TAMBAH 1 TOLAK BERAPA?


Kebanyakan blogger yang Pro-Pakatan menjangkakan PAS akan memenangi pilihanraya kecil kerusi Parlimen P36, Kuala Terengganu jika momentum perubahan yang berlaku pada PRU ke 12 dahulu berjaya mempengaruhi sentimen pengundi di kawasan itu.

Jika jangkaan yang dibuat itu tepat, ini bermakna Pakatan Rakyat akan menambah lagi 1 kerusi parlimen di Dewan Rakyat dan sekaligus menjadikan jumlahnya 83. Jika itu berlaku, sudah tentu Barisan Nasional akan 'pening kepala' selain ianya akan memberikan tamparan hebat kepada Najib Tun Razak selaku bakal Presiden BN yang baru pada Mac 2009 nanti.

Dalam masa yang sama, terdapat desas-desus yang menyatakan, Pakatan Rakyat bakal kehilangan beberapa kerusi Parlimen mereka setelah beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat dilihat telah bersengketa secara terbuka dan juga menggugut untuk keluar dari pakatan itu.

Hari ini, lebih 50 pemimpin India peringkat nasional dalam Pakatan Rakyat akan bertemu dan pertemuan hari ini adalah yang terbesar sejak PRU ke 12 bagi menentukan hala tuju kedudukan dan sokongan mereka dalam ikatan pembangkang itu.

Pertemuan yang dilihat sebagai "amat penting" akan membincangkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan ekoran dakwaan bahawa masyarakat India juga terus 'didiskriminasi dan dipinggirkan' oleh kepimpinan ikatan pembangkang itu. Forum hari ini yang berpusatkan kepada isu Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam, yang telah mengumumkan hasrat untuk keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka akan membincangkan beberapa opsyen.

Antara opsyen itu ialah berkemungkinan mereka akan keluar beramai-ramai daripada Pakatan Rakyat dan menubuhkan parti sendiri yang bagi mewakili kepentingan masyarakat India ataupun kekal dalam Pakatan Rakyat dengan terus mendesak agar tuntutan masyarakat India dibela dengan adil dan lebih baik berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Jika mahu kekal, kami akan kekal bersama dan jika mahu keluar, kami akan keluar bersama," kata Janapala sambil menegaskan, pertemuan malam ini sebagai amat penting bagi menentukan nasib masyarakat India selepas sembilan bulan pilihan raya umum ke-12 berlalu. [rujuk sini]

Sambil mengakui sudah wujud perasaan tidak puas hati di kalangan sebahagian besar ahli dan pemimpin India dalam Pakatan Rakyat, Jenapala memberitahu, pihaknya mahu mengambil satu pendirian bersama diambil bagi memastikan kepentingan masyarakat India di negara ini terus dipertahankan dalam Pakatan Rakyat.

"Sejak kebelakangan ini banyak pemimpin dan wakil rakyat India dalam Pakatan Rakyat telah menyatakan pendirian masing-masing, satu persatu satu tentang rasa tidak puas hati mereka. Jadi kami hendak mendengar semua pandangan bersama dan membuat satu pendirian bersama," kata beliau.

Kini dianggarkan 150,000 ahli parti komponen Pakatan Rakyat merupakan masyarakat India. Jika mereka mengambil keputusan untuk keluar dari Pakatan Rakyat, tidak mungkin pemimpin mereka akan menyertai kembali Barisan Nasional. Berkemungkinan besar mereka akan menubuhkan parti baru untuk mewakili kaum India. Jika itu berlaku, ini bermakna mereka akan cuba melobi Pakatan Rakyat atau BN untuk mendapatkan lebih banyak ruang dan tempat untuk kaum mereka.

Tahun 2009 dijangka akan memperlihatkan landskap politik Malaysia yang lebih mencabar setelah bibit-bibit pertelingkahan dan perpecahan mula dirasakan dalam Pakatan Rakyat. Tempoh berbulan madu mereka nampaknya sudah berakhir dan peluang ini semestinya sedang ditunggu-tunggu oleh BN untuk dijadikan modal bagi mendapatkan kembali kepercayaan pengundi di negara ini.

Agak malang bagi PAS kerana pilihanraya kecil yang sedang dihadapi mereka kali ini tidak seperti suasana pilihanraya kecil Permatang Pauh di mana semua parti komponen dalam Pakatan Rakyat dilihat begitu bersatu-padu dan menampakkan keazaman mereka untuk memenangkan Anwar Ibrahim. Suasana dan semangat itu tampaknya kian pudar setelah misi 16 September Anwar gagal direalisasikan sepertimana yang telah dirancang dahulu.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. +1-1=0
    Ikut mathematics jawabnya kosong.
    Tetapi saya kata jawabnya 1.
    sebab apa, tunggu teh tarik turun, baru beritau

    ReplyDelete
  2. Mereka tak perlu keluar party tetapi mereka perlu kosongkan kerusi dan adakan semula satu pilihan raya kecil.
    Mari kita lihat siapa yang berkuasa, wakil rakyat ataupun rakyat yang berkuasa. Jangan buat ugutan seperti budak kecil, kalau rasa diri kuat dan bolih bertanding sendirian maka saya cabar mereka ini untuk pulangkan kepada rakyat menentukan nya.
    Mari kita cabar mereka supaya bersikap matang sebagai Ahli Parlimen dan sekira nya tidak berkemampuan maka tinggalkan sahaja dunia politik.
    Message to this people, BEHAVE YOURSELF!!! Get it? or Get out?

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.