NAJIB MULA MENJAWAB KATA DR MAHATHIR...


Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menjelaskan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dibuat secara kolektif antara beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata tidak timbul tohmahan Tun Dr Mahathir bahawa Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu itu proksi Pak Lah.

"Ada orang kata Wan Farid orang Pak Lah... dia tidak ada orang siapa-siapa. Sebab Perdana Menteri dan saya bersama-sama memilih beliau (sebagai calon BN).

"Tak kan kita hendak buang anak tempatan dan (pernah menjadi) Timbalan Menteri. Beliau juga ada kelulusan LLB (undang-undang)," katanya pada majlis pecah tanah projek perpindahan penduduk Pantai Pandak, Chendering di Kampung Cherong Binjai, Chendering dekat sini semalam.

Turut hadir, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Mokhtar Nong dan Wan Ahmad Farid.

Najib berkata beliau terpaksa memberikan penjelasan kerana banyak pihak membuat pelbagai andaian terhadap pemilihan Wan Ahmad Farid sebagai calon BN untuk pilihan raya kecil itu.

"Sebab itu saya perlu jelaskan perkara ini sebab analisis politik buat macam-macam andaian. Ini tidak boleh dan calon kita tiada kena mengena dengan Pak Lah, saya dan Mat Said (Ahmad Said).

"Tetapi kalau saya kata tiada kena-mengena... bukan tiada kena mengena langsung. Mesti ada kaitan sebab kita yang memainkan peranan pentadbiran dasar peringkat nasional dan negeri," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata apa yang penting sekarang ialah BN hendak memastikan bahawa Wan Ahmad Farid dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan parlimen berkenaan.

Sumber asal: MSTAR
 SINI!
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Abdullah masih Presiden UMNO.Apa salahnya dia pilih "orang dia" sebagai calon?

    Takkanlah Abdullah nak pilih "orang Mahathir" pula!

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.