NAK KAYA MASUK UMNO?
Nor Azman Mohd Nor, Exco Penerangan Pemuda UMNO Selangor berkata:
"Selama lebih 20 tahun beliau berkhidmat dalam parti dan mendapat manfaat daripada parti. Beliau sepatutnya mengenang budi dan jasa (Umno). Tidak seharusnya beliau masuk PAS setelah mendapat KEKAYAAN dan manfaat daripada parti (Umno)" [rujuk sini]
Nor Azman menujukan kata-kata itu pada bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim yang secara rasmi telah menyertai PAS setelah keahliannya dalam UMNO digantung 3 tahun.
Siapa Nor Azman? Entahlah.. saya memang tidak kenal dengannya, tapi mungkin Nobisha kenal agaknya.
Kalau diteliti pada kata-kata Nor Azman tu, memang sesuai sangatlah beliau menjadi ketua penerangan Pemuda Umno Selangor. Lepas ni, bertambah mudahlah Pakatan Rakyat nak tawan Selangor sebab beliau sendiri seolah-olah dah mengaku yang “Umno memang kayakan pemimpinnya”.
Patutlah pemimpin Umno liat sangat nak tinggalkan Umno sebab mereka dah terhutang budi pada Umno kerana mengkayakan mereka. Dan, ahli biasa Umno memang mudah nak tinggalkan Umno sebab mereka tak terasa terhutang budi pada Umno kerana Umno memang tak kayakan mereka.
Adakah itu maksud kata-kata Nor Azman? Mungkin tidak. Tapi daripada ulasan yang diberikannya, seolah-olah memang begitu maksudnya.
Entah kenapa, perkataan KAYA yang dipilih oleh Nor Azman untuk mengulas penyertaan Datuk Zahar Hashim ke dalam PAS.
Begitu banyak perkataan lain tapi KAYA yang dipilih. Macam ada maksud yang ‘tersirat’pula. Apa pula agaknya ulasan Nor Azman pada Ibrahim Ali yang dulu Umno, masuk PAS sekejap dan sekarang dah bebas ‘menyalak’ atau pada Tun Mahathir yang dulu Umno, sekarang bukan lagi ahli Umno?
Adakah perkataan KAYA juga yang akan dipilih?
“Kepunyaan Allah perbendaharaan langit dan bumi. Dia melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya, dan menyempitkannya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu” [Asy-Syuuraa : 12]
Jika seluruh jentera Umno nak kayakan pemimpinnya tapi jika tidak diizinkan Allah, takkan jadi juga dan jika seluruh jentera Umno nak miskinkan pemimpinnya tapi jika tidak diizinkan Allah, takkan jadi juga.
Salam,
ReplyDeleteBiasanya memang benar kalau jadi pemimpin UMNO ( khasnya kalau jadi Ketua Bahagian dan ke atas) akan berpeluang untuk jadi kaya. Apalagi kalau dapat menjadi ADUN dan Ahli Parlimen.
Tapi ini memang kelebihan parti yang telah lama berkuasa dan telah dapat "menguasai" jentera kerajaan juga.
Kaya kekadang buat orang lupa kepada Penciptanya.
ReplyDeleteTetapi tidak kepada dia. Kalau betul dia mengaut kekayaan melalui UMNO, tetapi dia dah sedar kekayaan itu hanya milik penciptanya, maka dia keluar daripada kepompong kekayaan umno dan mengimfakkan kekayaan itu kepada perjuangan Islam.
BUNGARAYA berkata...
ReplyDeleteNur aflah,
Kalau nak kaya tak payah masuk UMNO.
Kalau masuk UMNO, nak cari kaya pun boleh juga.
Tapi masuk UMNO untuk membantu perjuangan agama, bangsa dan negara.
Kalau seorang ibu islam, salah satu perjuangannya ialah jangan biarkan anak-anak perempuan pakai anting-anting dihudung dan dibibir dan di pusat.
Jangan biarkan anak perempuan hidup terbiar bersama Mat Rempit dsbnya.
Jangan mengherdik suanmi kerana srurga itu dibawah kaki suami.
Semua ini aply dulu baru nak ajar orang diluar rumah. Sekolah tinggi tidak menjamin orang melayu berakhlak mulia. Pandai menulis saja belum mengambarkan ketinggian iman seseorang.Pandangan kamu tentang UMNO terlalu menyimpang. Mungkin kerana kamu iri hati melihat orang-orang UMNO hidup senang lenang. Itu ertinya dengki kianatnya. Allahualam.
SALAM:
ReplyDeleteMEREKa masuk pas TAK RAMAI DAN TAK GEMOAQ PUN. DIMELAKA SERAMAI 200 AHLI PKR TELAH MASUK UMNO SIAP GI RUMAH DATO' ALI LAGI.,... siap ambil gambar lagi, tapi yg ramai tengok bebudak je... lagi gempaq
Saya pinjam gambar dato zahar dari blog anda dan diletakan diblog saya. Kalau senang-senang lawatlah pulak blog saya. www.pahangdaily.com
ReplyDeletepada saya.....perjuangan Islam yg betul2 lurus dan tidak menyimpang adalah apabila ia tidak melalui sistem yg dianjurkan oleh penjajah iaitu demokrasi akar umbi kerana apabila mengamalkan demokrasi akar umbi.....yg bathil pun boleh jadi halal....semata2 nak maraih undiiiii.......jadi perjuangan dah terpesong.....yg malang lagi ia akan memdedahkan sesuatu parti politik itu mempergunakan Islam demi kepentingan parti.....
ReplyDeletetapi sebenarnya kalau nak KAYA.....tak payah masuk parti politik....yg penting kita mintak dengan Allah supaya diberikan hidayah, idea yg bernas...peluang....dan yg paling penting sekali RAJIN BERUSAHA....dan selebihnya redha dengan ketentuan Allah.....tak payah masuk parti politik orang ISLAM iaitu UMNO dan PAS. tak payah....buang masa shj......dan yg penting jgn DENGKIIIIIIIII..........
wallahualam....
rizanskywalker@live.com
Weh Nur Aflah,
ReplyDeletePAS/PR belum memerintah kerajaan pusatlagi, kini kita lihat UMNO/BN saja, yang dah lama memerintah. Asal nama manusia tu sama aje, matlamat mereka tidak lari untuk mendapatkan TAHTA,HARTA DAN WANITA. Pada aku demo tu sama aje. Hanya sebilangan kecil saja macam tok guru NIK Aziz.kKalau tak gitu mcam mana cite rasuah, penyelewengan, masalah sosial terpampang didada akhbar dan blog. Tunggu dan lihat .... eee .
masuk UMNO biarlah berjuang untuk agama, bangsa dan negara :-)
ReplyDelete(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com
di Malaysia memang begitu, tak ada meritokrasi, yang penting kenal orang politik, kalau ada kabel baru boleh dapat projek.
ReplyDeleteTu pasal kalau nak kaya cepat kena masuk UMNO.
Sekarang dikalangan orang dalam UMNO dah susah nak bezakan orang yang ikhlas berjuang untuk bangsa dengan orang yang berjuang untuk perut.
Oleh itu UMNO kena jadi parti yang kalah buat sementara waktu. Bila kapal dah karam barulah kita nampak tikus-tikus lari bertempiaran menyelamatkan diri.
jom join hizbut tahrir. kami tak pakai demokrasi atau democrazy atau demonstrasi.
ReplyDeleteAda setengah golongan berpendapat keluar UMNO masuk PAS dikaitkan dengan kesedaran,keinsafan seolah-0lah seperti orang bukan Islam masuk Islam..Yang 'keluar atau masuk' cuma Parti bukan Agama...
ReplyDelete