakkan keadilan; mencerminkan hati nurani yang mendorong parti mencapai perubahan"

    "MATA : CAHAYA YANG MENYULUH" sah adalah sama dengan Fremanson, Illuminati group yang lain.. yang sama mengawal Amerika & Israil..

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.