RAZAK BUAT ANAK RAZAK TERJERAT?

Selepas Razak Baginda tampil dalam sidang akhbarnya semalam, saya cuba meneka tajuk apakah yang bakal digunakan oleh editor akhbar media perdana.

Tekaan saya hampir tepat kerana hampir kesemuanya menyelitkan nama Najib pada tajuk yang dipilih oleh mereka.

Ini jelas membuktikan betapa besarnya kaitan kes Razak Baginda dengan nama anak arwah (Tun) Razak, Mohd Najib.

Saya sebenarnya tidak hairan atau teruja dengan kandungan kenyataan akhbar yang dibacakan oleh Razak Baginda. Apa yang ingin diluahkan oleh Razak Baginda dalam sidang akhbar itu sudah dapat diteka lebih awal. Seperti diduga, Razak Baginda akan mempertahankan Najib dan Rosmah sebagai mangsa fitnah musuh politiknya.

Kesimpulannya, tiada apa pun kenyataan ‘menarik’ yang boleh diulas tentang sidang akhbar semalam.

Pagi tadi, saya sempat berbual dengan beberapa orang rakan tentang apa yang diperkatakan oleh Razak semalam. Pada mereka, biar apapun yang Razak beritahu semalam, persepsi orang awam terhadap penglibatan dia dan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya sukar dihilangkan begitu sahaja.

Razak terlepas bukan kerana kepandaian peguam belanya, tapi kerana kelemahan pendakwaraya yang gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya. Sampai begitu sekali andaian dan persepsi kengkawan saya terhadap kesnya.

Why you said that?”

Sengaja saya ajukan soalan itu pada salah seorang rakan saya yang agak ‘reti’ sikit tentang perjalanan kes Razak Baginda.

“Kalau bukan Razak yang suruh, then siapa yang suruh Sirul dan Azilah bunuh Altantuya? Now, mana Bala? Kenapa polis lepaskan dia macam tu aje? Mana Bala dapat duit duduk lama-lama kat oversea? Then, kenapa Sirul dan Azilah sentiasa pakai mask. To much ‘keraguan’ dalam kes ni.” jawabnya antara acuh tak acuh.

“Maksud you, apa yang Razak cakap tu rubbish lah? tanya saya lagi.

This case is not over yet. Kita tengok how dare lawyer Sirul and Azilah backing their client. Now, Raja Petra dare to be saksi for them. But they must allow lawyer Petra to interview their client. If they refuse, there is something wrong over there.” jawabnya lagi.

“Kalau dia orang bagi lawyer Raja Petra interview Sirul dengan Azilah, macam mana pulak?” Kali ini saya cuba menjadi peguam tak bertauliah.

Then you read Malaysia Today lah…”

Perbualan kami terhenti di situ kerana rakan saya perlu berjumpa dengan kliennya. Pada saya, hubungan yang terjalin antara Razak dan Najib sebelum ini telah menjerat Najib dalam kes tersebut. Jika Najib tidak mengenali Razak, tidak ada sebab untuk mengaitkan nama Najib dalam kes pembunuhan tersebut.

Malangnya, Najib mengenali Razak dan Najib tidak menafikan SMS yang pernah dihantarnya kepada peguam Shafie Abdullah berhubung kes Razak Baginda. Terlalu banyak keraguan yang timbul dan mustahil keraguan itu dapat dihilangkan hanya dengan satu sidang akhbar yang dibuat oleh Razak Baginda semalam.

Saya tidak mahu menuduh sesiapa. Saya cuma berharap kebenaran dapat ditegakkan dan siapa pun yang bersalah, perlu menerima hukuman yang setimpal, samada yang dituduh, mahupun yang menuduh.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Assalamualaikum Cik Nur Aflah,

    Is this a conspiracy surely is a big controversy.

    Terlibat atau tak terlibat. Bersubahat atau tidak bersubahat. To be or not to be!.
    The answer is out there. It's up to every one of us to play a part to defend the innocence and to prosecute the guilty ones.

    But how many dare to come forward?. That is the question.

    At the moment the two policemen are in custody. They may have answers but it's up to them to spill the beans. Will they do it?. Some people may say it is impossible to draw a tiny drop of blood from a stone hopefully these two will not be like that 'stone'.

    The public have some opinions about what happened on the night of terror. They may be right and wrong wrong as it is public opinion. Need to get to the bottom of this. RPK said which has landed him into a lot of trouble..'sent altantuya murderers to hell'. I am sure the public are angered by the severity of this case, where an innocent woman is killed and exploded into a million pieces.

    Who would have a heart to do this?. You dont even kill a fly.

    ReplyDelete
  2. RAZAK BUAT ANAK RAZAK TERJERAT.

    Hehehe.... dengar tajuk pun dah buat aku tergelak, ini kan pula nak follow cerita diaorang nie...... lawak janaka yang entah apa-apa.

    Last2 tiada yang didakwa. Heh.

    ReplyDelete
  3. beriman pada hari akhirat, yakinlan keadilan Mahkamah RabbulJalil

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.