Jika anda ada RM 10 ribu dalam poket, anda boleh pilih mana-mana bukit untuk digondolkan.
Balak yang ditebang boleh dijual dan hasilnya tentulah lumayan.
Jika Karam Singh Walia siarkan aktiviti anda di Buletin Utama, pedulikan saja kerana jika anda tertangkap dan didakwa di Mahkamah, anda mungkin hanya perlu membayar denda RM 10 ribu sahaja.
Kalau tak percaya, baca laporan ni:
GUA MUSANG: Sebuah syarikat pertanian, Liquid Gold Sdn Bhd, didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah melakukan aktiviti pembersihan tanah sehingga menjejaskan alam sekitar di Tanah Tinggi Lojing, dua tahun lalu.
Hakim, Asmadi Hussin, menjatuhkan hukuman itu selepas mengambil kira tindakan syarikat terbabit mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan ketika kes itu disebut kali kedua di hadapannya pada 17 Disember tahun lalu.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Alam Sekitar (JAS), Wan Abdul Razak Wan Hussein, manakala Liquid Gold yang mewakilkan Pengurus Projeknya, Ainul Azmi, diwakili Peguam Bela, Rozita Zahari.
Syarikat itu mengaku bersalah menjalankan aktiviti pembersihan Lot 5326, 5327 dan 5328 Tanah Tinggi Lojing, kira-kira jam 2.30 petang pada 29 Januari 2007, tanpa mengemukakan laporan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA) daripada JAS.
Berikutan itu, syarikat terbabit didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Perkara 34a(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda hingga maksimum RM500,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Ainul membayar denda yang dikenakan terhadap syarikat berkenaan sebaik hukuman dijatuhkan.
Sumber: Berita Harian
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
- Blogger Comment
- Facebook Comment
1 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Ermmm..quick way of making money. Obviously illegitimately.
ReplyDeleteFor those who have millions..wonder what do they do with their money haa..too much.