KALAU YANG BARU PUN TAK BOLEH...


Macam iklan biskut. Sekejap letak, sekejap tidak. Akhirnya ‘cerita biskut’ perletakan jawatan DS Tajol Rosli ditamatkan juga.

Berkuatkuasa serta-merta, Majlis Tertinggi UMNO menerima perletakan jawatan DS Tajol Rosli dan melantik Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak sebagai Pengerusi UMNO dan BN Perak.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Timbalan Pengerusi BN Perak.

Secara tidak rasmi, orang yang sebenarnya memegang jawatan nombor 1 UMNO dan BN di Perak adalah Zahid dan bukannya Najib. Sebelum ini pun, Zahid yang lebih banyak bersuara untuk UMNO dan BN Perak.

Yang terbaru, Zahid memberikan larangan bersyarat kepada pegawai kerajaan Persekutuan daripada menghadiri sebarang mesyuarat yang dianjurkan oleh kerajaan Negeri.

Sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap Islam, Zahid gagal memahami ayat “…Kalau sekiranya engkau berbudi jahat, berhati kasar, niscaya bercerai-berailah mereka menjauhi engkau…” daripada ayat 159, surah Ali Imran.

Kembali kepada tajuk asal posting ini, saya terpaut pada ayat yang diungkapkan oleh DS Tajol Rosli ketika ditanya tentang kemampuan ‘Najib & Zahid Hamidi’ yang kini mengetuai UMNO dan BN di Perak.

Beliau berkata, "Kalau kepimpinan baru pun tak boleh menangkan Perak, tiada siapa yang boleh." [sumber asal di sini]

Ayat yang diungkapkan Tajol Rosli itu bukannya ayat sekerat atau ayat tak cukup sifat seperti yang diungkapkan oleh Idris Jusoh ketika mencadangkan calon Timbalan Presiden UMNO mengadakan kompromi.

Ayat itu jelas membayangkan masa depan UMNO dan BN Perak yang kian parah. Jika Najib dan Zahid gagal melakukan sesuatu, berkemungkinan besar UMNO dan BN Perak akan kekal sebagai pembangkang selepas PRU ke 13 nanti.


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Berdasarkan jumlah ADUN, di Perak UMNO sebenarnya jauh lebih kuat daripada PKR dan PAS. Di sebelah Pakatan Rakyat pula, yang kuat ialah DAP,bukan PKR dan PAS. Pakatan Rakyat sebenarnya masih goyah. Jadi kita tidak pasti siapa yang akan tumbang dalam PRU13.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    UMNO mungkin nampak kuat dari segi kuantiti tetapi bila kita telusuri kualiti ADUN UMNO yang ada dan kualiti UMNO itu sendiri, maka kita akan dapat simpulkan UMNO umpama pohon yang kuat dan besar tetapi rapuh teras dalammnya dek kerana kerakusan anai-anai dan kelupaan pemimpin atasan menjaga kebajikan ahlinya...

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.