NADIA LAWA TERUS LIGAT MENIPU

'Nadia lawa' pakar pukau mengganas lagi!

Kali ini seorang pelajar wanita kerugian RM3,000 apabila barang kemas seperti cincin, rantai, gelang, wang dan beberapa dokumen berharga miliknya dilarikan wanita licik tersebut.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seorang suri rumah kerugian RM5,000 apabila barang kemasnya dilarikan suspek ketika dipaksa menukar pakaian di sebuah pusat beli-belah di Wangsa Maju, kali ini seorang pelajar pula menerima nasib serupa.

Kejadian pukul 5 petang itu berlaku apabila mangsa didatangi suspek yang digambar sebagai amat menawan dengan menyamar sebagai wartawan dan membawa sebuah beg yang kononnya mengandungi kamera.

Cuma yang berbeza dalam kejadian terbaru ini ialah modus operandinya yang menyamun ketika mangsa sedang mendapatkan khidmat rawatan muka di sebuah salun di sebuah pusat beli-belah di Seksyen 14, Petaling Jaya.

Kejadian berlaku apabila mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 23, didatangi seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai wartawan sebuah majalah milik sebuah syarikat terkenal bernama Nadia di sebuah kedai runcit di Jalan Klang Lama 23 Oktober lalu.

Menurut Siti Hafizah, Nadia terus menariknya dan bertanyakan sama ada mangsa sudah berumah tangga atau belum untuk dijadikan model memperagakan jubah sempena Hari Raya Aidiladha.

Katanya, cara dia diperdaya sama seperti kes yang disiarkan Kosmo! pada 12 November lalu dengan mangsa membawa sebuah beg kononnya berisi kamera.

"Ketika itu saya dalam keadaan ingin cepat dan menyatakan padanya yang saya akan memikirkan perkara itu dan dia terus mengambil nombor telefon saya untuk tindakan susulan.

"Dua hari selepas itu, dia menghubungi saya dan memberitahu majikannya bersetuju untuk mengambil saya sebagai model tanpa sebarang kontrak dan akan dibayar sebanyak RM3,800," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambahnya, selepas berbincang dengan rakan serumah dan rakan sekerja, dia mengambil keputusan untuk bertemu dengan Nadia di sebuah pusat beli-belah di Seksyen 14, Petaling Jaya pukul 5 petang, 25 Oktober lalu.

Menurut Siti, di situ, suspek telah mengajaknya untuk menukar baju tetapi beralih untuk memaksa mangsa membuat rawatan muka selepas mendapati di situ tidak terdapat butik pakaian yang sesuai.

"Saya rasa seperti dipukau apabila menurut sahaja kehendaknya tanpa membantah walaupun saya kadangkala berasa pelik dengan alasan yang diberi.

"Ketika saya sedang mendapatkan rawatan muka, Nadia bertindak licik dengan memaksa saya menanggalkan barang kemas dan menyerahkan beg tangan kepadanya dengan alasan ia akan hilang jika diletakkan merata tempat ketika rawatan," katanya.

Ujar Siti, Nadia kemudiannya memberitahu hendak ke tandas dan ketika itulah dia bagaikan tersedar yang dia sedang diperdaya dan cuba mengejar suspek.

Sumber : Kosmo

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Agak kelakar juga berita ini

    Mula-mula ada ayat Kejadian berlaku apabila mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Siti,


    kemudian ada ayat


    Menurut Siti Hafizah, Nadia terus menariknya dan bertanyakan sama ada mangsa sudah berumah tangga atau belum untuk dijadikan model memperagakan jubah sempena Hari Raya Aidiladha.

    ReplyDelete
  2. Aflah lawa pulak asik kena pukau dengan Anwar Ibrahim aje.

    ReplyDelete
  3. TERINGAT CERITA P. RAMLEE.. KELUAR RESTORAN TINGGAL BAJU KECIK DAN SELUAR KECIK... KISAH MASYARAKAT NIH DAH ADA DALAM FILEM...tapi yang realiti nih bukan apa supaya kita beringat... bila keluar umah niatkan perkara baik, doa, mintak ALLAH lindungkan... tak susah pun...jgn alpa...kalau berlaku nak salahkan siapa?

    adab dan akhlak dah ada ...itulah solat pendokong diri... doa 5 minit lima kali sehari semalam. paling tidak yang datang .... akan tenggelam jika niat nak buat kejahatan.

    silap kita juga...punca nya. lalai dan alpa...tapi kalau dah berusaha berlaku juga...itukan hikmah nama nya...pasti ada sesuatu di sebaliknya.

    minah yang melakukan kejahatan pasti akan ertemu dengan ruasnya...

    pelanduk lupakan jerat...tapi jerat takkan lupa pelanduk...1...2 ..terlepas...tapi ke3 pasti terlibas...

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.