MALAYSIA BOLEH TAPI HUDUD TAK BOLEH?
MENYEDIHKAN!
Rasanya, itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan betapa pilunya hati sebahagian umat Islam di negara ini yang sudah 50 tahun MERDEKA tapi masih lagi tidak mampu untuk berkompromi tentang perlaksanaan hudud di negara ini.
Lebih menyedihkan, hukum hudud yang telah termaktub dalam kitab suci Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu, sanggup DIPERSENDAKAN oleh segelintir umat Islam di negara ini dengan melabelkan hudud sebagai agenda politik pihak tertentu dan tidak sepenting hukum-hakam Islam yang lain.
Jika kutub utara mampu direntasi, puncak Everest mampu didaki, samudera luas mampu dilayari, angkasa lepas mampu ditembusi, kenapa pula bila tiba soal perlaksanaan hudud, jawapan yang diberikan mesti TIDAK BOLEH?
Justeru itu, apa ertinya slogan Malaysia Boleh jika slogan itu hanya untuk mencapai kejayaan bersifat duniawi semata-mata? Bukankah Islam sentiasa menyeru manusia ke arah kejayaan setiap kali azan dilaungkan dan bukankah kejayaan dalam Islam itu mencakupi kehidupan di dunia dan juga di akhirat?
Jika Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, MCA, Gerakan, MIC dan PPP tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud, pedulikan sahaja mereka kerana mereka itu bukan Islam. Jika hudud dilaksanakan, tidak ada kepala bukan Islam yang akan dipancung atau tangan bukan Islam yang akan dipotong kerana Islam sendiri telah menjanjikan yang bukan Islam akan bebas dari segala perlaksanaan hukuman hudud. Untuk apa kita mendengar pendapat mereka yang jahil tentang Islam?
Acap kali kita mendengar ayat “Islam itu the way of life” keluar dari mulut penceramah agama mahupun dari mulut ahli politik yang sedang memegang kuasa pemerintahan negara. Apa gunanya ayat seperti itu mahu dikumandangkan jika ianya tak seperti yang dibikinkan?
Islam bukan bersandarkan kepada pemikiran ahli politik atau prinsip parti politik tapi Islam berteraskan kepada Al-Quran, Sunnah dan Ijma’ Ulamak. Ahli politik Islam yang tidak bersandarkan kepada arahan Al-Quran, Sunnah dan Ijma’ Ulamak tidak sepatutnya diangkat sebagai pemimpin. Memilih mereka sama seperti memberi ruang, peluang dan kuasa kepada penentang Islam untuk memundur dan melemahkan lagi agama Islam yang benar lagi suci.
“Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih!”
1000 alasan boleh diberikan jika tidak mahu melaksanakan hudud di negara ini. Tapi, 1001 usaha juga boleh dilakukan untuk menjayakan perlaksanaan hudud di negara ini. Jika Malaysia mampu memperkenalkan sistem kewangan dan perbankan Islam ke seluruh dunia, tidak ada sebab untuk Malaysia tidak mampu memperkenalkan sistem perundangan dan kehakiman Islam yang boleh dicontohi dunia.
Apa salahnya jika semua parti politik yang dimonopoli oleh umat Islam di negara ini saling berganding bahu dan berkompromi tentang soal menegakkan hukum-hakam Islam? Apa salahnya jika media yang dikuasai oleh umat Islam di negara ini mencanangkan keindahan dan keadilan yang terdapat dalam setiap hukum-hakam Islam daripada menjadikannya sebagai modal berita untuk memecah-belahkan lagi umat Islam di negara ini?
Ingatlah, telah datang Islam untuk membawa kebenaran dan menghapuskan kebathilan. Yang benar tetap benar dan kebenaran pasti memihak pada pihak yang benar. Biar kita berbalah di sini kerana di akhirat nanti, tiada seorang pun yang mampu berbalah dengan keputusan Allah SWT.
Jangan mudah sampai kepada conclusi dengan persepsi UMNO tidak berusaha kearah melaksanakan hukum dudud. tetapi UMNO menggunakan pendekatan "tarik rambut dalam tepung, ramut tidak putus dan tepung tidak terurai".
ReplyDeleteJika kita ujudkan sekarang hukum ini, dan tidak kita implimatasikan tak guna juga.
Kita mahu apabila kita melaksanakan hukum ini semua kecil besar tua muda dan seluruh warganegara akan dapat menerimanya dengan hati terbuka. Kalau kita silap langkah sekali lagi islam akan mendapat penghinaan semerata dunia. Akhirnya kita seperti
melaksanakan sesuatu yang memalukan diri kita sendiri. Sepatutnya melaksanakan hukum hudud akan menjadikan kita menjadi lebih disayangi kawan dan lawan.
Macam hukum kahwin hingga empat. Ramai wanita islam sendiri yang menentangnya. Bukan kah itu salah.
Wanita diujudkan dari ruksuk sebelah kiri lelaki. Boleh terima kah?
Betul kata bungaraya...
ReplyDeleteramai yang masih cetek tentang agama, sebab mereka menentang Hudud..
Kita TAHU, yang tak mahu mengajar, lebih suka menyalah mereka..
sejauh mana kita telah berusaha mengajar..
nak menunggu ustaz-ustaz, tok guru, alim ulama, depa tak larat nak buat semua...sbb dikalangan mereka pun ada yg duduk jaga keliling rumah jer...
kita lah yg sedar, buat sehabis baik...
jaga hubungan dengan Allah SWT,
selalu baca AlQuran, tadabbur, hafal hadith, kembangkan potinsi diri, tambahkan wawasan, berpendapatan sendiri...akhlak yang baik..kemudian serulah manusia ke jalan Allah SWT dengan cara yang baik, hasilnya terserah kepada Allah SWT...
InsyA syariat yg kita ingin tegakkan akan berhasil tertegak dengan sendirinya atas sokongan rakyat yang faham agama Islam...
Wa Allahu a'lam...
Sy suka mengambil kata2 TG Nik Aziz. Katanya kalau hukum gantung sampai mati dan mandatori, org boleh akur, kenapa tidak hudud.
ReplyDeleteKalau nak dibandingkan dgn hukum kawin 4, belajar la hukum tu sampai abih, kalau tak mampu nak kawin smp 4, memadai la dgn 1. Dan poligami ni ternyata boleh mengelakkan maksiat drp berlaku berterusan. Cuma dah semulajadi ppuan sendiri yg menentang, boleh menentang tp jgn smp jd kufur.
Fikir2 kan la, hukum dalam Islam tak pernah menyusahkan sesapa pun.
harg harg harg......
ReplyDeletebuat hudud, macam lawak pun ade, maner tak, cawan tak siap dah nak isi air.......
benarkah orang Islam di Malaysia ini faham tentang Islam? Atau sekadar islam baka?
Muhammad s.a.w dahulu pun tidak terus-menerus menegakkan hukum(dalam injil, taurat, zabur dan suhuf ibrahim sudah ada hukum), tetapi berusaha selama 13 tahun menanamkan akidah di Mekah.
Bila sudah benar-benar terbukti keimanan yang jelas dalam jiwa raga umatnya baru di cari tempat yang sesuai untuk dilaksanakan hukum.
berbanding kita di Malaysia, sudah punya tempat dan sudah ada Al-Quran untuk dilaksanakan namun sudah siapkah umat Islam(jangan tanya yang non-muslim), untuk mengadaptasikan hukum Allah?
Jika Muhammad 13 tahun, kita 50 tahun buat apa? hingga kini masih ramai orang kita yang BUTA ISLAM?
Jangan salah menyalah, carilah persamaan, same light but from the different lamps.....
nice video.... ;-)
Salam sdri/sdra,
ReplyDelete"Jika hudud dilaksanakan, tidak ada kepala bukan Islam yang akan dipancung atau tangan bukan Islam yang akan dipotong kerana Islam sendiri telah menjanjikan yang bukan Islam akan bebas dari segala perlaksanaan hukuman hudud. Untuk apa kita mendengar pendapat mereka yang jahil tentang Islam?"
Bolehkah sdri/sdra tunjukkan di mana di dalam Quran mengatakan non-muslim bebas daripada hukum hudud?
Umat Islam di Malaysia boleh melaksanakan hukum hudud kalau mereka ada "kekuatan". Maknanya mereka mesti menguasai kerajaan Pusat secara bersendirian (tanpa bersekutu dengan kaum lain) dan mengubah perlembagaan terlebih dahulu.
ReplyDeleteKalau mereka tidak ada "kekuatan", macam mana mereka nak laksanakan hudud (dan hukum Islam)?
Salam semua...
ReplyDeleteHudud adalah hukum Allah...tiada cacat dan celanya....
Salam semua...
ReplyDeleteHudud adalah hukum Allah...tiada cacat dan celanya....
Buat Mr Bel,
ReplyDelete“Jika mereka datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah dari mereka. Jika kamu berpaling dari mereka, maka mereka tidak memberi mudharat kepadamu sedikitpun. Dan jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil” [TMQ al-Maidah (5):42].
Sesetengah ulamak yang menafsirkan ayat ini menyatakan, Allah SWT memberi pilihan kepada orang kafir zimmi sama ada mahu menerima hukuman hudud, qisas dan ta'zir atau memilih untuk berhukum dengan hukuman mereka sendiri.
Lafaz “fa in ja’uka fahkum bainahum au a’ridh anhum” (jika mereka datang kepada mu, maka putuskanlah di antara mereka atau berpaling dari mereka) ditafsirkan sebagai ‘pilihan’ yang diberi kepada ‘orang kafir’ sama ada mahu berhukum dengan hukuman Islam atau pun dengan hukuman mereka sendiri.
Oleh yang demikian, orang kafir zimmi yang tinggal dalam negara Islam tidak terkena hukum Islam, KECUALI orang kafir itu sendiri yang memilih untuk berhukum dengan hukuman Islam.
Sila rujuk 2 video di bawah :
http://www.youtube.com/watch?v=EVMokRQ-S_A
http://www.youtube.com/watch?v=x_1DZs4Xjq0&feature=related
Dari aspek asbabun nuzul ayat di atas, Imam Sayuthi pula menjelaskan,
“Seorang lelaki dari suku Yahudi di Fadak telah berzina, lalu orang-orang Fadak menulis surat kepada Yahudi di Madinah supaya bertanya kepada Nabi Muhammad tentang hukum orang yang berzina itu. Jika Muhammad memerintah untuk disebat, maka terimalah, tetapi jika Muhammad memerintah untuk direjam, maka tolaklah. Orang Yahudi bertanya dan Rasulullah SAW pun menjawab, lalu sebagaimana dinyatakan di dalam hadis, turunlah ayat “Jika mereka datang kepadamu, maka hukumlah mereka atau berpaling dari mereka” [Imam Sayuthi, Tafsir Jalalain & Kitab Lubabunuqul Fi Asbabinuzul].
Manakala Ibnu Kathir menyatakan, “Jika mereka (orang kafir) datang kepada kamu (iaitu) untuk meminta pengadilan dari kamu, maka hakimilah antara mereka, atau biarkan mereka. Jika kamu berpaling daripada mereka, maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikit pun. Maka tidak mengapa untuk kamu tidak mengadili persengketaan di antara mereka kerana sebenarnya mereka tidak berniat untuk berhukum kepada kamu berdasarkan hak, tetapi mereka inginkan apa yang sesuai dengan hawa nafsu mereka [Ibnu Kathir, Tafsir Al-Quran Al-Azhim].
Qusairy menyatakan: Tidak wajib ke atas kita untuk mengadili di antara mereka bila mereka bukan kafir zimmi tetapi kita boleh mengadili mereka jika kita mahu [Imam Al-Qurthubi, Al-Jami’li Akhamil Quran].
Sa'id bin Jubair menjelaskan: Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka atau berpalinglah dari mereka. Dalam ayat ini Allah memberikan keluasan bagi seorang hakim untuk memilih antara memutuskan perkara mereka atau tidak menghukum [Ibnu Jawzi, Nawasikhul Qur’an].
Bagaimanapun, ada juga ulamak yang menyatakan kaum kafir zimmi boleh dikenakan hukuman hudud TETAPI mestilah bersandarkan kepada syarat tertentu seperti kaum kafir zimmi itu telah bersetuju dengan perlaksanaan hudud ke atas golongan mereka.
Sila rujuk video di bawah :
http://www.youtube.com/watch?v=eVGWWBS47go
good comments nur,
ReplyDeleteothers ,astaghafirullah al`azim