BUAT APA ANWAR MINTA MACAM TU?
Merujuk kepada laporan Malaysiakini :
“Ketua pembangkang menggesa menteri kewangan Datuk Seri Najib Abdul Razak membentangkan Bajet 2009 yang baru memandangkan krisis kewangan dunia yang kian serius kini.”
Saya sempat juga mengikuti beberapa minit ucapan Anwar di Dewan Rakyat sebentar tadi. Seperti biasa, aura Anwar ketika berbahas masih memikat seperti dahulu.
Kembali kepada laporan Malaysiakini itu, saya fikir adalah lebih baik jika Anwar menggesa Najib berhenti menjadi menteri dari menggesa Najib membentangkan belanjawan baru. Apa faedahnya belanjawan baru dibentangkan hanya melihat kepada situasi ekonomi semasa.
Takkanlah setiap kali dunia dilanda krisis ekonomi baru, negara ini memerlukan belanjawan yang baru?
Orang yang sama akan merangka belanjawan baru dan tugas itu tentunya akan diketuai oleh Timbalan Menteri Kewangan 1. Najib tentunya akan bertindak sebagai pendengar taklimat belanjawan dan penandatangan sahaja. Apa yang perlu Najib lakukan adalah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN) yang baru dengan memanggil Anwar sebagai salah seorang ahli panel dalam majlis itu.
Rasanya Anwar takkan menolak pelawaan itu. Cuma mustahil sahaja Najib sanggup melantik Anwar ke dalam majlis itu. Jika Najib sanggup, takut Anwar pula yang tak mahu.
Biasalah, kekadang pemimpin ini lebih mementingkan ego sendiri dan mementingkan kepentingan rakyat.
suka hati najib lah dia nak buat apa. dia yang nak jadi PM bukan kau.
ReplyDeletePada saya bukan siapa jadi perdana menteri atau menteri kewangan. Yang penting, APA MANFAAT KEPADA RAKYAT? Politik kita sekarang penuh dengan pertentangan dan konfrantasi, seolah-olah ada pertentangan peribadi. Saya setuju kalau ahli-ahli politik kita dapat duduk dan berfikir bagaimana utk collaborate. Sekadar maklumat tambahan, elok kita lihat five conflict resolution techniques (competing, avoiding, compromising, accomodating & collaborating). Pendekatan mana yang kita gunakan sekarang?
ReplyDeleteBuat apa belanjawan diluluskan kalau esok lusa mereka bincang soal menyelamatkan ekonomi negara.
ReplyDeleteBaik keluarkan belanjawan baru, yang disertakan dengan pertahanan krisis kewangan.
To anon 6:04,
ReplyDeleteSuka hati tuan punya blog ni nak tulis apa. Dia punya blog bukan kau.
Saya sokong dgn Pn Aflah, Hasbullah pit dan kelapa sawit.
ReplyDeletedgn nobisha sy hanya sokong 2 daripada 5 conflict resolution iaitu accomodating dan collaborating.
kalau dlm satu2 agensi,jabatan atau syarikat hukum management atau management theory mungkin boleh pakai.tp belum tentu berjaya
dalam politik yg berbagai ideologi
terpulang kepada parti yg memerintah nak berikan peluang (accomodating ke collabrating ke)
jalan yg paling baik bagi BN, sudah tentu dia suruh semua parti politik masuk BN.
Ini tak mungkin berlaku. PAS pernah masuk BN tetapi kena tendang keluar setelah BN rasa dia kuat.
yg anon (6.04 pm) kalau tak de apa2 pendapat tak yah lah masuk. mengabiskan boreh je
Salam,
ReplyDeleteSaya kagum dengan unjuran angka dan fakta yang diketengahkan oleh Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat hari ini. Saya kaget apabila masih terdapat dalam kalangan ahli parlimen yang menyokong kerajaan seolah-olah tak dapat hendak menerima atau takut untuk menyatakan hak demi kemaslahatan rakyat. Mungkin salah kalau mengikut istilah 'penyokong kerajaan' tetapi tidaklah sampai berdosa jika hendak menyokong sesuatu yang berulang-kali ditegaskan tiada elemen politik bila dikeluarkan unjuran angka dan fakta tersebut. Mengapa sukar untuk memahami bicara mudah dari seorang yang ditakdirkan menjadi pembangkang??? Kalau arif hukum, sudah tentu menerima kemudaratan yang paling kurang dari dua perkara yang memudaratkan, itupun...kalau apa yang dicadangkan DSAI itu suatu yang berdosa dan haram.......
p/s: Puan Aflah, terima kasih atas perkongsian pengetahuan...Moga Allah rahmati Puan..
Salam,
ReplyDeleteUntuk Cik Anony 6:04 PM...,
Usah bercakap mendahului takdir....
Tuan tampak yakin Amirul Wazirin Al-Muhammadi An-Najiib Ar-Razaqi Al-Manfusi Fi La akan menjadi PM...Ingatlah, Anwar dulupun yakin menjadi PM tetapi mainan politik yang 'indah' menyebabkan karier politiknya hampir dipupuskan...Usah mendahului takdir...Usahlah...
thx!
p/s: Puan aflah, sorry kalau ambil ruang khusus untuk si anon tu yer...
Salam,
ReplyDeleteTumpang sekaki....
jenguk kalau free...
orang baru...
Anwar yang akan bentang plan ekonomi baru bukannya Najib.
ReplyDeletePlan yang ada sekarang ini tidak lagi sesuai dengan semasa.Kerajaan yang ada sekarang sudah tidak mampu lagi, yang dia orang tahu adalah perebutan kuasa politik
Sedangkan dunia sedang fikir tentang pembaharuan ekonomi.
Cuba anda lihat sendiri.
Apakah yang mereka fikirkan.
Akhbar muka depan, soal apa.
Senyum kambing buat apa?
Orang kita tidak mampu.
Anwar memang mampu tetapi tidak diperterjemah faktanya disembunyikan
Kerana dia berada pada parti yang berlainan.Sia-sia jadi anak melayu orang melayu sendiri buang me.....
Cik Nur Afla,
ReplyDeleteSaya menghargai usaha u dalam mengusahakan blog tapi jgn nak buat2 comel, saja buat lawak bodoh dgn fakta yang diputar-belitkan. Saya x kisah u nak sokong siapa, kem Amno ke, kem PR ke, janji kite tulis dgn penuh amanah. Dulu saya selalu tgk blog awak, sekarang semakin meluat saya membacanya seolah-olah merendah2kan intelek pembaca.
Aflah,
ReplyDeleteKamu lupa ka? Anwar bukanlah penyelamat negara semasa krisis kewangan tahun 1997-98. Anwar mendengar nasihat Yahudi yang hampir menghancurkan negara dan kamu masih berfikir dia adalah penyelamat kali ini??
Cuba fikir sekali lagi, untuk membayar retention fee kepada peguam Sankara Nair sahaja memerlukan jutaan ringgit. Sapa bayar tu??? Nak hantar anak dia ke Sekolah Antarabangsa Mont Kiara juga memerlukan puluhan ribu ringgit, siapa bayar tu??
Kamu ni bukankah pengamal media, carilah jawapannya. Kalau dah dapat jawapannya, janganlah simpan sahaja sebab kamu sayangkan dia tu, tulislah jawapan kamu nanti.
Kata kamu ni pengamal media yang tidak berat sebelah, tapi kamu yang lebih berat sebelah.
Fikir dan renungkan. Jika Anwar menghancurkan negara nanti, kamu juga sama menanggung dosa.
Lerrrrr..... buat apa nak suruh najib tukar budget? kan lepas raya haji nanti en anwar dah jadi PM...tukar le masa tu...kan...kan...kan..
ReplyDeleteSekarang baru tahu kenapa Pak Lah tukar kementerian dengan Najib. Rupa-rupanya Pak Lah tak tahu nak baik pulih ekonomi negara yang sedang merundum sekarang. Setakat baca skrip,tandatangan cek saja... Itu pasallah cakap tak serupa bikin....
ReplyDeleteBagaimana dengan Najib..?
Hidup rakyat Malaysia bertambah senang atau bertambah susah..?
Assalamualaikum,
ReplyDelete1. Belanjawan Negara dibuat untuk merangka perbelanjaan negara dalam satu tempoh fiskal sesebuah negara. Ianya dirangka setelah diambil kira keadaan ekonomi domestik dan luaran.
2. Sesebuah belanjawan negara tidaklah bersifat kekal (rigid) dan ianya merupakan lebih kepada pelan yang boleh diubah suai.
3. Perlu ataupun tidak sesebuah belanjawan negara dirombak bergantung kepada keadaan ekonomi dalaman dan luaran negara. Pada pandangan saya, tidak perlunya sebuah belanjawan negara dibentangkan sekali lagi tetapi ianya perlu dipinda pada perkara-perkara yang melibatkan :-
(a) pengaliran tunai ke luar negara;
(b) dasar pengimportan;
(c) penjimatan yang lebih khusus;
(d) semakan terhadap projek-projek mega yang boleh ditangguhkan;
(e) merangka strategi penjimatan bagi pentadbiran sektor awam.