MIC TERUS BERGOLAK


Jawatankuasa Disiplin MIC yang membicarakan kes bakal pencabar Datuk Seri S. Samy Vellu dalam pemilihan jawatan Presiden- bekas Naib Presiden, Datuk M. Muthupalaniappan - menangguhkan keputusannya buat sementara waktu. Jawatankuasa Disiplin itu kini mendengar dakwaan bahawa Muthupalaniappan telah bertindak bertentangan dengan kepentingan parti itu.

Sementara itu, Muthupalaniappan membidas pimpinan parti itu kerana menggunakan perbicaraan itu bagi menyekatnya daripada bertanding jawatan Presiden. Beliau merupakan satu-satunya calon yang bercitacita bertanding jawatan presiden pada pemilihan Presiden MIC pada April atau Mei.

"Ia sebenarnya mengarut. Mereka (jawatankuasa disiplin parti) tergesagesa untuk mendengar kes saya supaya saya tidak layak daripada bertanding jawatan Presiden.

"Parti telah menetapkan 7 Februari sebagai hari penamaan calon di peringkat cawangan dan jika saya dipecat sebelum tarikh itu, saya tidak dapat bertanding jawatan Presiden.

"Saya adalah Pengerusi MIC Seremban. Hanya pengerusi bahagian boleh bertanding jawatan Presiden.

"Jadi (rancangan mereka adalah jika) mereka dapat mempastikan saya tidak bertanding jawatan pengerusi cawangan, kemudian secara automatik, saya tidak layak untuk bertanding jawatan Presiden," kata beliau dipetik Bernama di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin MIC, Tan Sri G. Vadiveloo berkata, jawatankuasa itu akan bertemu semula dalam waktu terdekat dan memaklumkan keputusannya kepada Muthupalaniappan yang mengumumkan pendiriannya untuk mencabar Samy Vellu, Presiden MIC paling lama menyandang kerusi tersebut.

Jawatankuasa Disiplin bertemu kira-kira 45 minit bermula pukul 11 pagi tadi.

Pada 23 Disember lalu, Jawatankuasa Disiplin MIC memberi surat tunjuk sebab mendakwa Muthupalaniappan mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej parti dan beliau sudah membalasnya meminta diperincikan tuduhan terbabit, termasuk mengemukakan bukti.

Semalam, Muthupalaniappan mencabar Datuk Seri Samy Vellu mempertahankan jawatan Presiden MIC secara jujur dan berani tanpa menggunakan sebarang taktik kotor untuk menyingkirkannya lebih awal daripada pertandingan untuk jawatan tertinggi parti itu.

Beliau berkata, sudah sampai masanya Barisan Nasional (BN) turut mengambil tahu pergolakan dalaman MIC yang kini semakin kehilangan sokongan masyarakat India kerana secara umumnya ia turut menjejaskan sokongan masyarakat umum terhadap gagasan itu.

Jika didapati bersalah, beliau boleh dikenakan tindakan amaran, digantung atau dipecat dari MIC.

Beliau mempunyai hak untuk merayu terhadap keputusan jawatankuasa itu kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC jika tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan.

Ketika jawatankuasa itu bersidang pagi ini, Muthupalaniappan telah mengemukakan bantahan atas tindakan Vadiveloo mempengerusikan pertemuan Jawatankuasa Disiplin hari ini dan tidak dibekalkan dengan kenyataan akhbar yang dimaksudkan selain meminta CWC agar mengadakan jawatankuasa bebas mendengar kesnya.

Vadiveloo berkata, bantahan itu ditolak memandangkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin dilantik oleh CWC di bawah perlembagaan parti.

"Tuduhan terhadap beliau adalah jelas sama ada beliau ada membuat kenyataan-kenyataan itu atau tidak (memudaratkan parti)," katanya.

Vadiveloo juga berkata, Muthupalaniappan juga mengatakan bahawa beliau tidak dapat mengesan akhbar Tamil yang beliau dikatakan kenyataan seumpama itu.

"Beliau tidak menafikan membuat kenyataan kepada portal berita tetapi menegaskan kenyataan tiga jam itu bukan bertujuan memudaratkan parti," katanya.

Permintaan Muthupalaniappan untuk mendapatkan peguam sendiri dan tambahan masa untuk mengemukakan saksi juga ditolak.

Sumber asal: MSTAR

Nur Aflah: Bila agaknya 'orang tu' nak bersara?


TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Samy Vellu sudah terlalu lama jadi Presiden MIC. Sepatutnya dia tahu bila dia patut berundur.

    Kekalahannya dalam PRU12 mungkin merupakan isyarat yang baik bahawa kepimpinannya tidaklah diperlukan lagi.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.