EZAM CABAR HUSAM MUSA PULAK!


Orang ramai terutama pengundi sekitar Kampung Kubang Parit dalam kawasan Wakaf Mempelam Kuala Terengganu bukan sahaja dikejutkan kandungan surat ‘damai’ Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Tun Dr Mahathir Muhamad tetapi pendedahan bagaimana nawaitu PAS mahu memperkudakan Ketua Pembangkang itu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd Ezam Mohd Nor dengan lafaz ‘ Wallahi, Wabillahi, Watallahi’ pada ceramahnya di situ Rabu malam, bersumpah pernah memberitahu Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bahawa beliau keluar parti Keadilan kerana Anwar lakukan perkara yang tidak boleh diterima Islam.

Ezam yang mengakui berkawan baik dengan Husam berkata, beliau bertemu pemimpin PAS itu selepas buat keputusan keluar dari PKR tidak lama dulu malah orang pertama yang dimaklumkan secara peribadi mengenai perkara itu.

“ Pada malam ini, saya nak bagi tahu, dengan lafaz ‘ Wallahi, Wabillahi, Watallahi’ saya beritahu Husam bahawa saya nak tinggalkan Anwar kerana ada beberapa perkara yang dilakukan oleh Anwar secara peribadi dan politik yang saya tak boleh terima sebagai orang Islam.

“Saya bagi tahu kalau saya terus membantu beliau (Anwar) jadi pemimpin, saya berdosa besar. Saya tak nak bagitahu yang lain kerana tak mahu aibkan orang,” ujar Ezam dalam ceramahnya sebelum mendedahkan kandungan surat ‘damai’ Anwar kepada bekas Perdana Menteri itu.

Menurut Ezam, sebagai kawan dan pemimpin PAS yang dihormati, beliau bertemu Husam untuk memberitahu keputusannya keluar Keadilan.

“Nak tahu apa jawapannya?, Saya cabar dia nafikan. Anwar saya tak mahu cabar dia, kerana saya tahu, mana dia mahu. Tapi saya cabar Husam nafikan...nak tahu apa jawapannya, Husam kata “ kita pun tahu ( perangai Anwar) tapi sebab politik, kita nak pakai dia, kita nak tunggang dia,” katanya.

Ezam berkata, beliau terkejut kenyataan itu yang keluar daripada Naib Presiden PAS.

Dalam ceramahnya itu beliau kemudiannya mencabar Husam menafikan kata-katanya pasal PAS nak tungang Anwar itu sebelum habis tempoh berkempen pada pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Cabaran itu ekoran kenyataan terbaru pemimpin kanan PAS itu semasa kempen pilihanraya kecil ini mendakwa Ezam masuk UMNO kerana hendak cari makan.

“Saya cabar Husam datang Kuala Terengganu jawab tuduhan kata saya masuk UMNO kerana nak cari makan. Di ada dua malam atau dua hari ( dari Rabu malam) jawab cabaran saya,” tegasnya.

Menurut Ezam, sebelum ini beliau tidak mahu sentuh perkara itu tetapi beliau cukup terguris dengan tuduhan dibuat oleh Husam yang menjejaskan kredibilitinya.

“ Dia tahu sebab saya keluar Keadilan tetapi mungkin kerana terpengaruh janji Anwar nak bagi jawatan menteri atau apa, dia sanggup buat kenyataan saya masuk UMNO kerana nak cari makan.

“Kerana Husam sudah mencabar maruah saya, dengan lafaz sumpah saya tadi, saya cabar beliau, dua malam lagi supaya turun Kuala Terengganu dan buat sumpah nafikan kenyataan saya ini,” ujarnya.

Katanya, kalau perkara itu tidak selesai selepas 17 Januari, beliau akan ‘ pusing keliling’ seluruh Kelantan selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu untuk berdepan dengan Husam.

“Kalau nak perang, kita perang. Kerana apa, kerana Anwar juga kata saya jadi alat pada UMNO. Saya bukan diperalatkan tetapi dulu Anwar peralat saya untuk bebaskannya,”.

“Tetapi untuk agama dan bangsa saya, saya rela diperalatkan malah seluruh nadi, denyut jantung dan darah saya rela,” tegasnya.

Cabaran Ezam itu sekaligus membuka episod baru perang Ezam dengan pemimpin PAS itu selepas perangnya dengan Anwar sejak beliau keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sertai UMNO.

Menurut Ezam lagi, selepas membaca kandungan surat Anwar kepada Dr Mahathir, beliau mencabar PAS menyatakan prinsip dengan membuat keputusan segera meninggalkan Anwar kerana daripada surat itu, jelas Anwar pemimpin paling hipokrit pernah dilahirkan dalam negara.

“Dan kalau PAS tak berani buat keputusan prinsip itu, rakyat dan pengundi Kuala Terengganu harus buat keputusan pada Sabtu ini buat keputusan tolak pemimpin hipokrit itu serta parti yang bersekongkol dengannya termasuk PAS,” katanya.

Sumber: Agenda Daily

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Seperti dijangka, mesti ada sumpah bersumpah setiap kali ada piliharaya.

    Jangan layan si Ezam tu Datuk Husam

    Orang desperado, poket dah kering,life style orang kota mesti maintain.

    bersumpahlah ezam sebelum kamu kena sumpah

    ReplyDelete
  2. Sudah2la tu ezam...

    Kalu pun sungguh apa yg dikatakan, kenapa nak serang DSAI sorang je hipokrit...pemimpin UMNO/BN xde ke yang lebih teruk ni...
    Sekurang2kurangnya DSAI dah sedar kesilapan dia menyertai UMNO/BN...dia dah sertai pakatan pembangkang (terutamanya PAS yg benar2 telus dlm perjuangan mereka)...
    Sekarang ni yang bertanding bukan DSAI atau Husam...yang bertanding...aisey xkan itu pun nak bgtau...
    TV 3 suku, utusan meloya dan sekutunya hari2 dok cakap...
    Insaflah kawan jgn aibkan orang lain dek kerana ideologi kita tak diterima orang...be matured, no emotional...

    ReplyDelete
  3. Apa punya manusia mengaku kawan baik, kalau macam ini kita tak payah berkawan baik lah dengan Melayu macam Ezam sesumpah ni.
    Sudah lah tak faham isi kandungan surat sebab tak ada yang menggemparkan hanya surat biasa yang ditulis kepada Boss.
    Balik lah Ezam sesumpah sebelum UMNO Trengganu sumpah kamu.
    TAK GEMPAR PUN!!!

    ReplyDelete
  4. kita perlu faham bahawa pilihanraya kecil ini adalah perang psikologi, perang persepsi dan peperangan minda. jatidiri dan minda pendokong pakatan rakyat harus utuh. pihak yang terdesak akan akhirnya terpaksa beralih kepada serangan peribadi dan kredibiliti. nada serangan inilah yang sering didendangkan oleh jentera pilihanraya BN. mengapa buang masa dgn perkara dan isu cabar-sumpah-dedah, sedangkan banyak lagi isu mendesak yang perlu diselesaikan untuk rakyat marhaen Kuala Terengganu. berpolitik itu, biarlah menguntungkan agama dan bangsa.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.