Rusman Sulaiman, 42, disabitkan bersalah membunuh Sheeren Liao, 36, setelah berlaku pertengkaran besar antara mereka hanya kerana mangsa meminta supaya tertuduh menceraikan isterinya.
Tertuduh yang berkemeja dan berseluar panjang gelap bagaimanapun hanya mendiamkan diri di dalam kandang pesalah dan tidak menunjukkan sebarang reaksi sebaik keputusan dibaca Hakim Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee.

Selesai prosiding, Rusman yang cengkung dan kurus berbanding enam tahun lalu sempat diberi peluang berjumpa dengan ahli keluarganya beberapa minit untuk berbual-bual sebelum dibawa ke dalam lokap mahkamah.
Ideres dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes tersebut yang dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bapa kepada tiga anak itu didakwa membunuh Sheeren yang juga pegawai perkapalan dalam bilik bernombor 321, Hotel Panmour Villa, 78, Lebuh Turi persimpangan Jalan Raja Muda Hassan, Taman Chi Liung di Klang antara pukul 10 pagi dan 11 pagi, 3 Februari 2002.
Sumber: Kosmo
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
apabila emosi mengatasi iman
ReplyDelete