AWAS! MAT SKODENG ADA TAKTIK BARU

Jangan terkejut jika gambar anda disebarkan melalui internet tanpa menyedari bila diambil kerana teknologi terkini telah membolehkan rakaman dibuat menggunakan sebatang pen dakwat yang kini telah berada di pasaran.

Pen yang dinamakan sebagai 'Pen Skodeng' di kalangan pelajar sekolah itu dijual di beberapa tempat selain melalui internet pada harga RM500 dan sambutannya dikatakan amat menggalakkan.



Dengan membawa pen tersebut, segala gambar boleh dirakamkan secara sembunyi tanpa disedari oleh mangsanya.

Lebih malang lagi, pen tersebut disalahgunakan untuk tujuan yang tidak elok.

'Pen Skodeng' juga boleh merakamkan audio dan visual dengan hanya meletakkannya pada poket baju seperti pen biasa tanpa menimbulkan syak.

Apa yang membimbangkan, kebanyakan pembelinya pula terdiri daripada golongan remaja dan pelajar sekolah biarpun harganya mampu mencecah ratusan ringgit di pasaran.

Salah seorang penggunanya yang dikenali sebagai Azmi, 20, berkata, dia mengetahui penjualan 'Pen Skodeng' ketika berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah beberapa bulan lalu.
"Kebiasaannya, gajet sebegini hanya boleh dilihat melalui siri-siri penyiasatan popular seperti Mission Imposible atau James Bond, namun kini ia boleh didapati dengan mudah di negara ini," katanya kepada Kosmo! di sini, semalam.

Seorang lagi pemilik pen ini, Zamri, 25, berkata, tujuannya membeli hanyalah untuk kegunaan sendiri.

"Saya anggap ini sebagai teknologi canggih yang perlu dijadikan koleksi kerana ia ada lensa yang mampu merakamkan imej berwarna dengan resolusi saiz 0.3 megapiksel di samping bunyi dari jarak sejauh lima meter," ujarnya.

Tambah Zamri, dia dan rakan-rakannya berkesempatan menguji keberkesanan pen berkenaan dengan merakamkan pelbagai aksi tersembunyi di tempat-tempat awam tanpa disedari.

Azmi memberitahu, ada antara rakan-rakannya itu yang meminjam pen tersebut semata-mata mahu merakamkan aksi panas tanpa pengetahuan pasangan masing-masing.

Sumber : Kosmo


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. pen tak skodeng... yang skodeng pengguna pen. pengguna pen tak skodeng yang skodeng . mata pengguna yang skodeng. mata pengguna tak skodeng ...yang gian skodeng nafsu nyer......so nafsu yang skodeng..... so dalam isu pen skodeng tak der prima facie ...so pen tetap pen ...teknologi kamera digital kan satu kebaikan. aku pen tu boleh lah rakam celah celah lubang hidung ker lubang telinga ker kot banyak taik telinga. pereka pen tak suruh pergi skodeng dgn pen rekacipta nya....tetapi kot kot ada yang suruh heboh dlm surat khabar....konon pen tu boleh skodeng...so ramai lah berebut nak beli....yang bodoh dan akal pendek terutama segelintir individu pun pergi lah beli...pakai seminggu lingkup.

    tu lah minda orang kita ....perkara yang baik tak nak di buat....beli pen nak skodeng jer..apa faedah...seronok ker tengok aurat orang.... kalau dah gian sangat pergi kat reban ayam tu ....pergi belek ponggong ayam sekor sekor ...punya bangang...ALLAH BAGI MATA UNTUK NIKMATI KEHIDUPAN SEBAGAI SEORANG INSAN.. INI NAK TENGOK ANU ORANG NAK TENGOK ORANG BERCENGKERAMA.....BUAT ALLAH TARIK PENGLIHATAN PADA MASA TU... BARU TAU. TAK PASAL BUTA...KNAPA JADI MCM NIH ..... " hmmmmm dulu aku suka skodeng..... hah yang kaki skodeng insaf ler skit...ko nak tengok aper...benda tuh kan nya cantik ropernyer...hodoh tau..

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.