NIK AZIZ TAK MAHU TERJERAT

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menegaskan yang beliau tidak mahu campur tangan berhubung cadangan negeri Kedah untuk mewujudkan ladang babi moden di Bukit Selambau, di negeri itu.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata cadangan berkenaan merupakan urusan kerajaan negeri Kedah dan berharap ia dapat diuruskan dengan sewajarnya.

"Cadangan untuk buka ladang babi tu merupakan urusan negerinya (Kedah), kita tak masuk campur, pandai-pandailah urus,' katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Perwakilan Tahunan Negara ke-83 Persatuan Bekas Tentera Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata tumpuannya kini hanya untuk menjaga Kelantan dengan tidak membenarkan babi dipelihara secara komersial, sebaliknya hanya diternak secara keci-lkecilan sebagai bekalan makanan penduduk bukan Islam.

"Di Kelantan saya sekat awal-awal lagi supaya tiada babi diternak secara komersial, sebaliknya kita hanya benarkan ia diternak sekadar di belakang rumah, bukan untuk berniaga," katanya.

Tuan Guru Nik Aziz yang telah memegang teraju kepimpinan negeri Kelantan selama 18 tahun tentunya sudah masak dengan permainan wartawan di negara ini. Maka, ulasan yang diberikan itu adalah ulasan yang 'paling selamat' untuk mengelakkan dirinya daripada terjerat dengan isu babi yang sedang didendangkan oleh media anti-Pakatan Rakyat.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. "Cadangan untuk buka ladang babi tu merupakan urusan negerinya (Kedah), kita tak masuk campur, pandai-pandailah urus,'

    Beliau berkata tumpuannya kini hanya untuk menjaga Kelantan dengan tidak membenarkan babi dipelihara secara komersial, sebaliknya hanya diternak secara keci-lkecilan sebagai bekalan makanan penduduk bukan Islam.

    "Di Kelantan saya sekat awal-awal lagi supaya tiada babi diternak secara komersial, sebaliknya kita hanya benarkan ia diternak sekadar di belakang rumah, bukan untuk berniaga," katanya.

    You just cant faulter Tok Guru Nik Aziz. He has a foresight, a premoniton of things to be in the future and their implications. He choose his wordings very carefuly as not to offend others. He said, he allowed pigs farming only for domestic use for the non-muslim not for grand scale projects for commercial. Very wise.

    Kedah and Perak inherited the BN legacy and unfortunately this issue is something that the State Government has to deal with.

    This is not going to be easy.

    ReplyDelete
  2. Isu babi: Media harian ketandusan isu
    Ramli Yamat
    Sun | Nov 23, 08 | 6:38:15 pm MYT

    MACHANG, 23 Nov (Hrkh) - Nampaknya media harian benar-benar ketandusan isu untuk memperlekeh kerajaan Pakatan Rakyat sehingga terpaksa menjadikan cadangan menternak babi di Kedah sebagai polemik.





    Sedangkan keputusan untuk menternak babi dibuat kerajaan Barisan Nasional yang diteruskan kerajaan yang ada sekarang.

    Bekas anggota Exco kerajaan Kelantan, Dato' Hassan Mohamad berkata, cadangan membuka sebuah ladang menternak babi secara moden di Kedah tidak patut dijadikan isu kerana ia menjadi makanan orang bukan Islam.

    Katanya, babi merupakan makanan bagi orang bukan Islam dan tidak ada sebab kerajaan mahu menyekat mereka untuk menternak babi secara lebih terkawal.�

    "Lagi pun ia akan diternak secara moden dengan pengurusan yang kemas tanpa melibatkan pecemaran alam sekitar. Islam hanya melarang umat Islam sahaja memakannya tetapi orang bukan Islam�boleh,"� katanya pada ceramah Isu-Isu Semasa di Dewan Majlis Daerah Machang malam tadi.

    Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak memaklumkan kerajaan negeri terbabit telah meluluskan satu kawasan kepada sebuah syarikat swasta �untuk dijadikan ladang menternak babi secara moden.

    Menurut Hassan yang juga Yang Dipertua PAS Machang langkah itu diambil kerajaan Kedah bagi memusatkan ladang perternakan di satu kawasan sahaja berbanding sekarang berselerak.

    "Ekoran pengumuman tersebut, media arus perdana telah memperbesarkan isu berkenaan dengan�tujuan untuk memburukkan kerajaan Kedah yang dipimpin PAS," ujarnya.

    Oleh itu kata beliau langkah kerajaan Kedah sepatutnya disokong kerana ia dapat menempatkan penternakan babi di satu tempat sahaja dan dikendalikan tanpa melibatkan percemaran alam sekitar.

    Turut hadir di majlis itu anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dan Senator Mumtaz Mohd Nawi.

    ReplyDelete
  3. Salam Pn,
    Dulu masa ke Babi di Bukit Tanduk...Parti mana yang menjurai sehingga ada Pemimpin BN di'letakkan nama' menyerupai haiwan itu..

    Dlm sesetengah kes,spt kes pehgengkutan awam di Penang,Bekalan air di Selangor,Kerajaan PR dengan MUDAH membatalkan apa yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu dan PENUH KESOMBONGAN mendakwa merugikan dan dapat menjimatkan duit rakyat....

    Nah,kenapa kes babi ini masih dikaitkan dgn kerajaan terdahulu...dah ada kuasa,BATALKAN sahaja...atau mau main POLITIK....

    Kan kerajaan PR di Penang dahpun mau tutup ladang babi mereka...orang tutup kita buka....
    Penternak akan diberi pampasan....nyatakan berapa pampasan tersebut...orang BN dan rakyatpun mau tahu....orang PR tak pasti nak tahu atau tidak.........

    satu lagi isu tak akan mengambil tindakan terhadap penternakan haram udang di perak w/pun dah terbukti merosakkan paya bakau...saya tercari-cari statistik lebih daripada 100 pengusahanya......

    Kalau dikatakan BN main politik dan tak sensitif pada rakyat bagaimana pula dgn PR..........

    Renung-renungkanla,
    Kg Dewan Beta,KB,Kel

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.