HAKIM ARAH RAJA PETRA DIBEBASKAN SEGERA!

BREAKING NEWS!!!



Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, daripada penahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) setelah membenarkan permohonan habeas corpusnya.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata walaupun Seksyen 8 ISA selaras dengan Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan tetapi dalam kes ini alasan penahanan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar tidak termasuk dalam skop Seksyen 8 akta itu.

Beliau mengarahkan agar Raja Petra, 58, yang kini berada di Kem Tahanan Kamunting, Taiping, sejak 12 September lalu, dibawa ke mahkamah sebelum jam 4 petang ini bagi urusan pembebasannya.

Raja Petra telah memohon writ habeas corpus bagi mendapatkan pembebasan dirinya daripada penahanan mengikut ISA dengan alasan bahawa penahanannya tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan. Beliau menamakan Syed Hamid sebagai responden.

Isteri Raja Petra, Mable @ Marina Lee, dan dua orang anak perempuan mereka, Suraya 34, dan Sarah, 19, serta kaum keluarga kelihatan menangis dan berpeluk-pelukan sebaik hakim membuat keputusan itu.

Beberapa penyokongnya yang berada di mahkamah bertepuk dan bersorak.

Raja Petra diwakili oleh Malik Imtiaz Sarwar, Ashok Kandiah dan Azhar Azizan Harun, dan pendakwaan dilakukan oleh Peguam Kanan Persekutuan Abdul Wahab Mohamad.

Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, yang turut diberkas mengikut ISA pada hari yang sama dengan Raja Petra, telahpun dibebaskan sebelum ini.

Artikel 149 Perlembagaan merujuk antara lain kepada kesalahan menyebarkan perasaan permusuhan antara kaum dan yang mendatangkan mudarat kepada ketenteraman awam.

Seksyen 8 (1) ISA pula menetapkan bahawa seseorang itu boleh ditahan selama dua tahun mengikut arahan menteri.

Nur Aflah: Ini petanda baik bagi mangsa ISA yang lain.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

8 comments:

  1. Salam Aflah,

    Sy nak tunggu dan dengar komen dari OUR NEW FLIP-FLOP MINISTER SYED HAMID ALCAT......

    hehehe! mesti gempaq!!!!

    thx!

    ReplyDelete
  2. "Walau pun kita semua, menjadi hamba..., tapi merdeka... hidup rianggggg!"

    Alhamdulillah, syukur nikmat, kepada Tuhan yg. memberi rahmat.

    Mudah2an keadilan dapat ditegakkan di bumi nan tercinta ini, kebebasan menjadi milik setiap warga, bebas tanpa syarat dan sekatan, bebas namun berpandu hukum Tuhan!

    ReplyDelete
  3. Syabas kepada Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad, kerana membebaskan Raja Petra dari tahan ISA.....

    Moga tahanan2 yang lain juga mendapat pertimbangan yang lebih adil....mardhotillah

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Nur Aflah..nice name you got..:)

    RPK should not have been put in detention. Some hot shots in BN feared that his writings in Malaysia Today are very critical of the government, he exposed all the mal-administrations within the present goverment and he exposed their weaknesses. People are opening-up their eyes and are beginning to doubt the sincerity and the honesty of their leaders consequently defecting towards Pakatan Rakyat.

    Syed Hamid Albar is ordinary and his judgement is flawed through influence from his superiors who wants RPK to be caged.

    The is the beginning of the fight for ISA to be scrapped.

    ReplyDelete
  5. Kalau dah tak salah dan tak termaktub apa yg dia buat dalam kanun kesalahan, memang dia patut dibebaskan.

    Me, also waiting comments from that minister.

    ReplyDelete
  6. Salam ptg Jumaat:
    Selepas sembahyang Jumaat dan mendengar kutubah Jumaat berkenaan keabadian kita terhadap Allah SWT.

    kemesraan kita kepada umat Nabi Muhammad saw serta keseluruhan alam.
    Mimpi semalam kepada kisah pemuda tertidur sehingga 300 tahun kerana lari drp penguasa yang zalm.Pemuda berkenaan terasa baru sekejap tertidur dan peristiwa itu sudah berlaku 300 tahun yang lampau.

    Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
    [10]

    (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".
    [11]
    Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya.
    [12]
    Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu).
    [13]
    Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.
    [14]
    Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."
    [15]
    (Mereka berkata pula sesama sendiri): "Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu? (Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.
    [16]
    Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".
    [17]
    Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya. ..../...

    Pemimpin yang Zalim itu akan lenyap dengan kata lain akan dimasukkan dalam NERAKA JAHANAM.
    ITU LAH BALASANNYA..............
    KEPADA SIAPA YANG ADA KUASA TAPI ZALIM.
    CELAKA LAH PEMIMPIN INI ?

    ReplyDelete
  7. Syed hamid albar (Botak Malai) harus meletakkan jawatan nya. Bikin malu je.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah ,sekalung tahniah kepad Tuan Hakim yang arif lagi bijaksana yang dapat menjalankan tanggunjawab dengan penuh amanah bagi menjamin kesejehteraan seluruh rakyat Malaysia dari tindakan tindakan yang tidak berperikemanusian yang memisahkan antara keluarga dan masyarakat degan akta yang ketinggalan zaman berbentuk purba dan kuno.
    Semuga Malaysia menuju kearah yang lebih bertemadun. Amin

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.