RASHID PULAK NAK SAMAN PEMBANGKANG!
Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menamatkan perkhidmatannya semalam menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa anggota parti pembangkang yang menyerang peribadi beliau.
Menurutnya, beliau mempunyai maklumat dan bukti untuk diserahkan kepada peguamnya.
“Saya tidak mahu menyaman ahli-ahli politik berkenaan sebelum ini kerana tidak mahu mengheret SPR sama.
“Memandangkan saya sudah bersara dan kini bebas, saya sedang menimbang menyaman mereka yang banyak berbohong dan memburukkan nama saya,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah tapak bangunan ibu pejabat SPR yang baru di Presint 2 di sini semalam.
Bangunan berbentuk peti undi itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun setengah dengan kos pembinaan antara RM70 juta dan RM80 juta.
Pada masa yang sama, beliau meminta kerajaan mengkaji kemungkinan memberi kuasa autonomi kepada badan itu untuk mengawal sepenuhnya perjalanan pilihan raya.
“Orang asyik menuduh SPR tiada gigi, SPR nak ambil tindakan tetapi undang-undang sedia ada tidak membolehkannya untuk mengambil tindakan.
“Undang-undang ada tetapi SPR tidak boleh bertindak sedemikian rupa yang boleh memuaskan hati semua pihak,” jelasnya.
Bekas Setiausaha SPR itu yang amat sinonim dengan perjalanan pilihan raya negara ini dan pernah mengendalikan tujuh pilihan raya umum berkata, SPR harus menjadi badan yang dibenarkan mengawal media semasa tempoh pilihan raya khususnya dalam menetapkan apa yang boleh dan yang tidak boleh disiarkan dalam tempoh itu.
Sumber: KOSMO
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
0 comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.