BERANIKAH ANWAR USIK BUAH HATI AMERIKA?

Hari ini, Dewan Rakyat akan mengadakan sidang tergempar berhubung isu keganasan Israel ke atas Gaza.

Ada 5 inisiatif yang saya harapkan dari sidang itu nanti :

1) Usul dari Parlimen Malaysia untuk membawa Israel ke mahkamah antarabangsa atas jenayah yang telah dilakukan oleh Israel.

2) Usul dari Parlimen Malaysia untuk menggesa OIC menubuhkan tentera pengamannya sendiri kerana kita sebagai sebuah negara Islam tidak boleh lagi berharap kepada PBB untuk menyelesaikan isu Palestin.

3) Kerajaan Malaysia akan menggunakan matawang Euro bagi urusan penjualan minyak mentahnya berkuatkuasa serta-merta dan dalam masa yang sama, menukarkan semua simpanan negara yang menggunakan matawang US Dollar kepada matawang Euro.

4) Memberikan rebet potongan cukai kepada mana-mana syarikat atau individu yang mahu memberikan sumbangan kepada Tabung Bantuan Gaza yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

5) Menyokong usaha mana-mana pihak yang mahu memboikot produk dan barangan yang berkaitan dengan Israel dan dalam masa yang sama, membentuk satu jawatankuasa ekonomi yang mampu untuk merancang dan mengenalpasti kaedah yang paling sesuai untuk mengatasi sebarang masalah yang mungkin timbul, ekoran kempen memboikot yang dijalankan itu.

Kembali kepada tajuk posting ini, selama ini Anwar Ibrahim dianggap sebagai agen Yahudi kerana hubungan rapatnya dengan beberapa tokoh Yahudi dan juga Amerika.

Inilah masanya untuk Anwar membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga kapasitinya sebagai ketua pembangkang di Parlimen bahawa beliau sanggup membawa usul untuk menghadapkan Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Jika usul ini datangnya dari mulut Anwar sendiri, berkemungkinan besar beliau tidak lagi akan dianggap sebagai agen Yahudi atau Amerika.

Dan, tidak salah lagi bila majalah Times memilih beliau sebagai 100 individu yang paling berpengaruh di dunia hari ini.

Bersambung …

INI!
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Salam..... apa salahnyer mngusik skit...jer tapi syaratnyer dengan penuh berhemah..... manalah tahu.....ALLAH bukakan hati keras amerika untuk berfikir secara rasional tentang kemanusiaan dan lupakan seketika tentang keduniaan dan kewangan.......

    ReplyDelete
  2. Nur Aflah, Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang mengamalkan demokarsi. Takkanlah dengan sekadar meluluskan resolusi yang dah diluluskan oleh beberapa negara lain negara kta akan jadi mangsa polisi Amerika pula. Yang membimbangkan ialah sekiranya kempen memboikot barangan US akan mendapat reaksi negatif dari Gomen USA. Seandainya ini berlaku maka banyaklah orang Malaysia yang akan jadi PENGANGGUR. Jadi Soal berani tidaknya DSAI bukanlah persoalan. Yang sokong boikot barangan USA tu bersedialah memberikan pekerjaan kepada bakal penganggur.

    ReplyDelete
  3. Nur Aflah
    Berdemontrasi, tejerit terlolong takkan sampi kemana. Amerika@Yahudi tak makan kutuk. Jangan menjadi ibarat anjing menyalak bukit, bukit takkan roboh.

    Memulaukan produk mereka pun takkkan kemana kerana yang menerima padahnya nanti adalah kita.

    Ini bukan persoalan Anwar berani atau tidak tetapi persoalan kita semua. Sanggung kah kita menerima padahnya jika kita dikenakan sekatan ekonomi. Sudah cukup kuat dan bersediakah kita semua?

    Sebaik-baiknya bertindaklah ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tak berselerak. Perkasakan kesatuan ummah,kuasai sistem ekonomi dunia dan kuasai minda mereka baharulah kita akan berjaya. Tidak keterlaluan jika saya katan jadilah macam Yahudi baharulah kita boleh kalahkan Yahudi.

    Cubarah renungkan kata-kata saya tu. Pandanglah yang tersirat bukannya yang tersurat.

    ReplyDelete
  4. Uncle Fital Ahmad kata:

    "Memulaukan produk mereka pun takkan ke mana kerana yang menerima padahnya nanti adalah kita. Perkasakan kesatuan ummah,kuasai sistem ekonomi dunia dan kuasai minda mereka baharulah kita akan berjaya. Tidak keterlaluan jika saya katan jadilah macam Yahudi baharulah kita boleh kalahkan Yahudi."

    Jika saya bersetuju dengan kata-kata ini, saya fikir peta Palestin akan terus lenyap sebelum semua itu akan dapat dilakukan. Dalam tempoh 60 tahun, Israel sudah berjaya menguasai 70% tanah Palestin. Dan tidak mustahil, dalam tempoh 30 tahun akan datang, negara Palestin dan Masjidil Aqsa sudah tidak wujud lagi.

    Selama ini, Yahudi telah menggunakan kaedah Islam untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Mereka menguasai ilmu pengetahuan dan ekonomi sepertimana yang dituntut oleh Islam. Lihat sahaja kini kadar bunga Amerika sudah hampir 0% untuk menjana kembali ekonomi mereka. Sedangkan Islam sudah lama mengharamkan bunga.

    Kita tidak perlu menjadi seperti Yahudi, sebaliknya kita kena bertekad untuk kembali kepada Islam.

    Selama ini, Yahudi menanamkan semangat cintakan'tanah yang dijanjikan' pada bangsanya sendiri untuk mencapai kebahagiaan hakiki, sedangkan mereka menanamkan semangat cintakan kebendaan pada kita sehingga umat manusia lupa pada semangat cintakan ketuhanan.

    Sejarah membuktikan, Islam kukuh kerana golongan bangsawan dan korporat Mekah seperti Abu Bakar, Siti Khadijah dan lain2 sanggup berhabis harta dan hidup seperti orang kebanyakan semata-mata mahu menegakkan Islam.

    Baca sahajalah kisah para sahabat Rasulullah SAW. Hampir kesemua riwayat hidup mereka berakhir dalam keadaan hidup yang sungguh sederhana atau miskin.

    Jika kita seolah-olah memikirkan dunia ini akan kiamat bila hilang pekerjaan atau dikenakan sekatan ekonomi, alangkah lemahnya diri kita jika dibandingkan dengan umat Islam yang terdahulu.

    Kita bukannya mahu berperang dengan kuasa besar atau memboikot 100% produk mereka. Apa yang boleh mendatangkan manfaat pada agama kita, gunakan ia biarpun datangnya dari Israel. Misalnya, gunakan teknologi maklumat untuk menyebarkan kekuatan dan kebenaran yang dibawa oleh Islam ke seluruh dunia.

    Tiada kejayaan yang akan datang bergolek. Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan.

    Apa salahnya kita susah di dunia ini sebagaimana yang dilalui oleh Sumaiyah sedangkan syurga Allah yang penuh dengan kenikmatan sedang menanti ketibaan kita.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.