300 RIBU UNTUK SETIAP ADUN BN DI PERAK


Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan, semua Ahli Dewan Undangan Negeri BN di Perak akan mendapat peruntukan RM300,000 bagi membantu rakyat di kawasan masing-masing tidak lama lagi.

Mereka juga mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta melalui Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam dan Infrastruktur Asas, khusus bagi meningkatkan taraf hidup penduduk setempat dan proses pengagihan peruntukan itu sedang dilakukan.

PKR JANGAN NAK BERANGAN, KATA ZAHID


Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya berangan jika mengharapkan ada lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Perak yang akan mengikuti jejak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana tindakan tersebut termasuk penghijrahan sekumpulan ahli UMNO di Bota untuk menyertai PKR hanya bersifat sementara.

Beliau yang baru diumumkan sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Perak berkata, cita-cita PKR itu juga tidak akan menjadi kenyataan kerana sokongan rakyat terhadap BN masih lagi kukuh.

"Mereka bercakap kedudukan semakin kukuh dan ada yang akan lompat lagi, itu semua kenyataan politik tetapi tidak melihat kepada realiti,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Mesra Rakyat Siri 1 Jabatan Persekutuan Negeri Perak di Dataran Bukit Gantang di sini hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas dakwaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa PKR semakin kukuh di Perak selepas Nasaruddin meninggalkan UMNO dan menyertai parti itu.

Beliau berkata, kumpulan yang meninggalkan UMNO ketika ini adalah penyokong Nasaruddin yang hanya mengikut tindakan beliau menyertai PKR.

"Ini semua bersifat sementara. Penduduk di Bota dan Parit (kawasan Parlimen) sudah rasa dipimpin oleh pembangkang sebelum ini (pilihan raya umum 1999) dan tentunya mereka tidak mahu membayar harga yang mahal sekali lagi," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. bolehkah kesetiaan dibayar dengan rm?

    ReplyDelete
  2. Nampaknya bagi BN tak ada cara lain untuk mengekalkan sokongan ADUN mereka selain menggunakan wang.

    Ini pun agaknya satu lagi contoh politik wang atau rasuah politik yang tak habis-habis menjadi permainan parti itu.

    ReplyDelete
  3. Ni pakai duit BN ke kasi kat adun BN je?

    ReplyDelete
  4. Kokoh tapi rapoh. Begitulah perumpamaan yang boleh saya beri terhadap BN Perak khasnya UMNO. Kalau tak tentulah tak heboh sekampung oleh orang UMNO sendiri menyatakan UMNO perlu perubahan drastik sebelum dijatuhkan death sentence.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.