CERAMAH PAS DI BANGI KECOH?


Ceramah perdana "Mansuhkan ISA" anjuran PAS dan Gerakan Mansuh ISA di sini malam tadi kecoh dan dicuri tumpuan oleh Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang hadir untuk menyerahkan memorandum meminta parti Islam itu membantu usaha memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka.

Kekecohan berlaku apabila wakil penganjur menghalang anggota Pewaris memasuki stadium kerana mendakwa ia menjejaskan kelancaran program itu.

Kira-kira pukul 9.15 malam, selepas lebih 10 minit berunding, penganjur membenarkan hanya lima anggota Pewaris memasuki stadium itu bagi menyerahkan memorandum berkenaan.

Jurucakap polis ketika ditemui berkata, kumpulan berkenaan tidak dibenarkan masuk atas faktor keselamatan dan disebabkan kehadiran mereka tidak mempunyai permit.

Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md Harun seterusnya menyerahkan memorandum itu kepada Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub ketika isteri salah seorang tahanan ISA, Norlaila Othman sedang berucap.

Pewaris, Gabungan Gerakan Melayu Muda (GGMM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mewakili penduduk enam buah perkampungan di Melaka yang mahukan pemimpin PAS membantu mereka menyelesaikan masalah ternakan babi yang semakin berleluasa.

Kira-kira 30 anggota polis dari Ibu Polis Daerah Kajang berkawal di kawasan stadium bagi mengawal keadaan.

Sementara itu, Rahimuddin berkata, penyerahan memorandum itu adalah bagi meminta pertolongan pemimpin PAS untuk menyelesaikan masalah babi di Melaka.

"Pewaris yang bertindak mewakili badan bukan Kerajaan (NGO) Islam, persatuan-persatuan seni, barisan dan organisasi budaya Melayu menentang sekeras-kerasnya ladang serta ternakan babi di Melaka khususnya di kawasan Masjid Tanah yang majoriti penduduknya terdiri daripada bangsa Melayu," katanya.

Katanya, pelbagai saluran telah dilakukan gerakan itu bagi menyelesaikan masalah babi, namun sehingga kini tiada tindakan diambil dan oleh kerana itulah mereka meminta bantuan PAS sebagai jalan terakhir.

Ceramah perdana "Mansuhkan ISA" diteruskan pukul 9.30 malam dengan ucapan Mohamad Sabu dan Salahuddin serta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata, pihaknya akan mengadakan perhimpunan besar-besar ala BERSIH pada Mac depan untuk menggesa kerajaan memansuhkan ISA.

Kira-kira 2,000 orang menghadiri ceramah itu.

Sumber: MSTAR

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Salam,

    Sebenarnya adalah perkara yang sangat malang, sangat menyedihkan dan juga sangat amemalukan, apabila orang Melayu Melaka yang selama ini bernaung di bawah UMNO (dan tentunya merupakan penyokong UMNO) terpaksa meminta PAS (dan dikhabarkan Anwar Ibrrahim juga) untuk menolong menyelesaikan masalah mereka (masalah babi yang telah berlarutan selama 50
    tahun(?).

    Sebenarnya di Melaka ada "kerajaan yang berkuasa" (parti pemerintah, pegawai kerajaan dan juga polis). Tapi nampaknya mereka tidak mampu dan tidak berdaya menyelesaikannya.

    Mereka nampaknya bukan lagi kerajaan yang berwibawa, dan sangat memalukan jika mereka ingin berkuasa dan terus memegang kuasa.

    Buat apa berkuasa atau memegang kuasa, kalau tidak mampu melaksanakan kuasa yang sepatutnya ada pada mereka?

    Saya tahu kerajaan Melaka mungkin tidak mampu berbuat apa-apa, kerana ada "halangan" dari kerajaan Pusat atau dari "pemimpin Melayu yang lemah" yang berada di Kuala Lumpur.

    Tapi wajarkah kerajaan yang tidak mampu berbuat apa-apa itu diberi peluang terus berkuasa?

    Nampaknya orang Melayu Melaka sudah tidak yakin lagi kepada kerajaan UMNO/BN. Kalau begitu baguslah. Anda sudah sedar setelah 50 tahun menyokong parti dan pemimpin Melayu yang lemah, tidak berwibawa, dan tentunya juga tidak bijaksana!

    ReplyDelete
  2. sebenarnya sesapa terlibat politik mereka jaga perut sendiri ...tak kira parti mana..pengikut totok jer jer yang mnyokong ..sebab tu ngo je main peranan. nak mansuh isa. akan datang bila isa dah tanda. golongan rakyat di tindas oleh kerajaan baru. semua melopong. tak salah ISA . yang salah manusia yg rakus kuasa ( sama juga mcm kereta yang kemalangan sampai maut manusia. kereta tak salah..tetapi yang memandu cuai dan penting diri sendiri yang menyebabkan kematian )dan mereka yg terlibat atas nama kemanusiaan suka huru hara.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.