Pelakon Norman Hakim dan bintang baru, Suhaiza Suhaimi atau Memey, hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat pada Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini. Hakim Syarie, Wan Mahyudin Wan Mohamad membenarkan kedua-dua aktor itu dilepaskan dengan jaminan bon jamin mahkamah RM3,000 secara tunai setiap seorang yang perlu dibayar hari ini.
"Kedua-dua tertuduh turut dilepaskan dengan syarat seorang penjamin dan mahkamah juga menetapkan seorang penjamin kedua-dua tertuduh hendaklah terdiri daripada kakitangan awam. Ini bagi mengelakkan kedua-dua tertuduh menghilangkan diri semasa sesi perbicaraan nanti.
"Kedua-dua tertuduh ini dibebaskan dari mahkamah oleh seorang penjamin berdasarkan peruntukan Seksyen 22 (4)(5) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003. Perbicaraan ini ditangguhkan untuk sebutan semula pada 3 Mac depan, pukul 9 pagi untuk perbicaraan dalam kes ini," kata Wan Mahyudin.
Norman dan Memey datang berpakaian putih dan hitam sedondon secara berasingan seawal pukul 9 pagi tadi. Norman hadir bersama ibunya, Kamariah Kamat, 66, abang dan abang iparnya manakala Memey pula ditemani seorang ibu saudaranya.
Selepas dibicarakan, kedua-duanya berjalan seiringan keluar dari mahkamah dan masing-masing meluahkan rasa syukur dengan kelancaran proses prosiding pada hari ini.
"Kita sudah melepasi sesi prosiding dan kami mengatakan tidak mengaku bersalah dan akan dibicarakan nanti. Kami berdua bekerjasama dan mengikut prosedur. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Insya-Allah, kita tengok keputusannya nanti," kata Norman.
Memey pula menambah: "Saya pun sama juga, Alhamdulillah kerana semuanya berjalan dengan lancar tetapi kes ini masih dalam siasatan. Jadi, kita tunggulah hari perbicaraan pada 3 Mac depan."
Pada tarikh 3 Mac nanti, apakah yang Norman akan lakukan untuk membela diri?
Norman: "Kami akan melantik peguam bagi pembelaan kerana masing-masing tidak mahir tentang prosedurnya dan meminta pandangan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak mahkamah. Kami berdua juga akan cuba buktikan yang kami tidak bersalah di dalam kes ini."
Tetapi pihak JAIS mendakwa mereka mempunyai bukti yang menunjukkan Norman dan Memey bersalah?
Norman: "Bukti adalah pendakwaan. Jadi, bagi pihak kami, kita perlu mempertahankan kerana kita tahu apa yang berlaku. Kami telah mengikut prosedur dan cuba mencari penyelesaian yang terbaik. Kita perlukan kerjasama kerana kami hendak menjernihkan sesuatu keadaan dan bukannya hendak menjadikan perkara ini lebih buruk."
Apa komen apabila ada yang berpendapat, mungkin Norman dan Memey akan mengambil tindakan untuk berkahwin pada masa akan datang.
Norman: "Buat masa ini kami memang tiada perancangan untuk berkahwin lagipun kita perlu selesaikan apa yang berlaku ini satu-persatu. Nanti, kalau suatu perkara itu belum selesai, kita cuba mencipta satu platform lain pula.
Walaupun Norman tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin dengan Memey, tetapi masing-masing sedang mengenali hati budi.
Norman:"Sebagai senior, saya perlu mengepalai dalam situasi yang dihadapi sekarang dan kami sentiasa berbincang tentang apakah penyelesaian yang terbaik. Dalam masa yang sama, saya minta juga input daripada keluarga saya dan Memey.
"Secara tak langsung, apa yang berlaku ini telah mengeratkan silaturahim dan mengenali hati budi itu berlaku secara tak langsung."
Kenapa tidak kahwin sahaja untuk menyelesaikan kontroversi ini?
Norman ketawa. Memey mencelah dengan berkata: "Kahwin ini suatu keputusan yang penting dalam kehidupan. Tak bermakna kahwin adalah jalan terbaik untuk kita berhadapan dengan hal ini. Apa pun keputusan, kita perlu tunggu perbicaraan nanti. Soal kahwin itu, kita fikirkan kemudian hari. Kita tidak perlu membuat keputusan terburu-buru."
Norman pula menjawab: "Kita perlu lebih rasional dan seperti yang Memey katakan, kita tidak perlu terburu-buru dan pada saya perkahwinan itu merupakan suatu yang baik. Jangan risau, kalau ada jodoh kami, hal perkahwinan itu adalah suatu perkara yang tidak perlu disorok lagi."
Apabila diusik adakah mereka merancang untuk mengenakan pakaian berwarna sedondon pada hari ini, Norman yang ketawa dan tersipu-sipu malu di samping Memey mengakui idea tersebut dikeluarkan secara spontan kerana mereka sentiasa berkomunikasi dari berbagai aspek.
"Memang saya yang mencadangkan untuk memakai pakaian hitam dan putih tetapi tiada sebab yang spesifik kami memakai warna sedondon," ujar Norman sambil tersenyum ceria.
Norman berkata perasaan cerianya pada hari ini bertambah apabila mendapat semangat daripada keluarga dan merupakan cara untuk memberikan aura positif di dalam menghadapi masalah serta berhadapan dengan kenyataan.
Mereka ditangkap berkhalwat oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman, MDH Trading & Services di Ukay Perdana, Ampang, Selangor sekitar pukul 3 pagi pada 30 Oktober tahun lalu.
Sumber asal: MSTAR
Nur Aflah: Politik rumahtangga...
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
- Blogger Comment
- Facebook Comment
2 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Salam Aflah,
ReplyDeletejangan dok nafi macam Rita dan suaminya sudahlah...tak nikah, tak kawin, takda apapun...tetiba saja dah 9 bulan la kawin kawin...
lagi satu, saya teringat komen Hasbullah Pit semalam kalau tak salah....hehehe! Nasi Lemak Memey!!! sampai sekarang saya dok fikirkan kaitan antara Nasi Lemak Mawi dengan Nasi Lemak Memey....macamana tu yer...???
thx!
Saya hairan sedikit bagaimana orang yang ditangkap dan dibicarakan kerana dituduh berkhalwat boleh tersenyum dan ketawa riang?
ReplyDelete