MUSLIM GAZA MENDERITA, MUSLIM MALAYSIA?



SELAMAT BERDEMONTRASI DI HADAPAN KEDUTAAN AMERIKA PADA JAM 11 PAGI NANTI.

Sejak Israel berjaya menduduki bumi Palestin, mereka tidak pernah berasa puas selagimana mereka tidak berjaya mengusir penduduk Islam Palestin keluar dari bumi Anbiya' itu.

Sambutan Tahun Baru Hijri yang ke 1430 menyaksikan muslim Gaza dibunuh dengan kejamnya oleh rejim Israel. Bukan sahaja polis dan tentera Hamas yang menjadi sasaran mereka, tetapi wanita dan kanak-kanak juga turut menjadi korban kezaliman Zionis, pengganas no 1 dunia.

Lebih menyedihkan, beberapa agensi berita asing melaporkan, ada negara Islam yang didapati telah berkomplot dengan rejim Israel dalam siri keganasan Israel kali ini. Azzam Tamimi, Pengarah Institute of Islamic Political Thought berkata:

"Jika anda masih ingat ucapan Tzipi Livni selepas bertemu dengan Presiden Hosni Mubarak. Dia telah memberikan amaran yang jelas, mereka ingin melakukan perubahan di Gaza.

"Saya syaki operasi Israel kali ini adalah untuk menghancurkan pentadbiran Hamas. Israel tidak akan berani menyerang jika tidak mendapat lampu hijau dari sekutunya."



Apalah daya muslim di Palestin untuk melawan tentera Israel. Hanya serpihan batu dari bangunan yang telah dibom Israel yang dapat digunakan oleh mereka untuk menentang kekejaman Israel.

Mereka kini kelaparan, tiada bekalan elektrik serta ubat-ubatan. Sedangkan kita di sini, masih mampu melayari internet, tidur dalam bilik berhawa dingin dan menyediakan juadah yang lebih banyak ke tong sampah dari masuk ke dalam perut kita. Malah, perlaksanaan hudud yang hanya sebahagian dari sistem syariah Islam pun masihmahu ditelagahkan sesama muslim di Malaysia.

Ayuh! Bersatulah wahai kaum Muslimin dan Mukminat di seluruh dunia. Sampai bilakah lagi kita mahu menyaksikan saudara seagama kita ditindas, dibunuh dan diseksa dengan kejam oleh manusia-manusia yang berhati iblis dan syaitan?

Tidak terdetik atau terkesankah hati dan jiwa kita bila menyaksikan saudara seagama kita dizalimi begitu sahaja? Lemahkanlah kekuatan Israel dengan memboikot semua barangan, perkhidmatan dan perniagaan mereka. Manfaatkanlah teknologi dan kemudahan yang ada untuk menyampaikan kebenaran dan mengajak kepada kebaikan.

Jika Muhajirin dan Ansar sanggup bersatu dan berkorban untuk menjayakan Islam dengan kudrat dan harta yang mereka miliki, mengapakah kita semua tidak boleh melakukannya?

Al-Fatihah buat semua Muslim Palestin yang telah terkorban.

Semoga Muharram kali ini memberikan tekad baru kepada kita semua untuk membangun dan menjayakan agenda Islam di bumi Allah ini.

ADAKAH AKSI DALAM VIDEO DI BAWAH INI YANG PERLU KITA BANGGAKAN DAN BIARKAN BERLELUASA?




Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

9 comments:

  1. Di Malaysia, keadaan orang islam jauh lebih baik dari di Palestine.
    Keadaan percaturan politik dunia masa kini, telah memberikan ruang yang sungguh sempit untuk Malaysia melibatkan diri dalam kancah persengkitaan antara Palestine dengan Israel. Apa yang boleh kita buat hanyalah berdoa agar rakyat Islam di Palestine sentiasa dilindongi Allah SWT dari bencana berterusan. Selain itu Kerajaan kita juga boleh memberikan bantuan dari segi perubatan, kewangan dsbnya yang termampu. Ingin rasanya ikut serta bertumpah darah spt mereka. Apalah daya kita.
    Rakyat islam di Malaysia seharusnya sedar sedalam-dalamnya akan bencana yang menimpa kaum seagama dengan kita di Palestine. Jangan lah hendaknya kita disini bertelagah sesama sendiri kerna prinsip, harta, kuasa dan wanita.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    hmmm....memang kesian kepada penduduk disana..... masyarakat malaysia ada yang tak pernah peduli tetapi ada juga yang simpati..... hanya doa boleh kita lakukan agar persengketaan ini dapat diredakan.......

    ReplyDelete
  3. Salam/

    Orang arab(dan orang Islam) patut lihat atas peta Atlas dunia betapa kecil Israel berbanding tanah Arab-kurang dari 1%.
    Jika orang yahudi dan arab adalah sama-sama anak keturunanan 'Abraham',tidak keterlaluan jika Orang Yahudi mempertahankan apa yang didukinya- yang amat kecil sekali.
    Why arab nations cannot give up some land to their Jewish half bros-so that 2 new countries-Israel and Palestine can be created I cannot understand.

    Maybe of this mentality shown in this site....

    http://littlegreenfootballs.com/article/32311_Death_to_All_Juice/comments/#ctop

    ReplyDelete
  4. Dunia dah akhir zaman tapi muslim Malaysia masih tak nampak.

    ReplyDelete
  5. "....Apalah daya muslim di Palestin untuk melawan tentera Israel. Hanya serpihan batu dari bangunan yang telah dibom Israel yang dapat digunakan oleh mereka untuk menentang kekejaman Israel...."

    Hi sis,

    i find the need to comment on this as I think you are misinformed.

    Please check out the sequence of events that leads to this bloodshed. I think seriously most muslims here are badly misinformed with things concerning the state of Israel and the Jews in general. There is always a tendency to hate Jews by muslims over here, no thanks to people like hadi awang and our mass media who always protray a one sided story.

    Let us put aside all the differences and all the past animosity between Israel and Palestine. Let us look at this single incident.

    It is well known that for the past several weeks, Hamas has been pounding rockets after rockets into the state of Israel. Israel has given many warnings, and the sternest warnings comes a week back. How did the Hamas respond after that? They fire even more rockets into Israel, more than any single day since they launch the sneaky attack.

    May I plead that you look into the questions below and perhaps ponder upon it?

    1. Why does the Hamas provoke Israel after so much calm for such long period?

    2. Why does the Hamas stubbornly refuse to stop the attacks?

    3. Why can't Hamas administer Palestin properly and instead waste so much funds and energy to procure rockets to be sent over to Israel?

    4. Isn't Palestine suppose to be poor? So why is all the money and effort spend on fighting Israel? Shouldn't there be more rationality shown?

    5. Don't the Hamas know that Israel are superior both resource and military wise? They do and yet why are they firing rockets from residential areas within Palestine? What are they thinking? Sympathy from the ummah?

    6. Do you seriously think that Israel should be blamed single handedly for all that happens?

    7. Does the Israel exist for the sole reason to exterminate the muslims in palestine OR palestines who happen to be muslim?

    8. Does the Israelites enjoyed all these fighting and suicide attacks now and then?

    9. Does the Israelites prefer war over peace?

    While I have to say that the response by Israel is disproportionate, I don't think the Hamas hands are clean at the same time.

    It is obvious some countries wanted the Palestine and Israel conflict to be continued and escalated now and then for their own advantage. Everyone is making use of that conflict and use it as an excuse to justify the things that they do. This includes those who sell weapons to Israel and to those Islamic leaders who want to protray it as religious issue to justify their actions.

    Without the conflict, muslim terrorist will have a hard time finding excuse to justify their actions. Without the conflict, the US will have one less big customer.

    Come next year, I hope you will be able to come out with better quality writings, showing capabilities to look at issue from a much higher perspective.

    KaKiaYam

    ReplyDelete
  6. "...Keadaan percaturan politik dunia masa kini, telah memberikan ruang yang sungguh sempit untuk Malaysia melibatkan diri dalam kancah persengkitaan antara Palestine dengan Israel..."

    nak campur tangan lagi? selain membidas keangkuhan Israel, apa lagi yang Malaysia pandai?

    "Apa yang boleh kita buat hanyalah berdoa agar rakyat Islam di Palestine sentiasa dilindongi Allah SWT dari bencana berterusan."

    oo....nampaknya bom bom palestine boleh kenal siapa tu Islam siapa tu kafir ya? ataupun yang duduk kat palestine tu hanyalah muslim?

    "Selain itu Kerajaan kita juga boleh memberikan bantuan dari segi perubatan, kewangan dsbnya yang termampu..."

    Buat apa? Lepas badan dah jadi baik, hantar roket lagi.... duit ada lebih pun tak beli makanan, sebaliknya beli peluru dari Iran... sudah sampai masanya orang Palestine memikirkan masa depan mereka...

    "Ingin rasanya ikut serta bertumpah darah spt mereka. Apalah daya kita...."

    apa tunggu lagi? Pergilah...

    ReplyDelete
  7. salah orang yang mengaku muslim tak nak bersatu. tengok di malaysia cukup lah. masing masing keras kepala. sistem demokrasi pecah perintah. israel dan kisah degilnya dah ada dalam surah al baqarah. memang sampai bila pun takkan tunduk pd mana mana undang .mereka bangsa terpilih. salah orang yang mengaku muslim tak nak bersatu.

    ReplyDelete
  8. kepada kaki ayam...dan anonymous

    kalau kau orang tak faham hal isu palestin...korang baca dalam al quran perangai yahudi macam mana.
    adik beradik satu keturunan apa nak heran...habil qabil pun dah berbunuhan...anak nabi luth pun engkar pada bapa nya. anak nabi harun pun menaya adik beradiknya ko tak baca ke kisah nabi yusof. samiri. perangai yahudi bukan sekarang kejam dari dulu lagi ...dah di tolong nabi musa seberang laut merah. alih alih salah sorang pengikut kufur pergi buat patung anak lembu ajak sembah.

    kau tau dak protokol zion. asal dari kitab talmud. semua manusia yang bukan yahudi halal bagi mereka untuk di perkotak katik . ibarat manusia memijak semut. lambang star of david .bintang bucu enam. falsafah nya supremacy of the jews bucu ke atas, bucu ke bawah pula oppresion to non jews.

    dunia ni di kawl oleh new world orders sapa mereka ... yahudi lah, lambang horus lambang mata satu....iiiie aku tengok lambang tu seram....cuba ler tengok.

    so yahudi akhir zaman mcm tu lah... ha akhir zaman nanti baru mereka tau....mereka sembunyi balik batu...pun batu akan bercakap ada yahudi belakang aku. cari lah hadis tu....aku tak tau ko sapa. ...tapi ko pun hamba ALLAH mcm aku dll....so usaha pergi carilah maklumat tu.

    salam,shalom

    kaki manusia

    ReplyDelete
  9. "...kalau kau orang tak faham hal isu palestin...korang baca dalam al quran perangai yahudi macam mana. .."

    jadi, maknanya kalo saya baca al-quran, maka saya akan paham dan ketahui kenapa orang yahudi patut dihina?

    sukar nak dipercayai yang agama islam mengajar manusia untuk menghina sekumpulan manusia...

    tapi pada pandangan saya, besar kemungkinan yang tak paham al-quran tu, kamu, bukan saya. Negara palestin ada dalam al-quran?

    "...semua manusia yang bukan yahudi halal bagi mereka untuk di perkotak katik.."

    masalahnya dalam isu ini, siapa pulak yang rosakkan keamanan? siapa yang hantar roket bertalu talu ke israel? dalam agama islam sama jugak.... orang kafir macam saya tak boleh dipercayai... dalam makahmah sharia, keterangan saya tak boleh diterima....jadi apa bezanya?


    "..dunia ni di kawl oleh new world orders sapa mereka ... yahudi lah,.."

    bukti? Tun M.? orang cakap, you terima je...

    "...so yahudi akhir zaman mcm tu lah... ha akhir zaman nanti baru mereka tau....mereka sembunyi balik batu...pun batu akan bercakap ada yahudi belakang aku. cari lah hadis tu....aku tak tau ko sapa. ...tapi ko pun hamba ALLAH mcm aku dll....so usaha pergi carilah maklumat tu...."

    apa yang akan berlaku akhir zaman, saya tak tahu, you tak tahu dan orang yahudi pun tak tahu...

    persoalannya, buat apa nak ambik tau pasal orang yahudi? apa gunanya kita jaga tepi kain orang, padahal kita langsung tak tau apa yang akan terjadi kepada kita? janganlah cakap seolah olah kita sendiri langsung tak berdosa... pandai sangat kita ni menghakimi orang lain,... seolah olah kita ni bermoral sangat....


    "...tapi ko pun hamba ALLAH mcm aku dll...."

    blader, sememangnya kita semua adalah hamba Allah yang Maha Esa, dan Maha Penyayang...dan kita, adalah ciptaanNya....

    Jadi dalam kata lain, kalo Allah sayangkan saya dengan anda, Dia juga menyayangi orang Yahudi dan Palestin, kerana Allah tidak membezakan kita...oleh itu jangan pula kita cuba nak bezakan diantara kita ataupun cuba nak anak tirikan setengah setengah bangsa...

    Saya perasan kebanyakkan orang muslim amat benci kepada orang yahudi. Selain isu Israel dengan Palestine, justifikasi yang diketengahkan adalah berdasarkan cerita didalam al-quran. Sebenarnya segala cerita dalam al-quran ada dalam taurat (judaism) dan Perjanjian Lama (injil). Yang hairannya, kenapa orang Kristian tidak membenci orang Yahudi? Cerita yang sama, interpretasi berbeza?

    Bagi saya, segala cerita mengenai kemungkaran orang Yahudi sebenarnya merupakan satu pengajaran dan contoh kepada kita. Segala kedegilan, keangkuhan dan kebodohan yang ditunjukkan oleh orang Yahudi sebenarnya akan berlaku juga kepada kita. Oleh itu bagi saya, orang Yahudi dipilih untuk dijadikan contoh, Bukan kerana mereka lebih degil, lebih cerdik, lebih jahat dsbnya...

    apa yang berlaku diantara palestin dengan israel sebenarnya pertelingkahan/permusuhan diantara dua negara....jangan pula kita dipergunakan oleh mereka yang cuba menjadikannya satu permusuhan agama ataupun kewajipan ummah...


    http://chicken-feet-60.blogspot.com/2008/12/apa-dia-yahudi-mahu-orang-islam-jadi.html


    KaKiaYam

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.