JANGAN BODOHKAN FATWA!

Dalam temuramah di bawah, Ivy Josiah, Pengarah Eksekutif Woman's Aid Organization ditanya tentang fatwa yang bakal diputuskan mengenai pengharaman senaman yoga. Dia dengan selambanya menjawab :

“Kenapa mufti mahu mengawal hidup orang ramai? (Seperti) Apa yang mereka pakai, apa yang mereka makan, ke mana mereka pergi dan bagaimana mereka bersenam… “

“Saya fikir ini kerja bodoh (mengongkong hidup orang ramai) dan menjadikan negara ini bahan ketawa,”

“Kita harus ingat bahawa ini (keputusan fatwa) bukannya soal moral tetapi lebih kepada tindakan ‘mengongkong’. Apa sahaja yang keluar daripada fatwa, (ini menunjukkan kepada kita bahawa) para mufti dan pemimpin politik cuba mengongkong komuniti dan masyarakat…”



Kenapa Ivy Josiah yang mendakwa sudah 26 tahun membela nasib wanita di negara ini (kononnya tidak memihak pada mana-mana agama) sanggup mengeluarkan kenyataan bodoh seperti di atas.

Memang benar negara ini memberikan kebebasan bersuara. Akan tetapi, apa yang ingin disuarakan haruslah tidak menyentuh sensiviti agama di negara ini. Tindakannya yang mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa adalah sama seperti menghina agama Islam.

Ivy kena faham bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Mufti hanya perlu dipatuhi oleh orang Islam. Ianya tidak ada kena-mengena dengan hidup orang bukan Islam. Apa kelayakan Ivy untuk mencampuri urusan agama Islam? Adakah kamu memahami Islam lebih daripada apa yang difahami oleh para mufti di negara ini?

Buat Ivy, berhentilah mengeluarkan kenyataan bodoh yang boleh menaikkan kemarahan orang lain. Sebagai professional, kamu kena bersikap professional dan jika kamu tidak berpuas hati dengan mana-mana keputusan Majlis Fatwa di negara ini, pergilah berjumpa dengan para mufti dan ajukan segala pandangan anda.

Islam bukanlah agama yang mengongkong umatnya tetapi Islam adalah agama yang membimbing umatNya ke arah kebaikan dan kejayaan. Peraturan yang dikenakan dalam Islam bukannya bertujuan untuk mengongkong atau menindas, sebaliknya hanyalah sebagai garis panduan untuk menentukan mana yang boleh dan mana yang tidak boleh.

To Ivy Joshua, please don’t repeat that ‘rubbish’ statement again.

[The Women's Aid Organisation (WAO) is an independent, non-religious, non-governmental organisation based in Malaysia, committed to confronting violence against women.]

Di bawah ini, sedutan ceramah Ustaz Zaharuddin mengenai betapa sukarnya sesuatu fatwa itu diputuskan kerana fatwa yang dikeluarkan mestilah bersandarkan kepada dalil, kajian dan perbincangan.




Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

15 comments:

  1. beritahu ivy josiah, islam adalah satu cara hidup. islam memandu kehidupan umatnya. fatwa membantu menjelaskan isu-isu semasa. ia hanya untuk muslim. it is as simple as that.

    ReplyDelete
  2. Kesian dia...
    Perlu dibimbing dan diperjelas..
    kerana lidahnya masih belum Islam..

    ReplyDelete
  3. Itu masalah nya kita, ada isu isu yang memerlukan mereka bersuara tetapi diam membisu, tak berani nak bercakap, menyorokkan diri terutama yang berkaitan dengan pemimpin negara. Sebab apa diam, sebab cari makan, so what is the big deal? The big deal is people are not stupid and some of this experts are branded as sycophants.
    So lain kali buat kerja dengan ikhlas, berani kerana benar dan kerana ALLAH.
    Jadi jangan marah kalau orang tak hormatkan kita, dalam Malaysia ni banyak bangsa dan agama.
    Terlalu ramai yang cakap tak serupa bikin. Don't be defensive and apolegetic. dh9753

    ReplyDelete
  4. Islam tak kawal u Ivy.
    Islam hanya guide u Ivy

    ReplyDelete
  5. Salam
    orang islam harus bijak,
    Yoga itu budaya orang hindu.

    Orang Islam bersembahyang lebih hebat drp (senaman yoga.)

    Saya pernah tanya pengamal yoga,kalau dia orang berkumpul beramai-ramai ada satu aura yang kuat dan memberi kesan yang hebatkepada minda.

    Orang islam bila bersujud kesan neurons,menambah kan lagi kekuatan minda supaya tidak yanyok (Alzheimer’s disease)

    Ulama mempunyai tugas nya yang tersendiri demi menjaga umatyang berUgama Islam.Peringkat pemikiran setiap induvidu tidak sama dan pandangan yang berbeza antara satu sama lain.
    Ulama sepatutnya mengeluarkan fatwa bagi umat Islam supaya permakaian tudung diwajidkan. sesiapa tidak memakainya dan tidak menutup aurat adLAH hAram.
    KERANA MASYARAKAT HARI INI KELIRU..
    Mempersendakan islam itu haram.
    Balasan nya API Neraka.AGAMA IsLAM ADA HUKUMNYA YANG TERSENDIRI.
    Kenapa waktu sembahyang kena pakai tudung -waktu lain tidak apa.?Bolehkah?.Kalau begitu boleh waktu sembahyang tanpa tudung sebab sembahyang dalam bilik orang tidak nampak.
    Apa perlunya hukum.
    Ini bentuk arahan.
    kita yang taat ini kena ikut.
    kalau arahan tidak hendak ikut,Hendak ikut sapa.
    ikut sendiri lah.ikut akulah.
    fikirlah sendiri.ulama harus bertanggong jawab.Kalau tidak kena jawab.
    Lebih baik pencen jadi ulama.
    benda yang kecil tidak boleh selesai.Kata Negara islam.peeeeeedah.Negara paria adalah.pemimpinnya baru dapat title paria.Bapa paria tukang belit lebih drp HIndu hindraf.

    ReplyDelete
  6. ivy josiah.....marah pada dia buat aper. dia faham cara dia...jalan terbaik pergi dakwah dan bincang ramai individu wanita solehah yang hebat ...ngo wanita muslim pun ada ... ken selalu aktif dn sampaikn mesej pd semua. insyallah lmbat laun ivy josiah atau sesipa pun kan lembut hati. keras lawan keras habis lah....silap nya masyarakat islam sendiri suka berantakan sesama sendiri..taknak berpakat. so saper nak hormat kan kita.

    ReplyDelete
  7. Salam...

    apabila timbul isu ini, teringat saya pada khutbah Jumaat Dr Danial Zainal Abidin, beliau berkata, dalam umat Islam seluruh dunia berasa begitu marah apabila seorang pelukis denmark melukis gambar Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W, ramai orang yang belum Islam di denmark begitu ingin tahu siapakah Manusia yang Hebat dan disayangi oleh umat Islam ini, lantas mereka cuba mengkaji tentang Muhammad S.A.W, ramai antara mereka yang mendapat Hidayah dan memeluk Islam, di negara yang dulunya susah untuk menyebarkan Islam, kini di pejabat Imam besar Denmark sahaja, 3-5 org memeluk Islam saban minggu.

    Begitu juga ceritanya di seleruh dunia, dikala orang melabel Islam sebagai penganas sejurus kejadian 11 september, orang yang belum Islam begitu berminat untuk mendekati Islam, selepas kejadiaan itu, lebih ramai orang peluk Islam, Subhanallah, maha suci Allah yang menciptakan langit dan bumi.

    Semoga, Allah memberikan Taufik dan Hidayahnya kepada kita semua untuk terus kekal dalam Islam disamping mengajak orang lain mendekati Islam, kerana Islam itu kehidupan..;-)

    ReplyDelete
  8. Saya mohon semua Jabatan Agama Islam membuat laporan supaya Polis siasat dan hantar laporan kpd Pendakwa Raya agar tindakkan terhadap Sdri Lee Wei San dan Sdri Thalaga yang di laporkan olih Akhbar THE Star kerana menghasut kebencian terhadap Majlis Fatwa, dan mencampuri undang undang Islam yang di patuhi olih Orang berugama Islam.
    arjuna waspada.

    ReplyDelete
  9. Salam Aflah,

    janganlah ambil sekerat-sekerat apa yang dikatakan oleh budak ni, listkan terjemahan yang penuh dan diiktiraf agar takkan jadi macam kes teresa kok kata makan macam makanan anjing, alih2 dak pulak...

    thx!

    ReplyDelete
  10. Saya rasa bukan saja umat Islam perlu fatwa terhadap isu Yoga, tetapi juga Tai Chi, Kung fu, Taekwanto, karate, line dancing, semua jenis pengamalan Chi kerana semua ini kebudayaan asing dan diamali oleh yang bukan Islam.

    ?? merokok

    ReplyDelete
  11. Mungkin orang dapat terima jika ahli ahli "Katagender" dan "Food not Bombs" terdiri dari remaja dan orang muda yang belum lagi kenali bumi Malaysia lagi.
    Semangat muda yang di pengaruhi olih pemikiran sekular ala barat tidak menjadi perkara yang memeranjatkan kerana kita tahu mereka mendapat ilham dan galakkan dari barat.
    Sepatut nya "Food not Bombs" buat perarakan di kedutaan Amerika Syarikat,England,Perancis,Russia,
    PRC Cina,Jerman kerana negera negara itu sangat giat menjual senjata peperangan.
    IVY JOSIAH lain pulak cerite nya .
    Konon beliau memperjuangkan hak hak wanita.
    Beliau sudah lama berkecimpong dengan NGO wanita dan dia mashor dan sangat glamor di kalangan high socity.
    Foto wajah dan gambar warna beliau sudah menjadi hiasan dan tajuk dalam Majallah "THE MALAYSIAN TATTLER".
    Saya tanya yakin dan percaya kah orang high socity bolih memperjuangkan konon hak hak wanita Islam ?
    Orang yang bukan berugama Islam saperti IVY Josiah tak usah campur lah hal ehwal Islam dan Fatwa Majli Fatwa .
    arjuna waspada.

    ReplyDelete
  12. aku melihat dari sudut lain...trend di malaysia berubah...penentu kuasa adalah golongan menengah bandar....yang lebih demanding...di bandar ramai penggerak masyarakat yang beragenda sosial....mereka berada dlmelbagai ngo...dan kita perlu faham gerakan mereka serampang 2 mata... menjadi juara isu msyarakat dan memperalatkan ngo tersebit demi kepentingan pihak tetentu.. terutama pengerak yang berteras gerakan kebebasan barat...apa apa fahaman mereka pasti menidak islam...dan mereka akan tonjolkan sifat lunak...dan bagi masyarakat bandar kita sedia maklum cara berfikir terbuka samaada mereka melayu atau bukan melayu. penekanan dalam pluralism berfikir secara kepelbagaian dan tidak terikat pada mana mana teras kaum atau agama adalah pendekatan mereka...tetapi sebenarnya mereka mengpsiko secara halus dan akhirnya doktrin mereka akan meresap terutama kumpulan sasaran mereka...akhirnya...yang terperangkap golongan yang di peralatkan. di lihat pada strategi mereka .... yang penting ialah kuasai golongan dan kelompok individu berpengaruh...tidak memberi tekanan terlalu radikal..lebih menekan konsep universal dan akhirnya bila mereka berjaya...barulah matlamat politik akan muncul...saya jangka pada PRU13 ramai peminpin NGO akan membarisi politik terutama pakatan rakyat. kerana apabila strategi halus mereka berjaya... luar bandar akan mengikut... PAS mungkin tak mampu untuk berkata tidak. pas mungkin tak dapat menjadi kuasa dominan..kerana luar bandar tetap terpecah 3 antara pas pkr dan umno... so dominan politik lebih bergerak dari bandar utama kl, jb pulau pinang dan serawak. so berbalik pada isu suara suara sumbang tersebut pada saya itu hanyalah kaedah mereka mencari long term mileage dlm mengilap dan menonjol diri sebelum pilihan raya akan datang. tn pn kita kena bijak memahami sesuatu isu...memang kita hendakkan perubahan...tetapi apa yang nak di ubahkan...sebenarnya kita perlu hidu dan baca gerak saraf mereka mereka yang sebenarnya bukan nak memperjuangkan agenda masyarakat ...tetapi menjadi pendokong kpd international ngo yang menjajah bagi pihak new world order...tapi turun kuncu kuncu bush mungkin melambat proses tetapi kita juga yang baru naik nih bagaimana...nampak lunak tapi mungkin makan dalam.

    so balik isu seperti kumpulan pejuang masyarakat...seharusnya NGO ISLAM PERLU LEBIH RAPAT DENGAN MASYARAKAT...LAGI. kita tangani mereka dngan dakwah yang berhemah...seperti forum seminar, gerak kerja kemasyarakatan...dll

    so ...tak perlu kita melatah marah...apa yang perlu kita buat ..meet them..talk to them...make them rationalised nn educate them

    salam

    ReplyDelete
  13. Also added to BHO blog. Hopefully will convey the correct message.

    ReplyDelete
  14. Honey Tan Lay Ean dari NGO EMPOWER tidak setuju dengan Majlis Fatwa yang keluarkan Fatwa untuk di amali olih Orang ISLAM sahaja.
    Kenapa dia ni tak faham lagi ?
    Tidak ada siapa wanita Islam Muslimah yang mewakilkannya untuk berforum dengan Menteri Zahid Hamidi bagi pihak orang Islam.
    Sia sia saje orang Islam puas beri nasihat yang berhemah,santun dan nada yang lembut.
    Masih nak cabar?
    Bila kita nak Fatwa saje terus lenting sebut HAK ASASI MANUSIA konon.
    Hak Islam macam mana ?
    Dia sorang saje ada hak?
    arjuna waspada

    ReplyDelete
  15. Hari ini 22hb Nob 08 akhbar THE STAR menyiarkan berita SIS melalui
    Norhayati Kaprwai mengutuk Majlis Fatwa atas Tajuk penkid.

    Saya nak tanya kenape Norhayati dan SIS marah sangat kat Majlis Fatwa ?
    Saya minta JAKIM dan semua Jabatan Agama Negeri dan Menteri hal Ehwal Islam sila ambil tindakkan dan halang orang saperti pertubuhan SIS mengutuk Majlis Fatwa.
    Jika tidak, akan marak lagi api marah orang Islam terhadap SIS.
    Mengapa wanita NGO Islam dan MUslimah berdiam diri ?
    arjuna waspada.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.