RAMLANG PORIGI DIPECAT!


Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan - mendakwa diarah menjadi saksi sumpah laknat seorang pemuda yang menuduh diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ramlang Porigi, yang ditukar serta-merta ke jabatan tersebut September lalu selepas berucap dalam satu kempen ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu.

Dalam surat tersebut yang bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu dipecat kerana "mencemarkan nama perkhidmatan awam" selepas terlibat dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu.

Peguam bekas imam itu Ahmad Nizam Hamid memberitahu Malaysiakini hari ini, tanpa memberikan sebarang alasan konkrit, surat itu menyatakan "keterangan-keterangan sedia ada sudah mencukupi" untuk memecat Ramlang.

Pada 15 Ogos lalu, Ramlang adalah antara empat imam Masjid Wilayah Persekutuan yang diarahkan menghadiri majlis sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan (foto, kanan) di masjid tersebut yang mendakwa diliwat oleh penasihat PKR itu Jun lepas.

Ramlang kemudiannya muncul di tiga majlis anjuran Pakatan Rakyat (foto bawah, kanan) - kira-kira 48 jam sebelum hari pengundian di Permatang Pauh - menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah itu tetapi tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

Menurut Wan Mohamad lagi, yang juga bertindak sebagai pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan Nombor Satu Jakim, tindakan terhadap Ramlang dibuat mengikut Peraturan 38(g) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Jakim juga menolak permohonan Ramlang untuk menghadapi satu siasatan dalaman (domestic inquiry) berhubung tindakan disiplin terhadapnya dalam jawapannya kepada surat tunjuk sebab Jakim pada November lepas.

Ahmad Nizam menjelaskan, Ramlang yang kini sedang berehat akan mengemukakan rayuan bertulis selewat-lewatnya minggu depan seperti Peraturan 14 dan 15(1) peraturan yang sama.

Sumber: Malaysiakini

Nur Aflah: Sekalung tahniah buat JAKIM kerana anda telah memudahkan laluan Pakatan Rakyat ke singgahsana Putrajaya.

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. PKR tolong sediakan lawyer untuk imam yg dipecat
    lawan tetap lawan

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.