PERGILAH SAMAN KERAJAAN PUSAT PULAK!

Kalau ada mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat yang menyentuh isu DEB, penyokong fanatik UMNO bukan main lagi kecoh dan berlagak seperti pembela bangsa. Siap pasang sepanduk dan suruh mahasiswa UITM berarak di jalanraya. Tapi, bila Najib kata DEB akan dihapuskan, tiada seorang pun penyokong fanatik UMNO yang berani bersuara. Semua senyap macam tikus mondok duduk bawah reban itik.

Bila kerajaan negeri Pulau Pinang nak pasang papan tanda jalan yang menggunakan pelbagai bahasa, puak-puak fanatik ni mula naik tocang semula. Siap nak saman kerajaan negeri dan kutuk macam-macam kat kerajaan negeri Pulau Pinang. Tapi, bila Azalina (Menteri Perlancongan) sendiri nak buat papan tanda yang pelbagai bahasa tu, apa puak-puak ni nak kata?

Berikut adalah petikan berita dari Utusan Malaysia hari ini:

Papan tanda pelbagai bahasa di lokasi tertentu sahaja


Kementerian Pelancongan bertanggungjawab ke atas pemasangan papan tanda penerangan pelancong dalam beberapa bahasa di lokasi tertentu sahaja, kata Menterinya, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata, pelancong asing bukan sahaja bergantung kepada papan tanda pelancong yang dipasang itu untuk mendapatkan maklumat, malah boleh memperolehinya daripada risalah pelancongan dalam beberapa bahasa yang disediakan kementerian itu.

Katanya, walaupun demikian bahasa Melayu, masih kekal digunakan sebagai bahasa rujukan utama.

“Cadangan supaya mempelbagaikan bahasa pada papan tanda jalan dan nama-nama tempat merupakan satu usaha baik yang perlu diadakan demi meningkatkan jumlah pelancong asing ke Malaysia.

“Namun begitu, kerajaan tidak pernah berkompromi dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) berhubung cadangan mempelbagaikan bahasa pada papan tanda jalan dan nama-nama tempat untuk kemudahan pelancong.

Dan ini pula laporan Utusan Malaysia terdahulu :



5/11/2008 : Ahli Exco Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Nik Rizman Sapian hari ini memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung tindakannya meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memasang papan tanda pelbagai bahasa di kawasan tapak warisan di Georgetown.

5/11/2008 :Pada Awang, langkah kerajaan negeri itu sememangnya perlu ditentang habis-habisan. Kedudukan bahasa kebangsaan tidak boleh disamakan dengan bahasa lain. Jika dibenarkan, penggunaan pelbagai bahasa itu pasti akan diperluaskan ke seluruh negeri suatu hari nanti. Kecenderungan ke arah itu makin jelas. Itulah yang tersirat. Lagipun, apa makna menjadi warga negara jika mahu berkiblatkan bahasa lain. Awang – Sendiri mahu ingat.

29/10/2008: SEJAK kebelakangan ini sudah ada pihak yang berusaha menggunakan bahasa lain di samping bahasa Malaysia pada papan tanda. Timbulnya hasrat begini menunjukkan suatu petanda bahawa bahasa kebangsaan iaitu bahasa Malaysia telah mula menurun martabatnya.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Salam,

    Dalam beberapa hal nampak benar orang UMNO seperti tak ada prinsip dan mungkin boleh dianggap munafik.

    Orang UMNO konon berpegang dan mempertahankan perlembagaan, tapi pemimpin UMNO juga (Mahathir) yang mengetepikan perlembagaan dengan menukar bahasa pengantar sains dan matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris.

    Sekarang Najib pula mengeluakan kenyataan hendak "menghapuskan" DEB, walaupun secara beransur-ansur, mungkin kerana hendak mendapatkan sokongan orang bukan Melayu.

    Sudah tentu semua orang UMNO akan mengangguk dan mengatakan apa yang diucapkan oleh Najib itu betul!

    ReplyDelete
  2. Sebelum balik drp kantor:



    Senang kata bahasa rasmi kita ialah bahasa Jawa.

    Baru boleh campuran.
    Rojak Jawa.

    Tempat saya ini ramai orang Jawa.
    Macam macam parit ada
    parti jerman pun ada,Parit Dukacita,Benut pun ada.

    Kita jadikan bahasa Jawa bahasa rasmi.
    Bila cakap jawa itu sama dengan Bahasa Inggrish.
    Kerana tidak faham.
    Sebab itu pengasah UMNO ramai orang Jawa/Johor.
    Kita tidak faham orang UMNO ini hendak apa?Tun pun jawa juga ,jawa paria/...............

    ReplyDelete
  3. AFLAH..Jgn salahkan penyokong UMNO. Mereka ni sebenarnya bukan nya tikus al mondok tetapi jenis baghral al benggong. Tidak tahu menilai yang mana satu kaca yang mana satu berlian. Mereka ni kena cucuk hidung.

    ReplyDelete
  4. mereka ni suka melalak.
    pak-pak prof yg nak balas budi, GPMS, ngo persatuan pengguna islam serta ngo-ngo yg lain, ustaz-ustaz hadhari. mereka ini ada dirakamkan dalam Al-Quran, diibaratkan macam anjing. bukan lagi macam tikus mondok

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.