
Yang pasti, Rafidah yang pernah digelar “Ratu AP” dan juga “wanita besi” sudah terlalu lama berada di singgahsana politik UMNO. Kalau nak difikirkan, Rafidah dan Samy Vellu tak banyak perbezaan. Bezanya, Samy dah jadi tukun MIC dan Rafidah dah jadi tukun wanita UMNO. Kalau ada sesiapa yang tak tahu maksud tukun, boleh semak [di sini].
Kalau ditanya apakah ‘perubahan’ yang dimahukan oleh rakyat biasa seperti diri saya, tentu sahaja saya akan menjawab, “Saya mahu Rafidah dan Samy Vellu segera berundur dari arena politik tanahair”. Permintaan ini bukan kerana saya langsung tidak menghargai jasa mereka berdua, tapi kerana saya mahukan muka baru yang lebih sesuai dan tepat dengan kehendak semasa.
Kenapa Rafidah berat hati nak lepaskan jawatannya?
Sudah ada cakap-cakap yang menyatakan, Rafidah masih kepingin jawatan menteri. Hubungan baiknya dengan Najib, memungkinkan namanya kembali tersenarai dalam kabinet kerajaan. Jika benar dakwaan itu, maka sudah layak Rafidah digelar ‘gila kuasa’. Memang melampau gelaran itu tapi itulah kenyataan yang harus diterima oleh Rafidah dan juga penyokongnya.

Ada pula yang berkata, tujuan Rafidah mahu mengekalkan peralihan kuasa Wanita UMNO pada Jun 2009 adalah disebabkan oleh taktiknya yang mahu menyekat kemaraan Kamilia dan juga Azalina. Nampaknya, taktik Rafidah sudahpun berhasil kerana impian Azalina sudah dapat digagalkan. Tapi malangnya, sebahagian Wanita UMNO telah dikelirukan ataupun tidak bersetuju dengan cara Rafidah. Kalau Shahrizat ganti Rafidah, siapa pula nak isi kekosongan Shahrizat? Maka, mereka pun mencalonkan Shahrizat sebagai ketua dan Kamilia sebagai naib ketua.
Bila Shahrizat dan Kamilia sudah melepasi kuota pencalonan yang ditetapkan, maka ramailah yang berharap, Rafidah akan berubah fikiran. Mereka fikir, hati Rafidah yang keras macam besi itu akan berjaya dicairkan bila Shahrizat (orang harapannya sendiri) telah mencadangkan tempoh peralihan itu diseragamkan dengan UMNO pusat dalam mesyuarat exco Wanita UMNO.
Rafidah masih lagi Rafidah yang dulu. Dia tetap dengan pendiriannya sebelum ini. Peralihan kuasa hanya akan berlaku pada Jun dan bukannya Mac. Shahrizat yang lembik pun terpaksa akur dengan keputusan itu. Siapalah Shahrizat yang nak lawan mulut becok Rafidah sedangkan Nurul Izzah yang lembut pun Shahrizat tak mampu nak menang. Itulah kata sebahagian orang UMNO veteran yang sudah masak dengan taktik Rafidah.

Bagi penyokong Rafidah, inilah masanya untuk menekan dan mempengaruhi pemikiran Shahrizat agar patuh kepada kehendak Rafidah. Jika Shahrizat patuh pada pelan Rafidah, maka habuannya sangat besar iaitu jawatan Ketua Wanita UMNO. Lebih menarik lagi, Kamilia akan ditumbangkan dan penyokong Rafidah sudah boleh mengintai jawatan naib ketua daripada Shahrizat. Maka, bila Maznah Mazlan menghentam Kamilia semalam, orang Kamilia tentunya sudah dapat membaca, apa yang tersirat dalam kepala Maznah Mazlan.

Mereka hanyalah mangsa kepada taktik dan kekerasan hati Rafidah sepertimana yang diulas oleh A Kadir Jasin, “Shahrizat tersepit between the devil and the deep blue sea. Diterjemah literal ia bermaksud tersepit di antara dajal dan lautan biru yang dalam.” Mungkin juga kata-kata Aishah Ghani ini boleh dijadikan panduan :
"Kalau lebih memikirkan kehendak ego dan puak-puak itu tak bagus,"
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
Assalamualaikum Cik Puan Nur Aflah,
ReplyDeleteErmm..Samy Velu. Samy Velu dah lama masok kancah politik. He has made millions l heard. There is nothing more that l would imagined he need to have in this life, he has achieved almost all. Money - not just a few millions like most of us, but tens of millions, he has power, position. In trekkies terminology...this man has gone to places that no-man has been before.
We know Samy is ageing now. Like Rafidah he is a veteren. There are a lot more new blood waiting to take over and l think it is right for veterens like Samy and Opah Pidah to make way for the younger generations.
Just like Opah Pidah when she was young, she brought in so many changes and new ideas, she was energetic and very ambitious but time has come for her to hang her netball ' boots' up. She has become an old rug and it is 'seasoned' with orange spillage what not. New rug will look much nicer and much younger. More to that, it is fresher and cleaner.
Salam,
ReplyDeleteTiada perkataan lain untuk mereka berdua. Zaman mereke dah berlalu, gila kuasa
Salam,
ReplyDeleteSaya tidak pasti mengapa Rafidah berdegil tidak mahu menyerahkan (?) jawatannya kepada Shahrizat sebelum bulan Jun 2009.
Walaupun kita tidak bersangka buruk, tetapi saya kuat mempecayai dia berminat hendak jadi menteri kembali, di samping hendak menyekat peluang Azlina dan Kamilia, yang selama ini mungkin tidak ngam dengannya.
Malang sekali ketika Wanita UMNO menghadapi kekalutan seperti ini, AJK Wanita UMNO yang hampir semuanya merupakan orang Rafidah atau penyokong Rafidah,nampaknya tidak boleh bersikap neutral dan memberi jalan keluar yang positif.
Semua mereka nampaknya menyokong bulat-bulat keputusan Rafidah yang hanya mahu berundur pada bulan Nun 2009, dan tidak ada yang mampu menasihati Rafidah supaya berundur pada bulan Nac 2009.
Setakat ini kita tidak tahu adakah Sharizat berani bertanding melawan Rafidah. Akan tetapi, saya harap Kamilia tidak akan berganjak dari bertanding untuk jawatan Naib Ketua.
Mungkin pertandingan sahaja yang boleh menundukkan ego Rafidah dan kedegilan Rafidah.
Salam AFLAH,
ReplyDeleteYang terindah hanyalah sementara, Yang Tua dah boleh berhenti ya! Yang Muda dah boleh ambil tempatnya! Yang Pedih bawa2lah terima! Sudah sampai masanya peralihan bermula, perubahan demi kemaslahatan bangsa! kalau itu yang difikirkan mereka...
thx!