ZULKIFLI NORDIN NAK MASUK PAS?


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang sebelum ini disebut-sebut menyertai Umno atau PAS, menggesa ahli-ahli Parlimen dari Umno agar menyertai PAS untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Zulkifli, yang menjadi perhatian ekoran kontroversi dalam isu membantah forum anjuran Majlis Peguam Ogos lalu berkata, cara terbaik menyelesaikan masalah penyakit kronik Umno ialah dengan membubarkan parti itu.

"Apa yang menyedihkan, kelemahan pimpinan dan parti Umno hari ini menyebabkan bukan sahaja hak istimewa bangsa mula dipertikaikan, malah agama Islam sendiri turut diserang dan diperlekehkan.

"Saya percaya cara terbaik untuk memartabatkan dan memperkukuhkan Islam dan bangsa Melayu ialah dengan membubarkan Umno, sekali gus saya menyeru supaya semua ahli dan pimpinan Umno supaya menyertai PAS," kata beliau dalam blognya.

Zulkifli memenangi kerusi itu atas tiket PKR, yang Jawatankuasa Disiplinnya pernah memangil beliau berhubung isu tersebut.

Kata beliau, jika cadangan itu diterima, PAS yang mempunyai 24 Ahli Parlimen, akan menambah kedudukannya sebanyak 89 anggota Dewan Rakyat.

"Ini akan menjadikan Ahli Parlimen PAS berjumlah 113 orang, sekali gus membolehkan PAS membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah (sebanyak 112).

"Dengan sokongan Ahli Parlimen PKR seramai 31 orang (21 beragama Islam) maka PAS akan boleh membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti yang selesa.

"Insya-Allah dengan menjadikan peristiwa Gaza sebagai pengajaran, saya berharap dan berdoa agar pimpinan dan ahli Umno akan dapat berlapang dada dan memikirkan serta menimbang cadangan saya ini," katanya lagi.

Sumber: MSTAR

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Salam,

    Bagus juga kalau Tuan Zul ni masuk pas.. dan ini memberhentikan spekulasi diatas status beliau....

    Regards,

    ReplyDelete
  2. Zulkifli boleh masuk PAS, tapi saya tidak fikir ahli UMNO akan membubarkan parti itu dan masuk PAS secara beramai-ramai.

    Keadaan sekarang, ada UMNO dan ada PAS, saya kira lagi bagus. Dengan itu, orang Melayu boleh membuat pilihan, sama ada hendak menyokong UMNO atau menyokong PAS.

    Kalau semua ahli UMNO masuk PAS, mereka pun mahu jawatan juga dalam parti itu. Silap haribulan, PAS pula yang akan huruhara!

    ReplyDelete
  3. Apa yang diucapkan oleh Zulkifli Noordin tidak menjadi masaalah bagi PKR. Lagi pun PAS dalam Pakatan Rakyat. Kalau dia nak tinggalkan PKR pun tidak jadi masaalah cuma mungkin Datok Seri Anuar yang akan bersedih...

    ReplyDelete
  4. Dia memang dari dulu penyokong PAS. Sebab dia menyertai PKR supaya ada suara yang mahukan islam dalam PKR. Kebanyakan ceramah dia, menyeru hadirin supaya menyertai PAS dengan mengemukan borang keahlian PAS.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.