NAK TUNGGU APA LAGI?


Datuk Seri Rais Yatim kata :

“Politik wang atau korupsi politik tidak selesai sebab ia sudah menjadi budaya di dalam Umno sekian lama. Cuma tak ramai yang mahu mengaku perkara ini berjalan.”

Nobisha menulis :

Maruah Puteri UMNO Bernilai RM20? Saya tidak tahu apa yang ada di kepala orang yang memberi dan menerima rasuah tersebut. Bagi saya, ia adalah satu penghinaan untuk meletakkan nilai undi Puteri UMNO dengan harga itu. Adakah itu nilai maruah Puteri UMNO? Entahlah, kalau RM20, nak beli bra pun tak cukup!

KPMU.net memberitahu :

“Di Kelang baru-baru ini, yang diperakui oleh Ketua Pemuda dan juga perwakilan bahawa mereka ada menerima RM500 seorang untuk mengundi pencalonan tertentu. Ianya telah dilakukan secara terang terangan.”

Soalan mudah dari saya :

Nak tunggu apa lagi wahai ahli UMNO?

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. Buang masa bercakap tentang politik wang dan rasuah dengan org UMNO.

    Mereka bukan tidak tahu.

    kalau kita bongkarkan banyakmana pun rasuah pemimpin UMNO, mereka anggap perkara biasa.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Politik wang atau rasuah politik memang sudah menjadi "budaya" dalam UMNO. (Saya sudah menulis tentang hal ini dalam blog saya
    http://tun-jeram.blogspot.com) beberapa hari yang lalu.

    Akan tetapi, saya kira ahli UMNo memang tidak boleh dan tidak mampu melepaskan diri dari kepungan budaya tersebut.

    Buat masa ini jalan keluar dari fenomena itu agaknya memang tidak ada. Kerana wang dan kuasa memang mempunyai kaitan yang rapat. Manusia akan menggunakan wang untuk mendapatkan kuasa dan begitu juga sebaliknya.

    Bagaimanapun, ada satu saja yang boleh diharapkan, iaitu ahli atau perwakilan UMNO akan bersikap rasional dan masih boleh mendengar bisikan hati nurani apabila mereka memilih pemimpin tertinggi.Maknanya mereka "boleh" memilih ahli MT dan jawatan rendah lain berdasarkan "politik wang" , tetapi mereka masih mampu memilih pemimpina yang berkalibar dan berwibawa apabila memilih penyandang jawatan tertinggi, seperti
    Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

    Jika mereka mampu berbuat begitu, hayat UMNO mungkin masih boleh diperpanjang dan UMNO tidaklah tenggelam begitu cepat.

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Politik Wang Korupsi Politik.
    Maruah UMNO BAGAI ORANG SAKIT.
    Puteri UMNO ambil bahagian walaupun sedikit.
    Pertandingan politik wang cari penyakit.

    (Baru habis puasa tambah lagi dosa)

    aku tembak..............kan
    Anda boleh mengubahkan nya.
    Jangan lupakan PKR DAN PAS.
    AMBIL BORANG KEAHLIAN DALAM TALIAN.
    AJAK PUTERI UMNO SAMA..............
    'ISLAM PERLUKAN PERJUANGAN DAN
    PENGORBANAN'
    1.BERJUANG UNTUK TEGAKKAN HUKUM.
    2.MENJADIKAN SEBUAH NEGARA ISLAM
    CONTOH.
    3.MEMERDEKAAN DIRI DARI BELENGGU
    RASUAH,KEMISKINAN,JENAYAH DAN
    MAKSIAT.
    APA YANG KITA HARUS BUAT.
    (Jangan buat bodoh sahaja).

    WHAT NEX..............T

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Satu jalan keluar... Taubatan Nasuhah!

    ;)

    ReplyDelete
  5. Salam Aflah,

    Kena tukar, bukan lagi politik wang tetapi 'kertas kepala rimau kelabu', macamana nak tangani kalau dua pemimpin tertinggi pun amalkan politik 'kertas kepala rimau kelabu' sebagaimana yang berlaku dalam beberapa siri perjumpaan Presardin dan timb.presardin UMNO dengan semua ketua-ketua perhubungan negeri dan cawangan beberapa bulan sebelum ramadhan. Kalau dah nilai ahli UMNO sebanyak yang diterima itu maka terima sajalah kenyataan bahawa politik jenis ini akan kekal selama-lamanya..Cara terbaik, tukar haluan kemudi!!!

    thx!

    ReplyDelete
  6. Salam nuraflah,

    Dulu..bila chekdee lihat atau berjumpa dengan orang kaya.... chekdee memang tabek spring dan hormat kepada mereka serta kagum kerana mereka kaya kerana keturunan atau kerana usaha gigih mereka atau usaha gigih keturunan mereka....

    tetapi kini.....
    Bila chekdee melihat orang yang tersangat kaya...... dalam hati chekdee berkata .....

    -mereka ini kroni
    -mereka ini mungkin kaki bodek
    -mereka ini mungkin menerima rasuah
    -mereka ini mungkin ketua along

    sebab
    chekdee tahu...bukan mudah nak kaya...sebab.. chekdee keje siang-malam..berniaga secara jujur....
    chekdee tak kaya....cuma ...alhamdulillah dapat hidup selesa...itu sahaja....

    so....
    Siapa nak cepat kaya...kena joint politik dan jadi kroni....

    dan forsure.... itu bukan prinsip hidup orang yang beriman.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.