TONY MUSNAHKAN HARAPAN KHAIRY


Che Dee nak tahu rahsia kejayaan Tony Fernandez [kat sini].

Kebetulan pula, Tony Fernandez ingin berkongsi rahsia kejayaannya dan juga mengakui kesilapan yang telah dilakukannya.

Antara rahsia kejayaannya, dia berjaya menjalinkan hubungan yang akrab dengan pemimpin tertinggi di negara ini.

Daripada hasil hubungan itu, dia berjaya mendapatkan kontrak daripada DRB-Hicom untuk menghantar jemaah haji selama 2 tahun sebelum kontrak itu berpindah milik pada MAS.

Dia juga berjaya mendapatkan kontrak daripada Kementerian Pertahanan selama 7 tahun sebelum nilai kontraknya menyusut 50% selepas Kementerian Pertahanan beralih-tangan kepada DS Abdullah Badawi.

Lalu, tidak ada sebab untuk orang ramai mempertikaikan kebolehan Air Asia mendapatkan kontrak kerajaan kerana Air Asia adalah syarikat yang menawarkan kos berpatutan kepada pihak kerajaan.

Bila MAS cuba menjadi syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia terpaksa akur dengan keputusan kerajaan yang beralih-arah kepada MAS dan Tony menerimanya sebagai satu persaingan yang sihat.

Bagaimanapun, Tony berasa kesal kerana menaja projek MyTeam yang dimiliki oleh Khairy Jamaluddin. Dia mengakui, menaja My Team adalah kesilapan terbesar yang pernah dia lakukan.

Kerana menaja pasukan Khairy, Tony terpaksa berhadapan dengan fitnah yang menyatakan Khairy & Tingkat 4 memiliki 40% saham Air Asia.

“Saya tak suka bercakap macam ahli politik. Beri saya Injil, Quran, atau apapun depan saya dan saya akan bersumpah dengan berkata tidak! Hubungan saya dan Khairy hanya berkenaan MyTeam” kata Tony Fernandez.

Sebagai ahli perniagaan, Tony terpaksa menjelaskan perkara ini agar Air Asia tidak menjadi mangsa spekulasi yang boleh menjejaskan masa depan syarikat itu. Tony sedar, jika Khairy terus dikaitkan dengan Air Asia, nama Air Asia akan bertambah buruk. Tambahan pula, Air Asia kini sedang bergelut dengan isu pembinaan LCCT Labu yang telah diprotes oleh para blogger.

Dengan pendedahan ini, Tony telah menjejaskan saham Khairy Jamaludin untuk memenangi perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO pada Mac nanti. Apa yang dapat ditafsirkan, Tony cuba mendapatkan sokongan Mukhriz dengan menyatakan sesuatu yang memburukkan imej Khairy.

Semua orang tahu Mukhriz adalah pencabar terkuat Khairy dan Tun Mahathir pula antara blogger yang paling kuat memprotes pembinaan LCCT baru di Labu, Negeri Sembilan.

Inilah salah-satu rahsia kejayaan Tony. Bijak membaca catur politik dan sudah dapat mengenalpasti, siapakah yang bakal menjadi ketua pemuda UMNO pada Mac nanti.

Kita dengar pula ulasan Khairy lepas ni...

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. Salam...

    Wah.....hmmm kejayaan demi kejayaan orang besar-besar ini nampaknyer berkait rapat juga dengan politik......hmmm....... chekdee tak suka akan permainan politik........

    Adakah ini membawa maksud...chekdee perlu mencari idola baru????? ....hmmmm mesti fikir lebih ni........

    ReplyDelete
  2. sudah terang lagi bersuluh semua sama 2x5
    kata dulang paku serpih
    kata orang aku lebih

    kalau berpaut tentulah pada dahan yang teguh,
    bijak bijak

    ReplyDelete
  3. Pak Lah akan bersara.KJ mungkin akan kehilangan "kuasa". Mereka tidak boleh lagi dijadikan dahan untuk bergantung.

    ReplyDelete
  4. trend baru tahun lembu, orang bisnes bersumpah. lepas ni ceo mana pula nak bersumpah?

    ReplyDelete
  5. salam,

    Bakal CEO UMNO kot???? ya la kan, la ni pun dok tengah hangat balik kes awek cun di mahkamah...

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.