YOGA DIFATWAKAN HARAM

Umat Islam negara ini diminta tidak mengamalkan senaman yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan.

Arahan itu terkandung dalam fatwa yang diumumkan Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini.

Pengerusi majlis itu, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, Majlis Muzakarah Kebangsaan juga bersetuju dan memutuskan bahawa apa jua bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang kerana bertentangan dengan Islam.

Jelasnya, perkara tersebut telah diputuskan oleh Majlis Muzakarah Kebangsaan yang bersidang 22 hingga 24 Oktober lalu di Kota Bharu, Kelantan. Tambah beliau, amalan fizikal senaman yoga tanpa unsur-unsur tersebut pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan.

Namun demikian beliau menasihati umat Islam agar meninggalkan amalan tersebut kerana dikhuatiri akan menghakis akidah mereka.

“Tiga perkara yang boleh menghakis akidah umat Islam adalah kepercayaan di hati, menerusi perkataan dan perbuatan.

“Memandangkan terdapat elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka daripada terhakis. Saya nasihatkan mereka tinggalkannya (yoga) dan pilih senaman lain seperti berbasikal,solat, zikir dan sebagainya,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.

Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Turut hadir Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz.

Tambah beliau, Majlis Fatwa Kebangsaan hanya mengeluarkan fatwa berhubung isu tersebut.

Jelasnya, pelaksanaan dari dari sudut undang-undang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Kuasa perlaksanaan dari sudut undang-undang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Setelah ia diwartakan barulah kita boleh tahu apa tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka yang masih mengamalkannya,” katanya.

Ketika ditanya adakah keputusan majlis fatwa ini akan dipertikaikan oleh masyarakat bukan Islam, Shukor berkata:

“Fatwa ini khusus kepada umat Islam. Masyarakat agama lain masih bebas meneruskan amalan yoga. Kita menghormati agama-agama lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.”

Awal bulan lalu pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Menurut Zakaria, yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa.

"Mereka mengamalkan yoga kerana percaya boleh menyatukan mereka dengan Tuhan," katanya.

Nur Aflah: Amaran buat kumpulan anti-fatwa. Jangan pula lepas ini sibuk nak buat demontrasi mengutuk keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. Salam,

    Baguslah tu,

    Cuma nanti jangan setakat menfatwakan, harus ada penguatkuasaan.

    Sebab dah diharamkan 'penkid' tapi aku tengok berlambak-lambak lagi adik-adik 'macho buat-buat' kat shah alam.

    Mardhotillah

    ReplyDelete
  2. Harap lepas ni keluarkan fatwa untuk golongan lelaki yang nak jadi perempuan pula. Nampaknya golongan ini lebih popular dan di agung-agungkan (seperti kita tengok dalam tv tu)

    ReplyDelete
  3. This is good.

    Because all this while l have been thinking the same. I used to think that yoga is religious meditation closer to hindusim and Buddhism. I dont mean to offend the Hindus and Buddhist here, l have many friends who are hindus and buddhist and they meditate via yoga. It's good for them that they are trying to get closer to their god but we Muslim have our own way of meditating via zikir and prayers so why not do that instead of 'yogaing'.

    Majlis Fatwa Malaysia..you get it right this time.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Kalau dah jadi fatwa,patuhilah...

    Yang dah jadi jurulatih Yoga tu jangan bimbang banyak lagi kerja halal yang boleh dilakukan......

    Jauhilah kekufuran itu...

    ReplyDelete
  5. Saya berasa begitu marah setelah membaca blog Dr. Punithan Shan yang mencemar kesucian agama Islam dan Rasulallah s.a.w.. Saya berharap tindakan undang-undang diambil terhadap penulis blog MIC yang biadap ini. Sila baca lebih lanjut mengenai perkara ini di http://salimrawahy.blogspot.com

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.