USUL MENOLAK NAJIB SEBAGAI PENGGANTI ABDULLAH
Usul ini bukan untuk sidang Dewan Rakyat tapi untuk perbahasan di Debat Rakyat.
Sebagai seorang individu yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik di Malaysia, saya ingin mencadangkan kepada semua blogger di Malaysia, terutamanya pada ahli Debat Rakyat supaya memikirkan secara mendalam dan serius mengenai keputusan Abdullah mencalonkan Najib sebagai pengganti dirinya.
Usul ini dibuat setelah memerhatikan reaksi rakan-rakan saya yang tidak berblog. Kebanyakan dari mereka tidak bersetuju langsung dengan tindakan Abdullah memilih Najib kerana beberapa sebab.
Antaranya ialah :
1) Banyak skandal yang telah dikaitkan dengan Najib. Tidak perlulah disenaraikan skandal-skandal tersebut kerana rata-rata blogger dan rakyat Malaysia sudahpun mengetahuinya. Memang benar Najib tidak pernah didakwa di mana-mana mahkamah tetapi itu tidak berjaya menghilangkan kesangsian rakyat terhadap Najib kerana rakyat juga sedang meragui tahap ketelusan dan kejujuran badan-badan penguatkuasa di negara ini.
2) Pada PRU ke 12, rakyat mengundi pembangkang kerana benci dengan BN dan bukannya disebabkan rakyat suka sangat dengan pembangkang. Kerajaan BN dilihat terlalu mementingkan diri mereka sendiri daripada mengutamakan kebajikan rakyat. Rakyat mahukan kepimpinan yang benar-benar bersih dari segala unsur rasuah, ketidakadilan serta kronisme.
Keputusan Abdullah melantik Najib tidak patut diteruskan kerana selepas ini, Najib akan menghabiskan lebih banyak masa melayani tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya daripada melayani kehendak rakyat.
3) Pola undian mengikut kaum pada PRU ke 12 dahulu jelas menunjukkan BN hanya mendapat sokongan dari kaum Melayu dan Bumiputra sahaja. Manakala kaum Cina dan India lebih memihak pada parti pembangkang.
Biarpun mereka meragui tahap kesefahaman parti-parti yang bernaung dalam Pakatan Rakyat, tetapi mereka membuat pilihan itu untuk memastikan kerajaan BN melakukan perubahan besar. Sehingga kini, UMNO yang diterajui Abdullah masih gagal membuat perubahan yang dikehendaki.
Abdullah kena membersihkan UMNO daripada segala pemimpin yang korup, tidak boleh berkhidmat untuk rakyat serta mereka-mereka yang terlibat dengan pelbagai jenis skandal. Sehingga hari ini, hanya beberapa anak bilis sahaja yang dikenakan tindakan tatatertib oleh UMNO.
4) Kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre baru-baru ini jelas menunjukkan sokongan rakyat terhadap Najib masih lagi di bawah Anwar Ibrahim. Biarpun ada sedikit peningkatan, tetapi Najib masih lagi gagal menyaingi Anwar Ibrahim sebagai calon yang disukai rakyat. Abdullah sepatutnya melantik pengganti yang boleh menyaingi kehebatan Anwar. UMNO masih mempunyai calon-calon lain yang boleh diketengahkan sebagai pengganti yang sesuai untuk Abdullah.
Memang benar UMNO mempunyai tradisi dalam menentukan ketuanya, tetapi janganlah tradisi itu menyebabkan UMNO dan BN terus dipinggirkan oleh rakyat. Dunia sudah berubah, keadaan politik juga sudah berbeza dan selera rakyat semakin sukar difahami. Untuk itu, UMNO perlu berubah dan jika perlu, tradisi dan polisi yang tidak perlu diteruskan perlu dihapuskan untuk mewujudkan tradisi serta polisi baru untuk generasi baru agar UMNO dan BN terus relevan sepanjang masa.
5) Jika kita amati perkembangan politik di kebanyakan negara Islam, kebanyakan negara-negara yang mengamalkan sekularisme mula berpindah atau mengadaptasi sistem politik Islam. UMNO sehingga hari ini masih gagal membuang semangat sekularisme yang diajar oleh penjajah. Abdullah perlu melantik pengganti yang mempunyai imej pemimpin Islam supaya dia dapat membimbing UMNO ke arah sistem yang diajar oleh Allah SWT melalui RasulNya. Jika dia berjaya memperkenalkan polisi Islam dalam UMNO, tidak mustahil orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya dapat menerima kembali ‘kejujuran’ UMNO dalam memperjuangkan nasib agama, bangsa dan juga negara.
Terdapat beberapa lagi sebab lain yang boleh menyokong usul supaya Abdullah menolak Najib sebagai penggantinya. Buat masa ini, cukuplah setakat ini. Mungkin blogger lain atau ahli debat rakyat boleh membahaskan usul ini dengan lebih terperinci demi masa depan rakyat Malaysia dan juga negara ini.
Mudah-mudahan apa yang kita bincangkan dalam usul ini akan sampai ke pengetahuan YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi sebelum pemilihan Mac 2009.
Saya sudah memasukkan blog Puan dalam senarai Blog Pilihan Minggu ini di blog saya. TQ
ReplyDeleteMEMANG KAUM UMNO SEKARANG TIDAK LAGI DAPAT BERKHIDMAT KEPADA MASYARAKAT/RAKYAT.Terutama kpd kaum Melayu.
ReplyDelete1.Sebab kepimpinanya lemah sangat.
(Pulau Batu Putih dapat pada orang lain).
2.Ekonomi(kadar inflasi tinggi)
3.Tidak dapat 2/3 undi.
4.Perebutan kuasa.
5.Mengunakan ISA.(sesuka hati)
6.Lari ke Taiwan.
7.Pemimpin dituduh rasuah.
8.Pertuduhan Liwat/fitnah.
9.Isu perkauman.
10.Isu BI-Math/sain tidak sudah-
sudah.
11.Isu Pendatang asing.
12.Isu Pelajar UITM .
13.ISU Kuil.
14.Isu anugerah Dato.
15.Isu DNA
16.Isu PM tidur.
17.Isu Masjid.(Pembaziran)
18.Isu Kapal Selam.
19.Isu Perlantikan tdak dapat
restu drp Istana.
20.Isu GRO/jenayah/bom/sex/bunuh.
Belanjawan 2009 seperti gula-gula getah.
Akan datang -isu- AliBaba.
(tidak dapat dibendung lagi)