POLITIK 7 LELAKI?

Petikan dari Wikipedia :

“Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Politik wujud sebelum wujudnya ketamadunan manusia. Kebanyakan primat hidup berkumpulan dan membentuk "hierarki dominans". Individu dengan status hierarki tinggi cenderung untuk merampas kawasan, makanan, dan peluang mengawan daripada individu yang mempunyai hierarki yang lebih rendah. Dengan itu lebih tinggi status seseorang individu lebih besar peluangnya untuk berjaya membiak dan mengawan dengan lebih kerap, selain mempunyai lebih banyak sumber untuk melabur bagi menjamin keturunannya terus hidup.”

Petikan dari Utusan Malaysia Online :

“Seorang wanita yang berstatus janda beranak 3, berumur 27 tahun dan bekerja sebagai juruwang di sebuah kelab malam di Manjung mendakwa dirogol oleh tujuh lelaki di sebuah rumah kosong kira-kira pukul 11 malam, kelmarin. Sebelum kejadian, mangsa dikatakan mengikut teman lelakinya berusia 20-an keluar bersiar-siar menaiki sebuah kereta sebelum ditahan oleh seorang daripada suspek di tepi jalan di Lambor Kanan.

Ketika ditahan, suspek memaksa mangsa mengikutnya ke sebuah rumah kosong dengan enam lagi rakannya sedang menunggu di situ manakala teman lelakinya tidak dapat berbuat apa-apa kerana diugut oleh kumpulan lelaki berkenaan. Suspek kemudian merogol mangsa secara bergilir-gilir sebelum meninggalkannya. Selepas kejadian itu, wanita malang terbabit membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan ketujuh-tujuh suspek dalam operasi malam tadi.”


Sukarno pernah berkata :

“Berikan aku 7 orang pemuda, niscaya dapat aku goncangkan dunia.”

Tetapi kini lain bunyinya :

“Berikan aku 7 lelaki itu, biar aku bom satu-persatu”

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. Salam Ceria...

    Politik itu terbina dari 7 huruf,

    P O L I T I K...

    P - Putar alam
    O - Omong kosong
    L - Loyar buruk
    I - Impian menggunung
    T - Temberang kuat
    I - Iri hati
    K - Kronisme... heh he hehe..

    Jenaka di pagi hari jer.. tak menyentuh mana2 pihak...

    wassalam.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Memang sungguh malang, apabila ada juga manusia yang berperangai seperti binatang.

    Saya harap mereka akan mendapat hukuman di dunia ini juga, sebelum mendapat hukuman di akhirat

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia hari ini....

    ReplyDelete
  4. Kehidupan ini ,kita perlu menjaga Hak orang lain.
    Kita tidak boleh ceroboh
    Rogol adalah kerja binatang.

    Siapa yang berjaya di jadikan Hak sendiri.
    Kita namakannya Politik Kebinatangan.
    Ada 7 sifat dan ciri-ciri manusia seperti ini seperti sifat 7 Jahanam.
    Juga telah dijelaskan oleh zul-elle

    Sukarno pernah berkata :
    Berikan aku 7 orang pemuda, niscaya dapat aku goncangkan dunia.
    Kenapa 7 pemuda merogol seorang Wanita?
    Memang tergocang Dunia ini.
    Kata-kata Sukarno ada benarnya.

    ReplyDelete
  5. salam,

    akibat negara tidak berpaksikan kepada akidah Islamiyyah. Hukum hakam Islam dikesampingkan

    ReplyDelete
  6. Mengikut kajian yang boleh dipercayai, profession yang paling tak boleh dipercayai ialah AHLI POLITIK...hehe..

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.