PERBUALAN YANG TIDAK DIRAKAM


Petang semalam saya bersembang dengan teman lama yang kini sudah bergelar pensyarah di sebuah universiti. Bermacam topik yang kami bualkan. Dari kenangan sewaktu di kolej dahulu sehinggalah ke tugas kami sekarang. Sewaktu kami rancak berbual, seorang lagi rakan kami tiba di tempat yang dijanjikan.

Kami bertiga terus memesan makanan dan menyambung perbualan. Sejam berlalu dan perbualan kami tambah rancak dengan topik semasa. Ketika rancak berbual, seorang lelaki yang tidak dikenali menghampiri kami. Rupanya lelaki itu adalah teman istimewa pada kawan kami yang lambat sampai tadi.

Kerana kurang selesa dengan kehadirannya, rentak perbualan kami mula perlahan. Tetapi, ada satu ayat yang keluar dari mulut lelaki itu yang benar-benar mencabar kesenyapan saya.

“Buat apa you terbitkan buku penulis yang tidak terkenal. Kalau you nak buat bisnes publishing, you kena cari dan terbitkan buku penulis yang sudah ada nama.” kata lelaki itu yang telah saya terjemahkan ke Bahasa Melayu.

Saya terus menjawab.

“Siapa Dr. Fadhilah Kamsah 20 tahun dahulu?”

Lelaki itu senyap seketika dan kemudian membalas pertanyaan saya.

“Pensyarah universiti.”

Rakan saya yang baru bergelar pensyarah kelihatan tersenyum.

“Memang betul. Tapi lepas dia menulis banyak buku, baru namanya terkenal. Apa akan jadi kalau tiada ‘publishing house’ yang nak terbitkan buku dia sewaktu dia belum ada ‘nama’?” balas saya.

Lelaki itu hanya diam seribu bahasa. Mungkin dia malas nak berhujah dengan saya agaknya.

“You tahu tak? Berapa buah buku A Samad Said yang berjaya dijual biarpun dia sudah bergelar sasterawan negara?” sambung saya lagi.

“Tak tahu,” jawab lelaki itu.

“Tak sampai 5 ribu ‘copy’ pun,” jawab kawan saya bagi pihak lelaki itu.

“Sekarang ni, semua orang baca buku ‘online’, akan datang, you faham-faham sendirilah…” kata lelaki itu.

“US, Jepun, Korea dah lama ‘online’. Tapi jualan buku mereka tetap meningkat dan stabil. Masalahnya bukan teknologi tapi budaya. Orang Malaysia masih belum ada budaya membaca. Tapi tak mustahil kan, suatu hari nanti, orang Malaysia akan jadi seperti mereka. Gemar membaca tidak kira di mana mereka berada.” ujar rakan saya yang sudah jatuh hati padanya.

“Bila kali terakhir you beli buku?” tanya saya pada lelaki itu.

Dia hanya tersengih dan saya sudah faham, kenapa dia tersengih.

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. hmmmm.....

    bila chekdee kenal dunia blog...... wah...cam ramai kenal dengan penulis..... kenal kat sini jer..... dan chekdee kagum...semuanyer pandai menulis...bahasa yang indah.... banyak idea....

    chekdee..... sebenarnya ada blog bukan sebab pandai atau suka menulis..... tapi sedang ikut nasihat......"jika nak elakkan dari cepat lupa..nyanyok...dan keseorangan.....belajarlah menulis.... mulakan dengan diri sendiri.... blog adalah yang terbaik" .....

    hehehe...dan sekarang, chekdee dah ada blog....walau citer kita tak serupa.... bidang yang berbeza ...tapi..chekdee mulakan.... cari apa yang chekdee suka....baca blog orang lain gak.... tapi pilih-pilih yang sesuai dengan jiwa.......

    Betul gak...menulis mencarikan otak ini aktif skit... dan..setiap hari cam ada tugasan.... kena baca blog pilihan...dan cari idea untuk menulis blog sendiri.....

    satu aktiviti yang lain dari dunia chekdee..... tapi...chekdee happy gak...walau bahasa nyer tonggang langgang..... hehehhehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    1. Memang segala-galanya ONLINE sekarang, ini merupakan satu fakta yang tidak boleh disangkal.

    2. Hinggakan jurnal undang-undang dari tahun 1800 hingga 2008 pun dimuatkan dalam bentuk CD atau boleh dilanggan secara berkala melalui internet.

    3. Bagi saya, saya masih sukakan bentuk hardcopy, walaupun ada waktunya saya akan merujuk kepada softcopy, khususnya apabila saya membuat kerja-kerja rujukan (senang untuk "cut and paste") :-)

    4. Apa pun, semua orang perlu mula dari bawah. Mungkin satu hari nanti Pn Aflah akan menjadi penerbit penulis buku yang ternama, yang penting kita perlu berusaha dan jangan mudah untuk berputus asa.

    ReplyDelete
  3. Kalau berkerja sendiri itu ada rezeki dimana-mana.
    Lautan rezeki itu luas malah maha luas.Mengatasi keluasan ya
    Dr. Fadhilah Kamsah:
    Buku-bukunya lah menceduk drp buku-buku drp penulisan Inggrish.Tiori Mat Saleh kepada dunianya dan fantasi.Tidak kemana.Orang mudah jemu membacanya.
    Kita ada subjek lain,bukan buku berkenaan politik.
    Kita boleh terjemah ada buku ada CD(Gambaran) dalam bentuk yang berlainan dan isi kandung.
    1 Apa diminati oleh budak sekolah.
    2.Budak-budak kecil.
    3.Buku-buku agama-mudah.
    4.Software.(Game).
    5.Akademik.
    6.Pusat Jualan/promosi.
    7.Iklan semasa/tv.
    8.Jualan bergerak.
    9.Pertandingan penulisan.
    10.Hak cipta.
    11.Berbagai bahasa.
    12.Majalah semasa.
    13.Rawatan/perubatan.(Mudah)
    14.Buku-buku cenderahati.
    15.Jenis-jenis layang-layang.
    16.Jenis-jenis kehidupan.
    18.Petua.
    19.Puteri soleha.
    20.Cita rasa lelaki.
    Kreatif/fokas/Kajian/pasaran:
    Mula-mula rumit.
    Lama-lama sudah biasa.
    Service mesti ada.

    ReplyDelete
  4. Bab cerita saiful ni kami dah lama nak muntah-muntah. Orang bukan bodoh ....cuma yang bodoh dan dungu tu tak boleh nak fikir antara yang benar dan yang dusta. Dah tahu kes pertama dulu tu pun tak logik dan fitnah nak bawa versi kedua dengan jalan cerita yang lebih kurang sama ... ape ni bro hanya orang bodoh sahaja yang boleh ditipu oleh sibodoh

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.