“Penagih dadah, penagih arak, kaki zina, kaki judi dan kaki rasuah biasanya bermula dari ‘cuba-cuba’…”
Pernyataan di atas bukanlah maksud utama tajuk kiriman saya kali ni.
Yang sebenarnya, ketika saya menghadiri satu majlis perkahwinan di Selangor, saya terserempak dengan seorang rakan lama. Dah lebih 9 tahun kami tak berjumpa kerana terputus hubungan begitu sahaja. Tak sangka pula kami dipertemukan kembali di majlis itu.
Dipendekkan cerita, masa zaman sekolah dahulu, kawan saya ni memang penyokong kuat UMNO. Biarpun subjek ‘politik’ tidak ada dalam silibus sekolah, tapi pengetahuan politiknya memang A kalau nak dibandingkan dengan kami yang sebaya dengannya. Lagipun, orang pompuan macam kami ni manalah reti sangat pasal politik.
Yang peliknya, dia kini bukan lagi penyokong kuat UMNO.
“Apahal kau nak pelik?” kata dia pada saya.
“Ya lah.. Dulu, kau kan pantang dengar orang lain kutuk UMNO. Sekarang ni, kau pulak yang kutuk UMNO.. Dulu kau juga yang kata.. dulu, kini, dan selamanya.. alif nun mim wau..” balas saya.
“Masa tu kita sekolah lagi. Apa yang orang (UMNO) beritahu, itulah yang kita tahu. Sekarang ni, apa yang orang (UMNO) tak nak beritahu, itulah yang kita nak tahu.” kata kawan saya tu.
“Maksud kau?”
“Dulu, aku tahu ‘baik’ UMNO je. Sekarang ni, aku dah tahu ‘baik dan buruk’ UMNO.”
“Maksud kau, UMNO tu banyak buruk dari baik lah?”
“Bukan macam tu. Sekarang ni, aku nak tahu ‘baik dan buruk’ parti lain pulak. Kalau orang macam kita tak bagi peluang kat parti lain memerintah, macam mana kita nak tahu ‘baik dan buruk’ mereka?”
“Dulu kau juga yang kata, jangan bagi parti lain memerintah. Hancur lebur negara ni nanti..”
“Haha.. bukan aku yang cakap macam tu. Orang (UMNO) yang cakap macam tu kat aku dulu. Aku ulangkan je apa yang dia orang cakap..”
“Habis tu… macam mana hati kau boleh ‘terbuka’ nak sokong parti lain pulak?”
“Masa aku tengah pantang bersalin anak aku yang sulung, abang aku selalu belikan Harakah. Kau tahu kan, dulu aku memang ‘geli’ nak baca Harakah. Habis tu, dah tak ada apa nak baca kat umah mak aku, aku pun belek-belek lah Harakah tu. Tak sangka pulak, macam-macam yang aku tak tahu, dah jadi tahu. Lepas tu, bukan Harakah je aku baca. CD ceramah Mat Sabu pun aku layan dengan abang aku..”
“Maknanya, kau dah jadi penyokong PAS lah sekarang ni?”
Kali ni, saya cuba menduganya.
“Kalau tak, takkanlah PAS boleh menang kat Selangor ni..” jawabnya sambil tersengih.
“Kau rasa, PAS boleh menang ke kat Kuala Terengganu nanti?”
“Boleh je.. dengan syarat, pengundi tegar UMNO cuba undi PAS.”
“Kalau dia orang tak nak cuba?”
“PAS masih menang.”
“Kenapa pulak?”
“Sebab sekarang ni, rakyat nak cuba buat perubahan. Bukan berubah dari yang buruk ke yang baik tapi berubah dari yang baik ke yang lebih baik. Aku tengok ‘mood’ rakyat sekarang ni lebih kepada keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru. Silap haribulan, dari cuba-cuba, terus ‘melekat’ macam aku ni..”
“Kalau percubaan ni tak menjadi?”
“Belum cuba belum tahu kan?” jawab kawan saya tu.
“Cuba apa ni?”
Pengantin baru tetiba menyampuk.
“Malam nanti kau tahu lah.. Haha..” kata kawan saya tu.
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
- Blogger Comment
- Facebook Comment
5 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Salam Aflah,
ReplyDeleteMenarik cerita tu, apa lagi endingnya ... haha ..
Saya masih terngiang kata Husam dalam Wacana Perdana di Balai Islam, Lundang, Kelantan.
Katanya, akan wujud nanti kevakuman dalam politik Malaysia sekiranya UMNO mengalami syndrome menopause. Ke mana ahli UMNO akan pergi? Maka di sinilah peranan PAS, mengisi kekosongan itu dengan hemah politik pintar.
Syabas kepada kawan lama Aflah itu. Dia berani membuat perubahan.
Harap-harap orang lain pun sama. Hari-hari dihidangkan lauk yang sama pun jemu, kan ...
Wassalam.
saya lihat macam macaam gambar. yang mana satu gambar nuraflah?
ReplyDeleteSalam Prof,
ReplyDeleteOrang yang sama. Cuma teknik fotografi dan 'make up' yang membuatkan ianya berbeza-beza..
Salam,
ReplyDeleteDalam PRU 12 , ketika Kelantan dan Kedah jatuh ke tangan PAS, orang Terengganu terus berdiri teguh menyokong BN.
Pilihan raya kecil Kuala Terengganu menarik untuk mengetahui sama ada orang Terengganu masih teguh menyokong BN, atau beralih arah menyokong PAS.
I,sometimes represent everybody.
ReplyDelete