SEDIA! SERANGAN LEBIH BESAR LEPAS INI...

Semalam, Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel berkata selepas bermesyuarat dengan kabinetnya, misi ketenteraan mereka ke atas Gaza belum selesai, setelah kereta kebal dan askar Israel mula memasuki serta menduduki wilayah Gaza.

Al-Jazeera melaporkan, 24 lagi rakyat Palestin terkorban semalam dan menjadikan jumlah korban keganasan Israel meningkat kepada 885 orang, lebih separuh daripadanya terdiri daripada wanita, orang tua dan kanak-kanak.

Manakala lebih 4,000 rakyat Palestin yang lain mengalami cedera parah dan kebanyakannya bakal cacat seumur hidup.

CNN pula memberitahu, 13 rakyat Israel telah terbunuh sejak misi ke atas Gaza dimulakan dan kebanyakannya terdiri anggota tentera dan bukannya orang awam.

Sejak kelmarin, penduduk Israel yang bersempadan dengan Gaza sudah mula berada di atas bukit sambil merakamkan potret kejayaan tentera mereka yang berjaya melumpuhkan bandar Gaza dalam tempoh 2 minggu.

Wartawan Al Jazeera, Ayman Mohyeldin memberitahu semalam, tentera Israel bersama kereta kebal mereka sudah berada di segenap penjuru Gaza.

Spekulasi bertiup kencang menyatakan, serangan besar-besaran bakal bermula pada bila-bila masa. Israel mahu memastikan bandar Gaza benar-benar hancur sebelum mereka mahu menghentikan operasi mereka.

Mesyuarat kabinet Israel yang berlangsung semalam juga dikatakan telah berbincang panjang lebar mengenai pelan fasa ke 3 mereka ke atas Gaza. Biarpun ada beberapa pihak menjangkakan Israel akan berundur, namun ianya sukar diterima memandangkan pejuang Hamas masih berupaya melancarkan roket ke atas Israel.

Jika Israel terus berhasrat mahu menamatkan serangan roket Hamas, tidak mungkin Israel akan berundur.

Giroa Eiland, bekas penasihat keselamatan Israel sendiri memberitahu Al Jazeera, terdapat perdebatan antara kerajaan Israel dengan pihak keselamatannya mengenai apa yang perlu mereka capai dalam fasa kali ini.

Sementara itu Khaled Meshaal, ketua politik Hamas berpesan kepada rakyat Israel:

“Apa yang kamu dapat daripada peperangan ini? Apa yang kamu lihat kini adalah akibat daripada pemimpin yang kamu pilih. Tidak ada apa yang perlu kamu banggakan, selain daripada membunuh kanak-kanak dan melihat Gaza bermandi darah.”



Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.