GENERASI ARAK, SEKS & DADAH?


“Apa nak jadi budak-budak sekarang ni?”

Itulah keluhan yang biasa kita dengar di mana-mana. Fenomena penglibatan remaja dengan aktiviti minuman keras, seks bebas dan penagihan dadah bukanlah suatu fenomena baru.

Saya masih ingat sewaktu berada di alam persekolahan dulu. Memang ada rakan-rakan saya yang sudah terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat ini. Oleh kerana mereka ini masih muda dan tahap pemikiran mereka masih belum matang sepenuhnya, maka keseronokan mengatasi segala-galanya, biarpun mereka tahu aktiviti itu boleh mengundang pelbagai bencana.

Dahulu, penggunaan telefon bimbit berkamera masih lagi belum meluas penggunaannya. Tidak seperti sekarang. Segala aktiviti songsang itu boleh dirakam dan disebarkan secara mudah dan murah. Bahkan, ada di antara mereka sekarang yang mendapat hasil sampingan dengan menjual klip-klip ‘panas’ itu kepada rakan-rakan mereka yang lain.

Biarpun pihak kementerian telah mengharamkan penggunaan telefon bimbit di sekolah, namun tugas untuk memantau atau memastikan arahan itu dapat dilaksanakan sepenuhnya di peringkat sekolah bukanlah satu tugas yang mudah untuk menjayakannya. Tanpa telefon bimbit yang berkamera sekalipun, aktiviti merokok, pergaulan bebas dan sebagainya masih boleh berlaku dalam kawasan sekolah.

Justeru itu, sudah tiba masanya satu usaha bersepadu dijalankan dari peringkat keluarga, sekolah dan juga kementerian. Para ibubapa ataupun penjaga perlulah menjadi contoh yang terbaik kepada anak-anak selain mengutamakan pendidikan agama kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Malangnya, kebanyakan ibubapa hari ini terlalu mengambil mudah soal agama dan gagal menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka.

Saya mempunyai seorang kenalan yang bergelar ustazah dan anak-anaknya sudahpun meningkat remaja. Malangnya, salah seorang daripada anaknya terlibat dengan gejala seks bebas dan penagihan dadah jenis syabu. Melihat kepada cara ustazah itu mendidik dan membesarkan anak-anaknya dengan penuh kasih-sayang dan didikan agama, saya mula sedar dan mengerti bahawa tugas mendidik anak bukanlah semudah yang disangka. Isu ini kian kompleks bila anak-anak itu bercampur dengan rakan sebaya dan juga masyarakat luar.

Tanpa menafikan takdir Allah yang menimpa ustazah itu, kami berdua sepakat menyatakan masyarakat luar juga mempunyai peranan bersama untuk mendidik generasi muda hari ini. Contohnya, anak ustazah itu adalah pelajar yang cemerlang di sekolah dan kebanyakkan rakan-rakannya juga adalah pelajar yang cemerlang dan berjaya masuk ke universiti ternama di Melaka. Tetapi, sejak anaknya itu bergaul dengan rakan-rakan baru yang tidak ‘mementingkan’ agama, anaknya mula berjinak-jinak dengan aktiviti disko, berpasangan dengan senior dan akhirnya terjerumus ke dunia seks bebas, minum arak dan menghisap dadah.



Dalam dunia yang serba moden hari ini, tentu sukar bagi setiap ibubapa dapat menjaga dan memerhatikan setiap tingkah-laku anak mereka sepanjang masa. Lebih-lebih lagi jika anak itu sudah tidak tinggal bersama dengan keluarga ataupun ibubapa mereka pula terpaksa sibuk dengan urusan mencari rezeki. Di sinilah peranan masyarakat amat penting sekali untuk memerhatikan setiap tindak-tanduk remaja kita. Masyarakat hari ini perlu lebih berani dan proaktif untuk menegur mana-mana remaja yang dilihat melakukan perbuatan yang bertentangan dengan nilai moral dan juga agama.

Saya masih ingat peristiwa yang berlaku di stesyen bas Melaka sewaktu saya masih lagi bergelar budak sekolah. Ada seorang pakcik ini suka menegur mana-mana kelakuan ‘nakal’ budak-budak sekolah yang berada di situ. Selepas beberapa kali kami melihat pakcik itu menegur dan memarahi kami, tiada lagi budak sekolah yang berani buat yang bukan-bukan di situ. Pernah satu ketika sekumpulan pelajar lelaki cuba menggugut pakcik itu, tetapi pakcik itu tidak gentar langsung dan berani mencabar kumpulan pelajar itu. Rupa-rupanya, pakcik itu adalah ‘otai’ yang mempunyai ramai kenalan. Akhirnya, sekumpulan pelajar itu meminta maaf pada pakcik itu selepas ditarbiah oleh kumpulan pakcik itu.

Saya terus terfikir, kalaulah ada seribu atau sejuta manusia seperti pakcik itu di mana-mana sahaja dalam negara ini, mungkin pelajar-pelajar kita boleh didisplinkan oleh masyarakat yang prihatin sepertinya. Malangnya, masyarakat kita sekarang lebih suka berdiam diri dan memerhatikan saja kelakuan remaja yang bertentangan dengan agama. Pepatah “jangan jaga tepi kain orang” dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat kita hari ini. Tugas mendisplinkan remaja diserahkan sepenuhnya kepada badan penguatkuasa.



Selain daripada itu, pemimpin negara, negeri dan kerajaan tempatan juga perlu memikirkan jalan untuk menghapuskan tempat-tempat yang tidak sepatutnya dipelihara di negara ini. Misalnya kelab malam, pub, rumah urut, kedai permainan video dan sebagainya. Lesen-lesen untuk tempat seperti ini perlulah dihapuskan dengan segera. Hasil cukai yang diperolehi daripada tempat ini tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan kesannya kepada kehidupan sosial dan juga agama. Biarlah pelancong mengenali Malaysia sebagai negara yang kaya dengan kesan sejarahnya, keindahan alam semulajadinya dan juga kepelbagaian budayanya. Jangan jadikan imej negara ini seperti Thailand yang sudah terkenal sebagai tempat untuk melakukan aktiviti tidak sihat.

Sedar atau tidak, kini sudah banyak ‘hotspot’ untuk kaki disko, kaki pelacur, kaki gay, kaki arak, kaki skodeng, kaki tenet dan kaki lepak di negara ini. Tempat-tempat ini jelas menjadi pilihan warga tempatan dan kebanyakannya pula masih remaja dan beragama Islam. Tentulah sukar untuk pihak berkuasa mengambil tindakan sepanjang masa di tempat-tempat ini. Sekiranya tempat-tempat ini diharamkan kewujudannya dan tidak ada lesen dikeluarkan untuk tempat ini, tumpuan badan penguatkuasa tentunya dapat difokuskan kepada menyelesaikan kes-kes jenayah yang lebih berat seperti rompakan bersenjata, samun, bunuh, culik ataupun ragut.

Sudah tiba masanya juga untuk kementerian pelajaran dan pengajian tinggi menggubal dasar pendidikan negara supaya pelajaran agama dapat meliputi semua jenis subjek pengajian. Misalnya, sukatan pelajaran sains, ekonomi, matematik ataupun kejuruteraan boleh diselitkan dengan ayat-ayat Al-Quran ataupun hadis-hadis yang bersesuaian dengan topik pembelajaran. Jika inisiatif ini dapat diperkenalkan dalam semua mata pelajaran yang diajar di sekolah ataupun universiti, tidak mustahil suatu hari nanti negara ini dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja pakar dalam ilmu moden, tetapi juga pakar dalam bidang agama.

Selain daripada itu, kementerian penerangan dan telekomunikasi perlulah membebaskan media di negara ini daripada segala perkara-perkara yang bertentangan dengan agama. Tidak perlu lagi kisah tahyul, hantu, hiburan songsang, aksi berahi ataupun cakap-cakap kosong dibenarkan berleluasa dalam media di negara ini. Kementerian perlu menetapkan garis panduan yang ketat agar pemikiran generasi akan datang lebih terdidik dengan bahan-bahan yang berunsur ilmiah atau bahan-bahan yang memajukan minda mereka ke arah jalan yang diredhai oleh Allah SWT.



Bersambung…


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 comments:

  1. Ibubapa perlu mengambil tanggung jawab sepenuhnyer mendidikan anak-anak..... tak boleh lepaskan kepada guru mahupun pengasuh.

    Ibubapa adalah punca utama masalah disiplin pelajar.

    Kena buat kelas untuk keibubapaan..... sekurang-kurangnyer setahun sebelum kawin.

    ReplyDelete
  2. Pemakanan yang ragu halalnya.
    memainkan peranan gegala tidak sihat di kalangan generasi sekarang.

    1.Intergreti tidak rasuah.
    2.Mencuri harta rakyat.
    3.Makan minum dikedai yang keraguan
    halalnya.
    4.Beri makan keluarga dengan hasil
    nom.ekor.
    5.Penting diri sendiri.
    6.Lalai,dengan hiburan.
    7.Tidak sembahyang.
    8.Suka mengupat.
    9.Hasad dengki.
    10.Tidak hormati orang yang lebih
    tua.
    Islam hanya memjadi sejarah
    Pentadbiran yang tidak menjalankan hukum islam.Katanya dalam masyarakat majmuk tidak sesuai amalkan undang-undang Islam.
    kejahilan dalam masyarakat adalah punca utama anak-anak muda tidak lagi dapat menilai keutamaan kepada ajaran Islam sebenar.
    Islam menjadi sama dengan ajaran agama yang lain.Tidak berkembang dan statik.
    Terlalu lama kita abaikan Islam.
    Disekolah hanya diajar untuk sukatan peperiksaan sahaja.
    Siapa perlu beri pendedahan kalau ibubapa dan guru-guru juga jahil.
    KENAPA ORANG MELAYU SEKARANG SUKA MENJADI ARTIS???????
    ANAK TOK LEBAI,ANAK MENTERI,ANAK TOK IMAN,ANAK ORANG KAMPONG,ANAK ORANG BANDAR HENDAK JADI PENYANYI HENDAK JADI PELAKUN.
    KATA USTAD AYYI (PAKAI LEBAI)
    MAKLAMAT MENYANYI ADALAH UNTUK MENUJU KETUHANAN AKHIRNA......
    JALAN SESAT ADA DIMANA-MANA.
    KALAU SEORANG SESAT TIDAK MENGAPA YANG LAIN JUGA DISESAT...........
    KUMPULAN KRISTIAN (NINJA)
    ADALAH SATU AGENDA .
    HATI SUDAH KERAS.............
    JIWA SUDAH PARAH............
    TUNGGU TUHAN......
    TUHAN AKAN TURUNKAN BALA.
    GANTI YANG LEBIH BAIK LAGI
    SEPERTI KEJADIAN TSUNAMI.......
    DULU TUHAN BALIK SEMUA........
    GANTI YANG BARU.
    SEKARANG SEDIKIT-SEDIKIT.
    GANTI YNG BARU..........
    TUNGGU.....

    WHAT NEXT XXXXXXXXXXX

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Saya yakin dalam setiap zaman, kecuali agaknya kalau dah akhir zaman, manusia yang baik akhlaknya tetap lebih ramai daripada yang rosak akhlaknya.

    Janganlah terlalu bimbang.

    Banyak orang muda yang "jahat" masa muda. akan jadi "baik" bila sudah tua.

    Mungkin itulah "keindahan" hidup di dunia.

    ReplyDelete
  4. Anak-anak zaman sekarang tiada bezanya dengan zaman dulu-dulu. Gejala negatif tetap ada cuma berlainan definasi dan aktiviti mengikut arus zaman.
    Saya pernah mempunyai seorang kenalan semasa belajar diseberang laut dahulu dan apa yg tragis ialah beliau meninggal dunia gara-gara penagihan dadah berlebihan! ( al-fatihah buat beliau )Walaupun akademiknya cemerlang tetapi tahap jati dirinya dan ilmu agama kurang!
    Disana beliau dan kawan-kawan beliau kebanyakannya warga tempatan (American) terbawa-bawa dengan gejala yang menganggap 'cannabis' atau lebih dikenali sebagai 'ganja'adalah sebagai 'recreational drug'. Memang tidak dinafikan, kerana sesetengah negeri di US seperti contoh Kansas dan Oklahoma pokok ganja boleh didapati tumbuh merata dan seperti pokok lalang hidupnya. Pihak berkuasa disana mengganggap tumbuhan tersebut adalah 'legal'. Apa yg menyedihkan ialah, saya kehilangan seorang kawan yg sepatutnya dapat membawa balik ijazah ketanah air tetapi apa yg berlaku adalah sebaliknya.
    Dari pemerhatian saya, gejala sek bebas, dadah, etc dapat diatasi jika kita sebagai ibubapa dapat mainkan peranan awal memberi kesedaran kepada anak-anak tentang erti sebenar kehidupan dan kemana arah tuju kita. Anggaplah anak-anak itu sebagai kawan dan teman berbicara apabila mereka diusia remaja kerana kurangnya bimbingan dan tunjuk ajar ibubapalah penyebab # 1
    gejala sosial. Anak-anak biasanya kurang menerima teguran dari kawan, guru dsbnya semasa peringkat remaja. Apa yg penting ialah pupuklah anak-anak dengan ilmu agama seawal mungkin agar penilaian dan keputusan yg mereka akan ambil semasa usia remaja sedikit sebanyak akan berpandukan kepada perkara asas yg telah didedahkan pada mereka diperingkat awal. Pokoknya, kita harus kembali kepada pesan Rasulullah s.a.w tentang pendidikan anak-anak..saya 'copy dan paste' dari kenalan blog untuk renungan bersama; "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya 1 hingga 7 tahun,. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik keatas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas 7 tahun hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yg nak dipukul tu? Tapak kakinya...bukan muka,punggung, telinga,dan tempat-tempat yg sensitif. "Jika dia bijak dan menang dlm sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita peluk dan cium mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibubapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka." ...Walau apa pun, saya sendiri masih lagi cetek ilmu didada dan berharap agar dijauhkan perkara-perkara negatif hinggap kedada anak-anak.Hanya doa yg dapat saya lakukan dan doa haruslah dibekalkan dengan usaha berterusan. InsyaAllah dengan izinNya.

    ReplyDelete
  5. hye salam sumenya...Allah swt menganugerahkan yg buruk...di sebalik penganugerahan yg buruk itu dilahirkn yg baik pula...so..x payah la nk membebel x tntu arah..pasal itu dan ini..ni komen berjela-jela..megusutkan lg benak2 org yg menjengah blog ini..tiada penyelesaian tp hanya..omongan..

    ReplyDelete
  6. Ceteknya otak kau unrestmind!Pergilah rest mind kau tu.

    ReplyDelete
  7. Salam...

    saya cadangkan al khalifah ringkaskan ulasan tu. Klu nak lebih lanjut silakan ke laman blog al khalifah. Mungkin ada sikit benarnya hujah unrestmind tu.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.