BUKAN MALAYSIA TAPI US YANG TANGGUHKAN!
Perundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Amerika Syarikat-Malaysia ditangguh atas permintaan Washington, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Ini bukan keputusan kementerian. Sememangnya rundingan itu ditangguh sementara sekarang ini atas permintaan Amerika Syarikat (AS). Sepatutnya kita ada satu mesyuarat sebelum akhir tahun 2008, (tetapi) mereka minta supaya ditangguhkan," katanya.
Ini mungkin kerana peralihan kuasa dan pentadbiran di Amerika Syarikat dari George W. Bush kepada Barack Obama, katanya apabila ditanya mengenai FTA itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Tinjauan Strategik Malaysia anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di sini hari ini.
Selain itu, katanya kementerian juga meneliti perkara ini secara mendalam.
"Kita tidak tergesa-gesa kerana banyak perkara yang perlu dilihat. Kita perlu teliti segala perkara yang telah disenaraikan dalam beberapa bidang dalam rundingan ini," katanya.
Ditanya tentang langkah memboikot barangan AS di Malaysia, Muhyiddin berkata: "Kalau ada pihak di kalangan rakyat Malaysia hendak mengambil tindakan tersebut, itu hak mereka. Dari segi kerajaan, kita tidak buat satu keputusan apa-apa tentang perkara itu."
Sumber: Bernama
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
0 comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.