EZAM AKAN DEDAH SURAT SULIT ANWAR PADA MAHATHIR

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan, Ezam Mohd Nor akan mendedahkan surat yang ditulis Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, seminggu selepas Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 8 September 1998.

Dalam ceramahnya di markas Barisan Nasional di Bukit Kecil, malam semalam, beliau berkata kandungan surat itu, jika didedahkan akan menjelaskan prinsip perjuangan sebenar Anwar, terutama kepada Dr Mahathir ketika itu.

"Saya masih ingat lagi dia panggil saya ketika itu sebagai orang kepercayaannya agar beri terus surat itu kepada Dr Mahathir.

"Saya ingat lagi, malam itu dia bukan main marah, kutuk Perdana Menteri kerana pecatnya, tapi dalam surat itu amat berlainan sekali sikap Amwar yang hipokrit," katanya.

Ezam berkata, beliau akan mendedahkan semua kandungan surat itu kepada pengundi di Kuala Terengganu sebelum Sabtu ini.

Sumber: Berita Harian

Nur Aflah: Dulu kotak, sekarang surat, lepas ni apa pulak? Orang macam ni pun UMNO nak bagi peluang buat ceramah ke?



Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. bukan hipokrit.
    itu taktik.

    tunjuk lah.
    bukti betapa kejamnya PM kau orang.
    betapa haprak parti kau orang.

    ReplyDelete
  2. elehhh.
    setakat ceramah dalam bilik gerakan.
    berapa? seposen sejam?

    ReplyDelete
  3. Salam Aflah...

    Saya rasa saya tahulah jawapan soalan puan.... dulu KOTAK, sekarang SURAT, sah lepas ni dia akan bagi KATAK yang dibela....

    Apa punya 'GURKHA UMNO' yang tak faham2 dan tak reti langsung berpolitik...dah la suara klon DSAI, takde identiti langsung......

    Kalau EZAM baca komen saya ni, harap hentikanlah segalanya...orang UMNO pun tak suka ke MU, apatah lagi orang luar UMNO...MU pk la sendiri!!!!!!

    p/s: sori AFLAH, emosi sikit...tak boleh tengok muka budak hingusan ini....semua muka politik cari makan jer...
    thx!

    ReplyDelete
  4. Geram ..

    Alahai Ezam...

    'Enuf is enuf' la Ezam.. Awak ambik lah cermin,tanya la sendiri, apa kah yg kamu cari selama ini??? Sudah lah nk mengaibkan YB DSAI ... Dulu die juge yg awak ikut ke hulu ke hilir ... Sebagai ISLAM,awk pun tau betapa besarny kita mengaibkan sesama manusia tak kira rupa bangsa.. sedarlah wahai Ezam ..

    Jgn krn politik cari makan kita ssama islam dari kwn jd lawan..

    Dalam politik YB DSAI akan 'LAWAN TETAP LAWAN' tapi sy tau dlm apa2 hal YB DSAI 'will forgive bt cant forget'...

    Wsalam

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.