Ada orang kata angka RM999,999.99 membawa tuah kepada si pemiliknya, namun bagi Puteri Netty Izma Sawiji, 28, ia menjadi igauan ngeri dalam hidupnya setelah ditipu bekas suami pada Februari tahun lalu.
Dia yang pernah menjadi tumpuan media kerana menerima cek kosong RM999,999.99 sebagai hantaran perkahwinan daripada bekas suami yang mendakwa kerabat diraja Brunei, berjaya dalam tuntutan fasakh terhadap lelaki itu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.
Puteri Netty Izma yang ditemui tidak dapat menahan sebak ketika memberitahu, dia dan keluarga tertekan dengan tindakan bekas suaminya itu dan berazam tidak akan berkahwin dalam waktu terdekat tetapi tidak menolak jodoh yang ditakdirkan.
“Saya berasa sangat lega dengan keputusan ini selepas berkorban masa dan tenaga berulang-alik ke mahkamah hampir dua tahun. Saya kini serik dan akan lebih berhati-hati memilih pasangan hidup.
“Selepas kejadian, saya hampir hilang akal kerana lelaki itu menipu banyak pihak termasuk ibu bapa saya. Saya berharap dia menerima balasan di atas perbuatannya itu,” katanya.
Puteri Netty yang masih dalam keadaan trauma menegaskan, dia tidak akan menggunakan Internet lagi untuk mencari teman lelaki.
“Nasib saya jadi begini bermula dari perkenalan di Internet dan seterusnya ke jinjang pelamin tanpa kerelaan ibu bapa.
Sumber: Kosmo
- Blogger Comment
- Facebook Comment
3 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Salam,
ReplyDeleteinternet ni..memang kena guna urus dengan waspada.... asalkan niat kita baik...insyaallah....kita juga akan dikelilingi oleh orang-orang yang baik......
Hello Nur Aflah, without the Internet I wouldn't have had the pleasure of knowing Chekdenoor....
ReplyDeleteand thru the Internet, I noticed your callsign at her place....
so here's wishing you and family the very best of Seasons greetings and Selamat tahun baru. Best regards, Lee.
Salam,
ReplyDeleteBeliau menerima nasib malang tentu bukan kerana salah internet, tapi kerana kurang-kurang berhati-hati.
Bagaimanapun, ada lagi nasib malang yang masih menimpa wanita Islam di negara ini, iaitu lambatnya jabatan agama/mahkamah syariah menyelesaikan tuntutan perceraian yang mereka kemukakan.
Laporan tentang hal ini sentiasa muncul dalam surat khabar.Bilakah jabatan agama/mahkamah syariah akan berubah?