MANA SATU YANG BETUL NI?
Halimi Kamaruzzaman, 46, mendakwa beliau dipukul sepanjang empat hari ditahan reman di pejabat SPRM Kuantan pada mulai 23 Januari dalam siasatan berhubung politik wang.
Dalam laporan polis yang dibuatnya [salinan di sini], dia mendakwa:
1. Dipukul di bahagian kepala, perut dan bahu bertubi-tubi oleh tiga pegawai SPRM
2. Ditendang di bahagian rusuk dengan lutut
3. Dipaksa telanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan bogel
4. Dicekik sehingga tidak bernafas
5. Ditolak ke dinding
6. Ditendang ketika dipaksa berguling-guling atas lantai
7. Diketuk kepala dengan bakul sampah berkali-kali
8. Diugut akan diletakkan puntung rokok pada kemaluan
Ekoran dari dakwaan yang dibuat oleh Halimi Kamaruzzaman itu, kira-kira 50 ahli Umno berkumpul di pintu masuk Menara Dato Onn malam semalam bagi membantah kekasaran yang telah dilakukan pegawai penyiasat SPRM. Mereka turut membawa sepanduk yang tertera ayat “SPRM JANGAN AMBIL HAK KAMI” dan “KAMI TIDAK MAHU SPRM, BOLEH BLAH!”
Kumpulan itu mendakwa mewakili suara 2,500 ahli UMNO. Jurucakapnya, Zuraidi Abdul Rahim, berkata mereka mempunyai bukti ada pegawai SPRM membelasah ahli Umno yang disoal siasat dan sudah menyerahkan memorandum kepada Majlis Tertinggi (MT). [berita penuh di sini]
SPRM SUDAH TAHU NIAT HALIMI
SPRM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh Halimi Kamaruzzaman dan SPRM telah membuat satu laporan polis yang mendakwa Halimi telah membuat laporan palsu.
Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohammad berkata, “Sebelum dia (Halimi) dilepaskan, dia ada memberitahu kami yang dia mahu membuat laporan polis untuk memburukkan imej SPRM. Jadi, kami tunggu dia buat laporan dan kemudian, kami pula buat laporan.”
“SPRM mahu pihak polis menyiasat dakwaan yang dibuat oleh orang itu. Jika terdapat bukti yang menunjukkan pegawai SPRM ada mendera atau memukul orang itu, maka pihak polis perlu mengambil tindakan yang sepatutnya.”
“Bagaimanapun, kalau dakwaan yang dibuat itu palsu, pihak polis mesti mengambil tindakan ke atas mereka yang membuat laporan palsu.” [sumber asal di sini]
Datuk Abu Kassim menambah, pihak SPRM akan meneruskan siasatan ke atas mana-mana pemimpin UMNO yang terlibat dengan rasuah politik tanpa rasa bimbang atau bersikap pilih kasih.
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Dalam konteks semasa, persepsi masyarakat saya kira akan lebih cenderung mempercayai aduan Halimi, walaupun,katakanlah, aduan beliau tidak 100% benar.
ReplyDeleteteman cuma nak komen pasal ahli2 ameno. apa kome ingat kome besor sangat sbb ahli parti ameno? apa kome kalauakome mencuri rambutan pun polis tak boleh siasat...ameno je boleh siasat kes mencuri rambutan...huhuhuhu lawak la kome ni
ReplyDelete