BLOG SAIFUL BUKHARI AZLAN KEMBALI AKTIF
Bekas pembantu khas kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh majikannya, kini memuatkan bahan-bahan yang lebih serius dalam blognya - jauh berbeza berbanding peringkat awal tahun lalu.
Dalam tulisan-tulisan baru sejak tiga minggu yang lalu, Mohd. Saiful menulis sendiri dan adakalanya memuatkan tulisan pihak lain tentang perkembangan dunia termasuk konflik di Israel-Palestin.
Malah antara tulisannya itu turut menyentuh Anwar dan hubungan dengan Amerika Syarikat.
Bahan terbaru yang dimuatkannya antara lain bertajuk "Jewish MP makes Israeli troops Nazi link", "Hubungan Anwar-US-Israel: PKR Cuba Menegakkan Benang Yang Basah", "Anwar dan Israel: Apabila Tali Barut Terjerut", "Pengganas Zionist Terus Menyerang, Rakyat Palestin Terus Menderita, Dunia Tidak Mampu Berbuat Apa...." dan "Tun Dr Mahathir Di Rancangan Blog TV1 Malam Ini!!"
Mohd. Saiful kali terakhir memuatkan tulisan tentang dirinya pada 28 Disember sempena sambutan Maal Hijrah.
Dua tulisan terdahulu juga hanya menyentuh tentang keadaannya dan penantian menghadapi perbicaraan kes diliwat.
Malah, dalam blognya juga disertakan detik masa menandakan hari semakan keputusan permohonan pendakwa raya untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Tinggi akan mendengar selama dua hari bulan depan bagi permohonan semakan oleh pihak pendakwaan untuk memindahkan perbicaraan kes Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah telah memutuskan pendengaran bagi permohonan pendakwaan itu pada 5 dan 6 Februari ini.
Anwar, 62, kini Ketua Pembangkang di Parlimen didakwa meliwat Mohd. Saiful , pada 26 Jun 2008 antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Beliau dituduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.
Sementara menunggu perbicaraan, Anwar dibenarkan bebas dengan bon jaminan peribadi RM20,000.
Untuk melayari laman blog Saiful, sila klik di sini.
Sumber: MSTAR
Bila pertama kali saya buka blog tu dulu saya terus lagsung tak percaya budak saipol yang tulis blog tu
ReplyDeleteSalam Aflah,
ReplyDeletetengok dah sekali dulu, dah tahu siapa yang dok bantu dia perkemas blognya...kalau nak confirm boleh tanya Johari Abdul sebab dia yg paling pakar...cara tulisan dan ayat seperti diskripkan oleh agensi tertentu....Aflah saiasatlah yer...for me he got nothing......
Salam Aflah,
ReplyDeleteSemenjak kebelakangan ini saya selalu berkunjug, namun ini kali pertama memberi komen. Malangnya, bukan kerata entri ini kerana saya langsung tidak berminat dengan tuanpnya blog yang dimaksudkan itu.
Aflah, minta tolong tandatangani petisyen menyiasat jenayah perang di Gaza - ada di http://talkonly.blogspot.com/2009/01/malaysian-voice-for-gaza.html blog saya. Harap semua sahabat di sini turut bersama, dan tolong warwarkan. Terima kasih.